05/09/2026
πβπ.ππ.ππππ | ππππππ β ππππππ
ππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππ ππ ππππ ππππππππππ
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu telah mengadakan Sesi Rumusan Semakan Kualiti Borang Banci Ekonomi 2026 pada 1 hingga 3 September 2026 (Selasa hingga Khamis) bertempat di Ibu Pejabat DOSM Terengganu.
Sesi ini melibatkan pegawai dari Ibu Pejabat DOSM, Putrajaya, iaitu Cik Yusnita Mohd Yusof, Timbalan Pengarah BPP, Puan Wan Roslida Othman, Timbalan Pengarah BPPIB dan Puan Nazira Abdullah, Penolong Pengarah BPPAS.
Semakan ini memberi fokus kepada kerja-kerja semakan kualiti Borang Banci Ekonomi 2026, khususnya melibatkan semakan terhadap pemboleh ubah dari aspek konsistensi dan silang berdasarkan borang semakan penyemak. Semakan turut merangkumi suntingan borang soal selidik berdasarkan ralat yang dikenal pasti serta pertanyaan atau kuiri kepada penyelia operasi sekiranya terdapat ralat atau perkara yang memerlukan pengesahan.
Selain itu, penyemak turut memastikan pembetulan dibuat oleh penyelia operasi bagi setiap ralat yang dikenal pasti sepanjang proses semakan bagi memastikan ketepatan dan kualiti maklumat yang dikumpulkan.
Sesi ini juga menjadi platform untuk merumuskan hasil semakan, menyelaras tindakan pembetulan serta memperkukuh proses kawalan kualiti dalam pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.
Semoga usaha ini dapat memastikan data yang dikumpulkan adalah lengkap, tepat dan berkualiti, seterusnya menyokong penghasilan statistik ekonomi yang berintegriti dan boleh dipercayai.
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM
π
πππππ¨π¨π€: DOSM Terengganu
https://www.facebook.com/dosmtrg/
ππ’π€ππ¨π€: dosm_terengganu
https://www.tiktok.com/
π: DOSM_Terengganu
https://x.com/DOSM_Terengganu
ππ§π¬πππ π«ππ¦: dosm_terengganu
https://www.instagram.com/dosm_terengganu