Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan DATO' HAJI MOHD SALLEH SAIDIN
ADUN KUBANG ROTAN
EXCO PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN HARIAN UNTUK KOMUNITI RUMAH PANGSA TONGKANG YARD 2Usaha murni menghulurkan bantuan diteruskan me...
17/08/2026

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN HARIAN UNTUK KOMUNITI RUMAH PANGSA TONGKANG YARD 2

Usaha murni menghulurkan bantuan diteruskan menerusi penyerahan bakul makanan harian kepada golongan yang memerlukan di kawasan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2.

Serahan sumbangan berlangsung di Surau Al-Musinin dan disempurnakan oleh Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), yang mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.

Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban dan memberi manfaat kepada keluarga yang menerima.

ZIARAH KEMATIANDengan penuh rasa dukacita, Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawa...
16/08/2026

ZIARAH KEMATIAN

Dengan penuh rasa dukacita, Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah Asiah Binti Din, 64 tahun, di Kampung Samatang, Kuala Kedah.

Allahyarhamah telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 1.30 pagi semalam dan dijadualkan dikebumikan pada jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Lorong Mayat.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

15/08/2026

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin meluangkan masa menyantuni komuniti nelayan di Pasar Nelayan Kuala Kuar.

Bukan sekadar bertanya khabar, tetapi mendengar sendiri cerita di sebalik kehidupan para nelayan tentang hasil tangkapan, cabaran di laut serta denyut kehidupan masyarakat setempat.

Lawatan santai dalam suasana penuh mesra ini menjadi ruang untuk mendekati rakyat tanpa batas, kerana setiap cerita dan suara mereka ada nilai yang perlu didengar.

Dekat dengan rakyat, memahami kehidupan mereka dan terus bersama dalam setiap denyut nadi komuniti.

15/08/2026

SEMARAK MERDEKA, KOMUNITI SIHAT 2026

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin hadir memeriahkan Program Semarak Merdeka Komuniti Sihat 2026 di KRT Taman Seri Marina, Jalan Kuala Kedah.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan baju berhias, persembahan sajak dan aktiviti komuniti turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim masyarakat setempat.

15/08/2026

GOTONG-ROYONG PERDANA TAMAN SERI ABADI

Semangat gotong-royong menyatukan penduduk Taman Seri Abadi dalam usaha menjaga kebersihan persekitaran serta mencegah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin turut hadir bersama komuniti bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh KRT Taman Seri Abadi.

Bersih kawasan, sihat komuniti!

14/08/2026

ZIARAH KEMATIAN

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin menziarahi keluarga Allahyarham Manaf bin Musa di Kampung Kubang Panggas yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.20 petang, 14 Ogos 2026.

YB Dato’ turut menyampaikan salam dan ucapan takziah kepada keluarga serta waris Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

14/08/2026

PERSIAPAN MAULIDUR RASUL DUN KUBANG ROTAN 2026

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin bersama Jawatankuasa Maulidur Rasul Peringkat DUN Kubang Rotan mengadakan perbincangan bagi memastikan segala persiapan, atur kerja, keselamatan dan pengisian program berada pada tahap terbaik.

Semoga sambutan Maulidur Rasul nanti berjalan lancar, selamat dan meriah.

ZIARAH KEMATIANMenziarahi keluarga Allahyarhamah Siti Rohani Binti Yahya, 59, di kediaman beliau di Kampung Sematang Bog...
11/08/2026

ZIARAH KEMATIAN

Menziarahi keluarga Allahyarhamah Siti Rohani Binti Yahya, 59, di kediaman beliau di Kampung Sematang Bogak yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.55 pagi tadi.

Dalam kunjungan tersebut, salam takziah disampaikan kepada suami Allahyarhamah serta keluarga yang sedang berduka. Jenazah dijadualkan untuk dikebumikan selepas solat Isyak.

Hadir mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin ialah Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR).

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

ZIARAH KEMATIANHadir menziarahi keluarga Allahyarham Abdul Rahman Bin Harun, 67, di Kampung Hulu bagi menyampaikan salam...
10/08/2026

ZIARAH KEMATIAN

Hadir menziarahi keluarga Allahyarham Abdul Rahman Bin Harun, 67, di Kampung Hulu bagi menyampaikan salam takziah kepada waris atas pemergian Allahyarham.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 10.02 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat serangan jantung. Jenazah dijangka disemadikan selepas solat Asar petang ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, serta seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan.

Ziarah turut diwakili oleh Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), bagi pihak YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.

Al-Fatihah.

RUMAH DIBAIK PULIH, KESELESAAN KEMBALI DINIKMATIAlhamdulillah, hasil tinjauan ke kediaman En. Mahudin Awang Shafie di Ka...
10/08/2026

RUMAH DIBAIK PULIH, KESELESAAN KEMBALI DINIKMATI

Alhamdulillah, hasil tinjauan ke kediaman En. Mahudin Awang Shafie di Kampung Lemping, kerja-kerja baik pulih rumah beliau telah pun selesai.

Kediaman yang sebelum ini mengalami kerosakan akibat ribut telah dibaiki, termasuk keseluruhan bahagian bumbung dan bilik tidur. Kerja baik pulih ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah dan telah disiapkan dalam tempoh kira-kira 8 minggu.

Semoga dengan selesainya kerja-kerja ini, En. Mahudin sekeluarga dapat kembali menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Tinjauan turut disertai Penghulu Mukim Kubang Rotan serta Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan yang mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.

Address

NO 1, TINGKAT 1, KOMPLEKS PERNIAGAAN DELTAT, Jalan KUBANG ROTAN, KUALA SUNGAI, Alor Setar
Kampong Kubang Rotan
06250

Telephone

+6047307525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share