Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Terengganu

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Terengganu Aktiviti Sepanjang Tahun

๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ŸŒ™โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ˆ๐˜ž ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ.โ€โ€” ...
25/08/2026

๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ŸŒ™

โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ˆ๐˜ž ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ.โ€
โ€” ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐š๐ฅ-๐€๐ก๐ณ๐š๐›: ๐Ÿ๐Ÿ

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan pilihan yang menjadi teladan terbaik dalam kehidupan.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW serta menghayati dan mengamalkan sunnah, akhlak dan ajaran yang telah ditinggalkan sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada:
Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dan Seluruh Warga Kerja

๐—•๐—ฃ๐—ฆ๐—  ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ถ-๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฆ: ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Bahagian Pengurusan S...
13/08/2026

๐—•๐—ฃ๐—ฆ๐—  ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ถ-๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฆ: ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah menganjurkan Program i-PASS (Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera) sebagai salah satu usaha menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kesejahteraan dalam kalangan penjawat awam.

Program yang berlangsung pada 12 dan 13 Ogos 2026 di Bukit Panorama, Kuala Terengganu ini melibatkan warga BPSM dalam melakukan aktiviti riadah santai seperti jogging, sesi regangan dan aktiviti kecergasan.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga kerja untuk melakukan aktiviti fizikal, malah menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat berpasukan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan positif.

Diharapkan Program i-PASS dapat menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan warga perkhidmatan awam serta menyokong usaha melahirkan penjawat awam yang sihat, cergas, produktif dan sejahtera.

โ€œPenjawat Awam Sihat, Perkhidmatan Lebih Hebat!โ€

๐—๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—–๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—” (๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐— ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ...
05/08/2026

๐—๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—–๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—” (๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐— 

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menganjurkan Program Jerayawara Pandu Citra (Coaching) Perkhidmatan Awam 2026 bertempat di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azizul bin Ab. Hadi, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif memperkukuh budaya Pandu Citra (Coaching) dalam kalangan penjawat awam sebagai pendekatan strategik bagi membangunkan kompetensi, meningkatkan prestasi dan memperkasakan modal insan sektor awam.

Program ini turut menampilkan dua orang penceramah berpengalaman iaitu Puan Yusnita Elinda binti Yusoff dan Dr. Siti Azura binti Khalid, pegawai daripda INTAN yang berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan konsep, amalan dan aplikasi coaching dalam organisasi. Sesi perkongsian yang interaktif ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan coaching dalam membimbing warga kerja mencapai potensi optimum, di samping meningkatkan keberkesanan komunikasi, kepimpinan dan budaya kerja berprestasi tinggi.

Semoga penganjuran program ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan coaching dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu serta melahirkan penjawat awam yang lebih kompeten, profesional dan berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

#๐‰๐ž๐ซ๐š๐ฒ๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐๐š๐ง๐๐ฎ๐‚๐ข๐ญ๐ซ๐š๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” #๐‚๐จ๐š๐œ๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐€๐ฐ๐š๐ฆ #๐ˆ๐๐“๐€๐ #๐๐๐’๐Œ #๐’๐”๐Š๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ #๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ #๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Norliza binti Ali atas segala jasa dan sumbangan sepa...
02/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Norliza binti Ali atas segala jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan, khususnya semasa berkhidmat di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Segala pengalaman dan tunjuk ajar yang ditinggalkan akan sentiasa dikenang. Semoga persaraan ini membawa ketenangan, kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan.

๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จSeksyen Psikologi, Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (I...
09/07/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Seksyen Psikologi, Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah menerima jemputan bagi mengendalikan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) beserta ceramah sempena Program Kembara Integriti Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Program yang disertai oleh kira-kira 50 orang peserta ini memberi penekanan kepada penghayatan nilai-nilai integriti melalui pelbagai aktiviti berkumpulan yang interaktif. Sepanjang pelaksanaan LDK, peserta didedahkan dengan situasi, perbincangan dan cabaran yang menggalakkan pemikiran kritis serta mengukuhkan amalan integriti dalam perkhidmatan awam.

Program kembara ini bermula dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dan berakhir di Rumah Rehat Pejabat Daerah Besut, sekali gus menjadi platform yang menggabungkan elemen pembelajaran, kerjasama berpasukan dan pembentukan sahsiah berintegriti.

๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ MAKLUMAN TERKINI ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธProgram Assessment Centre (TAC)  Bagi Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (Am...
08/07/2026

๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ MAKLUMAN TERKINI ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ

Program Assessment Centre (TAC) Bagi Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (Ambilan 2025/2026) akan diadakan dalam masa terdekat bagi jawatan sebagaimana berikut :-

i) Pegawai Tadbir Gred N9

ii) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S9

Calon dikehendaki melayari laman https://calon.terengganu.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkait Program Assessment Centre (TAC).

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐ ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข & ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐š, ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก...
30/06/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐ ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข & ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐š, ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐ค๐ž ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ

Alhamdulillah, BPSM PSUK Terengganu berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi BPSM PSUK Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Ab. Razak bin Khalid selaku Setiausaha Bahagian bersama 27 orang peserta.

Lawatan ini menjadi platform yang amat bermakna untuk bertukar pendapat, berkongsi pengalaman serta membincangkan amalan terbaik dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan bersama serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua organisasi.

Terima kasih atas kunjungan dan semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan perkhidmatan awam.

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐’๐„๐‘๐Ž๐๐Ž๐Š๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐๐Š๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seksyen Psikologi, Un...
28/06/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐’๐„๐‘๐Ž๐๐Ž๐Š๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐๐Š

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seksyen Psikologi, Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah menerima jemputan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi menjayakan Seminar Keseronokan Bekerja yang berlangsung di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman.

Seminar ini memberi penekanan terhadap pembentukan budaya kerja yang positif, pengurusan emosi, motivasi kendiri serta kepentingan kesejahteraan psikologi dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti di tempat kerja.

Program ini merupakan inisiatif Majlis Perbandaran Kemaman dalam memperkukuh kesejahteraan mental dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, ceria serta kondusif dalam kalangan warga kerjanya.

Seksyen Psikologi, Unit IPK BPSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Kemaman atas jemputan yang diberikan. Semoga kolaborasi strategik seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha memperkasakan kesejahteraan psikologi penjawat awam serta membudayakan persekitaran kerja yang sihat, produktif dan cemerlang.

Address

Kampong Kuala Setiu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Terengganu:

Shortcuts

Share