20/10/2025
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฃ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฎ (๐ฃ๐๐) ๐ ๐ผ๐ฏ๐ถ๐น๐ฒ ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ผ๐ธ
Program Mini PKD Mobile merupakan inisiatif berskala kecil yang dilaksanakan secara lebih fleksibel dan dekat dengan masyarakat. Melalui pendekatan ini, perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih pantas, mudah diakses, dan menepati keperluan komuniti setempat.
Program Mini PKD Mobile Saratok 2025 telah berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Rumah Entinggeh@Entinggie Anak Tamin, Krangan Krian, Saratok, Sarawak. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Senator Tuan Pele Peter Tinggom, Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia dan YB Tuan Haji Mohamad bin Duri, Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Sarawak.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program, antaranya:
โจ Penyampaian perkhidmatan secara langsung daripada pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, LPPKN Sarawak, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kesihatan (Pergigian) Bahagian Betong, Usahawan PKD, RISDA, PERKESO, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
๐ฏ Latihan kemahiran merangkumi dua modul utama iaitu Pembuatan Kerepek Pisang dan Pembuatan Anyaman Bakul Plastik.
๐จ Sukaneka menceriakan kanak-kanak setempat.
๐ Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.
๐ฉโ๐ฆฐ Sesi Bicara Wanita bertemakan โLindung Suri, Sayang Keluargaโ, daripada PERKESO Sri Aman yang membincangkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR / Lindung Kasih)
๐๏ธ Jualan Rahmah dan produk usahawan desa dengan tawaran potongan harga antara 10% hingga 30%.