03/08/2026
LAPORAN AKTIVITI | JULAI 2026
Sepanjang bulan Julai 2026, saya berpeluang meneruskan komitmen dalam usaha kebajikan, pendidikan dan khidmat masyarakat melalui beberapa inisiatif berikut:
• Program Kongsi Rezeki di Pusat Jagaan Kirtash.
• Meneruskan sokongan kepada Pusat Tuisyen Percuma Tara Foundation di Kuala Kubu Bharu sebagai penaja dan pemantau, bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat akses kepada pendidikan secara percuma.
• Menyampaikan sumbangan kebajikan kepada VVS Welfare Foundation, Pulau Pinang sebagai tanda sokongan terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan, penyumbang, rakan kerjasama dan komuniti yang sentiasa bersama menjayakan setiap inisiatif. Setiap usaha yang dilakukan adalah hasil kerjasama ramai pihak dengan matlamat yang sama, iaitu membawa manfaat kepada masyarakat.
Semoga segala usaha ini terus memberi impak yang positif dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kebajikan, pendidikan serta pembangunan komuniti pada masa hadapan.
Bersama berkhidmat, bersama membina masyarakat yang lebih sejahtera.