Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu FB Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu Jalan Pasir Panjang 21100, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tel : 09-6222344 Faks : 09-6236596

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut
Kompleks Rakan Muda Daerah Besut,22200 Kampung Raja, Besut, Terengganu
Tel : 09-6956362 Fax : 09-6858287

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun
Jkr 140, Jalan Besar, 23000 Dungun Terengganu
Tel : 09-8423121 Fax : 09-8423

120

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Terengganu
Kompeks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, 20200 Kuala Terengganu
Tel : 09-6227010 Fax : 09-6240255

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Marang
No 13, Bangunan Kedai Mara, 21600 Marang, Terengganu
Tel : 09-6182827 Fax : 09-6182120

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel : 09-6811237 Fax : 09-6811687

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kemaman
Kompleks Belia dan Sukan Daerah Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8683030 Fax : 09-8686007

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu
Lot No.Pt 743, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu Terengganu
Tel : 09-6099334 Fax : 09-6099338

PROGRAM PERJUMPAAN WARGA JBSNT BERSAMA PENGARAH26 Ogos 2026 | Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri TerengganuJabatan Be...
26/08/2026

PROGRAM PERJUMPAAN WARGA JBSNT BERSAMA PENGARAH

26 Ogos 2026 | Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah menganjurkan Program Perjumpaan Warga JBSNT Bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang menghimpunkan pegawai dan kakitangan JBSNT serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah di seluruh Terengganu.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan ini turut diisi dengan Perarakan dan Selawat Maulidur Rasul, Bacaan Surah Yassin serta bacaan doa, diikuti ucapan oleh Pengarah JBSNT, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.

Antara pengisian utama program ialah penyampaian Sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) bagi bulan Januari hingga Julai 2026, sesi “Meraikan Pertukaran Pegawai”, penghargaan kepada anak cemerlang yang melanjutkan pelajaran serta penghargaan hospitaliti.

Program turut diserikan dengan sambutan hari lahir pegawai dan kakitangan bagi bulan Mac hingga Ogos 2026 serta nyanyian sambutan Bulan Kemerdekaan.

Program ini menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga JBSNT, di samping menghargai sumbangan serta komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Bersama Memperkasa Belia dan Sukan Terengganu.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam.Marilah kita bersama-sama m...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyatukan hati dan menjadi panduan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, penyayang dan diberkati.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

KUNJUNGAN HORMAT TERENGGANU SAFETY TRAINING CENTRE (TSTC) KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANUJabatan Belia dan ...
24/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT TERENGGANU SAFETY TRAINING CENTRE (TSTC) KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd. (TSTC) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan belia, latihan kemahiran serta pembangunan modal insan.

Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam menyediakan program latihan yang dapat meningkatkan kompetensi, kemahiran serta kesiapsiagaan golongan belia untuk memasuki alam pekerjaan dan memenuhi keperluan industri.

Delegasi TSTC yang hadir terdiri daripada:

• En. Narulhizam bin Md Tahir – Chief Executive Officer (CEO)
• En. Md Kamal Hasan bin A. Aziz – General Manager Operations (GMO)
• En. Asyraf bin Ramli – Business Development Manager (BDM)

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara TSTC dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, khususnya dalam memperkasa pembangunan serta kebolehpasaran belia di negeri Terengganu.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

JOM SERTAI SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF 2026! 💪🔥Nak tingkatkan kecergasan, kesihatan dan gaya hidup yang lebih aktif? Jo...
24/08/2026

JOM SERTAI SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF 2026! 💪🔥

Nak tingkatkan kecergasan, kesihatan dan gaya hidup yang lebih aktif? Jom sertai Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Zon Timur 2026! 🏃‍♀️🏃‍♂️

Tarikh : 13 – 15 September 2026 (Ahad – Selasa)
Tempat : Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu

Antara manfaat yang bakal diperoleh:
💪 Meningkatkan tahap kecergasan & kesihatan
🧠 Meningkatkan celik kecergasan (Fitness Literacy)
🏋️ Mempelajari teknik senaman & penggunaan peralatan yang betul
🥗 Memahami amalan pemakanan sihat & seimbang
⭐ Membudayakan gaya hidup aktif dan sihat
🤝 Membina jaringan & komuniti yang sihat

📲 Tempat adalah TERHAD!
Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu, bina kecergasan dan cipta gaya hidup lebih sihat bersama kami! 🔥

👉 Daftar sekarang melalui QR Code https://forms.gle/rMyzoK1M8g6vhV6i7 pada poster atau hubungi:
📞 www.wasap.my/60199904925/seminar (Pn. Liyana)

Ayuh, jadikan kecergasan sebahagian daripada gaya hidup kita!

38 Peserta, 9 Kumpulan Berentap Cipta Idea Ekonomi Kreatif Menerusi Young Heroes@Rakan Mahir Terengganu 2026KUALA NERUS,...
23/08/2026

38 Peserta, 9 Kumpulan Berentap Cipta Idea Ekonomi Kreatif Menerusi Young Heroes@Rakan Mahir Terengganu 2026

KUALA NERUS, TERENGGANU, 23 Ogos 2026 – Seramai 38 orang peserta daripada lima institusi pendidikan dan kemahiran mengambil bahagian dalam Program Young Heroes@Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026, yang berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Ogos 2026 di Pusat Latihan FELDA Terengganu, Kuala Nerus.

Program ini menjadi platform kepada golongan belia untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi dan kemahiran digital melalui pembangunan projek dalam bidang ekonomi kreatif, dengan menyaksikan sembilan kumpulan berentap bagi menghasilkan idea serta projek yang mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai produk atau perkhidmatan bernilai komersial.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Dalam amanat perasmian, beliau menekankan kepentingan penguasaan kemahiran baharu, kreativiti, inovasi dan keusahawanan dalam membantu golongan belia menghadapi perubahan landskap pekerjaan serta perkembangan ekonomi digital yang semakin pesat.

Sepanjang tiga hari program, para peserta melalui pelbagai pengisian pembangunan kemahiran dan idea kreatif, termasuk pendedahan kepada ekonomi kreatif dan gig economy, penghasilan kandungan video digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), percambahan idea, reka cipta projek serta teknik pembentangan dan pitching.

Kemuncak program menyaksikan sembilan kumpulan bersaing dalam pertandingan projek ekonomi kreatif dengan mempersembahkan hasil idea dan projek masing-masing di hadapan panel penilai profesional.

Panel penilai terdiri daripada Pengarah MPC Terengganu, Pegawai TD1301, Pengurus Impules Inovatif Enterprise serta Pengerusi Portfolio Penerangan, Multimedia dan Digital, Majlis Belia Negeri Terengganu. Disamping itu juga, Pegawai Pemantau Bahagian Pembangunan Ekonomi Belia KBS, Puan Farasyila Nadia binti Kamarudin turut bersama-sama disepanjang program ini berlangsung.

Barisan panel yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan, inovasi, keusahawanan, multimedia dan digital bukan sahaja menilai projek peserta, malah turut memberikan pandangan serta maklum balas profesional bagi membantu peserta memperkukuh idea dan meningkatkan potensi projek masing-masing.

Peserta yang terlibat terdiri daripada wakil ADTEC Kuala Terengganu, IPG Dato' Razali, UNiTAR Terengganu, Kolej Inforana dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA).

Lebih menarik, pertandingan ini bukan sekadar memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan kreativiti, malah turut menjadi platform pemilihan wakil Terengganu ke peringkat kebangsaan. Daripada sembilan kumpulan yang bertanding, satu kumpulan terbaik akan dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke pertandingan Young Heroes@Rakan Mahir peringkat kebangsaan.

Pemilihan tersebut merupakan satu peluang besar kepada kumpulan yang terpilih untuk membawa nama Terengganu, mengetengahkan idea kreatif di peringkat lebih tinggi serta bersaing dengan bakat-bakat muda dari seluruh negara.

Sepanjang program, peserta diberi ruang untuk mengembangkan idea daripada peringkat awal sehingga menghasilkan konsep projek yang lebih tersusun dan berpotensi. Pendekatan secara praktikal ini membolehkan peserta mengaplikasikan kemahiran kreatif, digital, komunikasi dan penyelesaian masalah dalam menghasilkan projek yang relevan dengan keperluan semasa.

Penganjuran Program Young Heroes@Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026 membuktikan bahawa golongan belia bukan sekadar pengguna teknologi, malah mempunyai potensi besar untuk tampil sebagai pencipta kandungan, inovator, usahawan dan penggerak ekonomi kreatif.

Program selama tiga hari ini diharap dapat menjadi pencetus kepada lebih banyak idea kreatif dan inovatif dalam kalangan belia Terengganu, selain membuka ruang kepada mereka untuk meneroka peluang kerjaya serta keusahawanan dalam industri digital dan ekonomi kreatif.

Daripada sembilan kumpulan, satu bakal membawa nama Terengganu ke pentas kebangsaan. Daripada kreativiti, lahir inovasi. Daripada inovasi, tercipta peluang. Inilah Young Heroes – belia kreatif, berani dan bersedia menggerakkan ekonomi masa hadapan.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

23/08/2026

🏐🔥 Aksi, semangat & persaingan sengit!

Rangkuman kemeriahan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026 — menghimpunkan komuniti melalui semangat kesukanan, kerjasama dan persahabatan. 💪❤️



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Dari Belia untuk Komuniti - MyCorps Suntik Impak Positif! 🔥⚡️Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN turun padang ke Kamp...
22/08/2026

Dari Belia untuk Komuniti - MyCorps Suntik Impak Positif! 🔥⚡️

Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN turun padang ke Kampung Mangkok, Setiu bagi meninjau pelaksanaan program Akademi MyCorps Edisi 2: Malaysia 2026. 🏁

Seramai 5 orang “changemaker” belia menjalankan inisiatif berimpak kepada komuniti setempat antaranya keceriaan sekolah, pembersihan pantai, pemuliharaan alam dan terumbu karang, penanaman bakau serta sukan dan rekreasi. 🔋

Projek yang berjalan bermula 13 Julai hingga 28 Ogos ini diyakini akan memberikan impak kepada lebih daripada 500 penerima manfaat terutamanya dalam kalangan masyarakat tempatan. 🗓️

Turut hadir di majlis perasmian di SK Mangkok adalah Encik Shamsuhaime Basir, TKP (Pembangunan Rakan Muda) dan Encik Asmadi Mohamad, Pengarah JBS Negeri Terengganu. 📍

Dari bilik latihan ke lapangan, dari idea kepada impak — inilah pengalaman sebenar yang membentuk pemimpin muda masa depan! 🇲🇾

“Changing Lives”, JBSN Komited 💪🏻



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MELABUHKAN TIRAI! 🏆🔥Tirai Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Tere...
22/08/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MELABUHKAN TIRAI! 🏆🔥

Tirai Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026 akhirnya dilabuhkan dengan penuh semangat, kemeriahan dan warna-warni kesukanan! 💪

Lebih daripada sekadar pertandingan, program ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat perpaduan serta membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti.

Sesi penyampaian hadiah sukan bola tampar telah disampaikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, manakala untuk sukan bola jaring dan futsal disampaikan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Setiap aksi, sorakan dan keringat yang dicurahkan para peserta membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan kita tanpa mengira latar belakang. Tahniah kepada semua pasukan dan peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat juang terbaik sepanjang kejohanan.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, kerana nilai kesukanan, persahabatan, disiplin dan semangat setiakawan itulah kemenangan sebenar! 👏

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Liga Sukan Komuniti 2026. Semoga semangat yang tercetus terus subur dan menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih aktif, sihat dan bersatu.

Berikut merupakan keputusan setiap acara ;

Bola Tampar
🥇Johan - Kuala Terengganu B
🥈Naib Johan - Kuala Terengganu A
🥉Ketiga - Kemaman B
🥉Ketiga bersama- Besut B

Futsal
🥇Johan – Kuala Terengganu A
🥈Naib Johan – Kemaman A
🥉Ketiga – Marang A
🥉Ketiga bersama - Dungun B

Bola Jaring
🥇Johan – Setiu A
🥈Naib Johan – Kuala Terengganu A
🥉Ketiga -Besut A
🥉Ketiga bersama – Kuala Terengganu B

Sukan menyatukan kita, komuniti menguatkan kita! ❤️‍🔥



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

🥁 AKTIVITI KECERGASAN DRUMMING STICK WORKOUT | BIGGEST LOSER 2026KUALA TERENGGANU, 21 Ogos 2026 (Jumaat) – Peserta Perta...
22/08/2026

🥁 AKTIVITI KECERGASAN DRUMMING STICK WORKOUT | BIGGEST LOSER 2026

KUALA TERENGGANU, 21 Ogos 2026 (Jumaat) – Peserta Pertandingan Biggest Loser 2026 terus diberi pendedahan kepada aktiviti kecergasan yang menarik dan bertenaga menerusi Drumming Stick Workout yang berlangsung pagi ini di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Alpha Nation Aerobic Club.

Aktiviti yang bermula pada jam 7.30 pagi ini merupakan antara pengisian kecergasan yang dirancang bagi membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal peserta, di samping mewujudkan suasana senaman yang lebih menyeronokkan, aktif dan interaktif.

Drumming Stick Workout menggabungkan pergerakan senaman dengan penggunaan kayu drum secara berirama yang dapat membantu meningkatkan koordinasi, daya tahan, kekuatan otot serta kecergasan kardiovaskular.

Lebih daripada sekadar bersenam, aktiviti ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat peserta agar kekal aktif, berdisiplin dan konsisten dalam mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh Pertandingan Biggest Loser 2026.

Perjalanan Biggest Loser 2026 kini memasuki fasa akhir dengan pelbagai aktiviti kecergasan dan pemantauan yang akan diteruskan sehingga Timbang Akhir pada 29 Ogos 2026.

💪 Teruskan usaha, kekal konsisten dan jangan mengalah!

🔥 Setiap langkah membawa perubahan. Setiap usaha membuahkan hasil.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

🏆🔥 LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MERIAH, HIMPUN 532 PESERTA!KUALA NERUS, 21 Ogos 2026 – Dewan Gem...
21/08/2026

🏆🔥 LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MERIAH, HIMPUN 532 PESERTA!

KUALA NERUS, 21 Ogos 2026 – Dewan Gemilang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjadi saksi berlangsungnya Majlis Perasmian Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Turut hadir, Yang Berbahagia Profesor Madya Ts. Dr. Ahmad Faizal bin Ahmad Fuad, Dekan Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Puan Nasriah binti Najmi, Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari, pada 21 dan 22 Ogos 2026, menghimpunkan seramai 532 peserta terdiri daripada atlet, pengurus dan jurulatih dari seluruh daerah di Negeri Terengganu.

Penyertaan kejohanan ini terdiri daripada pasukan johan dan naib johan Liga Sukan Komuniti (LSK) dari setiap daerah di Negeri Terengganu, sekali gus menyaksikan pertembungan pasukan terbaik dari setiap daerah bagi merebut gelaran juara di peringkat negeri.

Sebanyak tiga acara sukan dipertandingkan iaitu futsal, bola tampar dan bola jaring. Acara futsal dan bola tampar berlangsung di Pusat Sukan UniSZA, manakala acara bola jaring berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program berlangsung dalam suasana penuh meriah, semangat kesukanan dan ukhuwah komuniti, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara peserta dari seluruh daerah.

Liga Sukan Komuniti bukan sekadar medan untuk merebut kejuaraan, malah turut menjadi platform dalam memupuk gaya hidup aktif dan sihat, mencungkil bakat sukan serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui sukan.

Dengan semangat “Bersukan, Bersatu dan Membina Komuniti”, para peserta tampil memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi bagi menjadikan kejohanan ini lebih rancak dan penuh warna.

Inilah bukti bahawa sukan mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang, usia dan pengalaman, selaras dengan aspirasi menjadikan sukan sebagai wadah membina komuniti yang aktif, sihat dan bersatu. 💪🏆



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Address

Kampong Kuala Setiu

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6096222344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share