Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Government Organisation

π’π„πŒπ€π‘π€πŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π & π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡ΎSempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia 2026,...
16/08/2026

π’π„πŒπ€π‘π€πŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π & π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia 2026, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyeru semua pemunya dan pemilik premis perniagaan dalam kawasan MBKT untuk bersama-sama menyemarakkan suasana bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Pengibaran Jalur Gemilang ini merupakan tanda sokongan dan semangat patriotisme serta kecintaan kita kepada negara.

πŸ“… Tempoh pengibaran:
13 Ogos hingga 16 September 2026

Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan masing-masing.

Jalur Gemilang berkibar, semangat Malaysia terus mekar.

PROGRAM PENANAMAN POKOK TEDUHAN DI PANTAI JALAN KTCC UTARA, KUALA NERUSYB.Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Penger...
13/08/2026

PROGRAM PENANAMAN POKOK TEDUHAN DI PANTAI JALAN KTCC UTARA, KUALA NERUS

YB.Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah menyempurnakan majlis perasmian Program Penanaman Pokok Teduhan Di Pantai Jalan KTCC Utara, Kuala Nerus pada 13 Ogos 2026.

Beliau berterima kasih kepada agensi yang telah memberikan sumbangan, sokongan serta komitmen iaitu PETRONAS, TDM Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan EDOTCO Group serta semua pihak yang telah hadir memberikan kerjasama bagi menjayakan program tersebut.

Sebanyak 400 batang pokok dari spesis rhu dan kelapa dwarf ditanam sebagai usaha Kerajaan Negeri melalui MBKT bagi agenda penghijauan bandar, memperindahkan landskap, membantu mengurangkan kesan haba, mengawal hakisan serta mewujudkan persekitaran pantai yang lebih selesa kepada masyarakat.

Penanaman secara berperingkat itu merupakan sasaran MBKT bagi menanam sebanyak 1,200 batang pokok di sepanjang kawasan Jalan Pantai KTCC Utara bagi tahun 2026.

Usaha-usaha menjaga kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama bukan hanya Kerajaan tetapi turut melibatkan agensi swasta dan setiap dari kita sebagai komuniti.

KUNJUNGAN HORMAT  ADUN LADANG KE MBKTYB. Hjh. Zuraida binti Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pemban...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT ADUN LADANG KE MBKT

YB. Hjh. Zuraida binti Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 12 Ogos 2026.

Beliau yang juga merupakan Presiden/Pengerusi Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu (PBJNT) hadir bersama Puan Suhailawati binti Saigai, Ketua Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu yang juga Timbalan Presiden/ Pengerusi PBJNT serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memohon satu tempat bagi membina gelanggang bola jaring di daerah Kuala Terengganu demi kemajuan sukan bola jaring di Negeri Terengganu.

BENGKEL PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN DAN PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN JABATANMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tel...
13/08/2026

BENGKEL PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN DAN PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengadakan Bengkel Pegawai Keselamatan
Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) selama 2 hari dari 10 -11 Ogos 2026 bertempat di Executive Lounge, aras 30, Menara MBKT.

Penceramah yang dijemput ialah Encik Ahmad Fakrudin bin Azizan, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia Negeri Terengganu dan Encik Nazrul Hisyam bin Sidik, Penolong Pegawai Keselamatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia, Negeri Terengganu.

KURSUS GEN AI EXECUTIVE LEADERSHIP : TRANSFORMING GOVERNANCE STRATEGY DECISION MAKINGMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (...
13/08/2026

KURSUS GEN AI EXECUTIVE LEADERSHIP : TRANSFORMING GOVERNANCE STRATEGY DECISION MAKING

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengadakan Kursus 'Gen AI Executive Leadership : Transforming Governance Strategy Decision Making' pada 9 Ogos 2026 bertempat di Executive Lounge, aras 30, Menara MBKT.

Semua pegawai-pegawai kanan MBKT terlibat dalam kursus berkenaan.

Penceramah jemputan dijemput khas dari UNISZA iaitu Prof. Dr.Azwa bin Abdul Aziz dari Fakulti Informatik dan Komputeran, UNISZA.

Diharapkan melalui kursus tersebut akan dapat meningkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan dengan lebih efisien.

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MERDEKA 2026! JOM MERIAHKAN KEDAI MAKAN ANDA! βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎPERTANDINGAN KEDAI MAKAN BERCAHAYA & CERIA anjuran Majlis Bandaraya...
10/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MERDEKA 2026! JOM MERIAHKAN KEDAI MAKAN ANDA! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

PERTANDINGAN KEDAI MAKAN BERCAHAYA & CERIA anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini dibuka kepada semua premis kedai makan yang berlesen dan beroperasi dalam kawasan pentadbiran MBKT.

Jom hias dan cantikkan kedai makan anda dengan cahaya, Jalur Gemilang dan dekorasi bertemakan Merdeka. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ† HADIAH MENARIK MENANTI!
πŸ₯‡ Johan – RM1,000
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM700
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – RM500
πŸ… Tempat Keempat – RM200

πŸ“… Tempoh Penjurian:
25 Ogos – 16 September 2026

❌ TIADA PENDAFTARAN DIPERLUKAN!
βœ”οΈ Terbuka kepada semua premis kedai makan yang mempunyai lesen MBKT dan beroperasi dalam kawasan pentadbiran MBKT.

Ayuh , hiaskan kedai anda, pasang lampu, kibarkan Jalur Gemilang dan sama-sama semarakkan suasana Merdeka di Terengganu! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Kedai bercahaya, semangat Merdeka terus menyala! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

TERENGGANU INTERNATIONAL BASE JUMP CHALLENGE 2026Menara MBKT amat  bertuah kerana telah  dipilih oleh  Kelab Base Malaya...
10/08/2026

TERENGGANU INTERNATIONAL BASE JUMP CHALLENGE 2026

Menara MBKT amat bertuah kerana telah dipilih oleh Kelab Base Malaya bagi penganjuran sukan ekstrem Terengganu International Base Jump Challenge 2026 pada 6 hingga 8 Ogos 2026.

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kesesuaian bangunan dan kawasan mendarat.

Sukan berkenaan memerlukan kebolehan para peserta melompat dari objek tetap yang tinggi dan membuka payung untuk mendarat dengan selamat.

Penerjunan dibuat dari puncak Menara MBKT iaitu di aras 31 dengan mengikut garis panduan keselamatan dan SOP yang telah ditetapkan.

Seramai 24 orang peserta yang berpengalaman dari pelbagai negara iaitu UK, USA, China, Australia, Rusia, New Zealand, Thailand dan Malaysia menyertai program berkenaan.

SESI LIBAT URUS DATUK BANDAR BERSAMA ARKITEK-ARKITEK DI TERENGGANU6 Ogos 2026 | Bilik Mesyuarat Tingkat 29, Menara MBKTM...
06/08/2026

SESI LIBAT URUS DATUK BANDAR BERSAMA ARKITEK-ARKITEK DI TERENGGANU

6 Ogos 2026 | Bilik Mesyuarat Tingkat 29, Menara MBKT

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengadakan Sesi Libat Urus Datuk Bandar bersama Arkitek-Arkitek di Terengganu yang melibatkan penyertaan seramai 23 orang arkitek serta wakil daripada 7 jabatan dalaman MBKT.

Sesi ini diadakan sebagai platform untuk mengukuhkan kerjasama antara MBKT dan komuniti profesional arkitek serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kawalan pembangunan, proses kelulusan pelan bangunan, pematuhan kepada peraturan dan usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan MBKT.

Pelbagai pandangan, cadangan dan maklum balas telah dikongsi sepanjang sesi berlangsung bagi meningkatkan keberkesanan penyelarasan antara MBKT dan pihak arkitek, sekali gus memperkemaskan proses pembangunan demi kepentingan masyarakat.

MBKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua 23 orang arkitek serta wakil daripada 7 jabatan dalaman MBKT yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan ke arah pembangunan Bandar Raya Kuala Terengganu yang lebih terancang, berkualiti dan mampan.

MENARA MBKT MENJADI TUMPUAN PENERJUN DUNIAMenara MBKT bermula hari ini menjadi pentas aksi sukan ekstrem bertaraf antara...
06/08/2026

MENARA MBKT MENJADI TUMPUAN PENERJUN DUNIA

Menara MBKT bermula hari ini menjadi pentas aksi sukan ekstrem bertaraf antarabangsa apabila menghimpunkan penerjun dari dalam dan luar negara sempena Terengganu International BASE Jump Challenge 2026.

πŸ“… Tarikh: 6 – 8 Ogos 2026
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Lokasi: Menara MBKT, Kuala Terengganu

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MBKT - 6 OGOS 2026 (KHAMIS) - 19 OGOS 2026 (RABU)Borang permohonan boleh didapati di pautan di b...
06/08/2026

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MBKT - 6 OGOS 2026 (KHAMIS) - 19 OGOS 2026 (RABU)

Borang permohonan boleh didapati di pautan di bawah :-
https://mbkt.gov.my/sites/default/files/borang_maklumat_pemohon.pdf

Address

Kampong Kuala Setiu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Kuala Terengganu:

Shortcuts

Share