09/08/2026
8/8/2026
Sabtu
TR. Lagan, Bulo, Lubok Antu
YB Roy Angau Anak Dato’ Gingkoi telah hadir dan seterusnya merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu.
Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat. Sepanjang karnival, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk empat sesi ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan asas.
Turut disediakan ruang pameran daripada Klinik Kesihatan Lubok Antu, Majlis Daerah, Proton, Toyota dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memberikan maklumat serta perkhidmatan kepada masyarakat.
Dalam majlis tersebut, turut diumumkan beberapa peruntukan bagi menyokong pembangunan dan aktiviti komuniti setempat:
• RM150,000 di bawah RTP 2027 bagi kerja-kerja baik pulih
• RM25,000 kepada JKKK
• RM10,000 kepada Biro Wanita
• RM10,000 kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan, di samping mengeratkan kerjasama antara komuniti, agensi kerajaan dan pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu, pihak Rumah Lagan, Bulo serta semua agensi dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Jom Sihat.
Turut hadi adalah Yang Berusaha Dr. J***y Chan Junin Shing, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
Klinik Kesihatan Lubok Antu dan Counsellor Getty Chua Peng Hia, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu.