Perpustakaan Awam Merbok

Perpustakaan Awam Merbok Gedung Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.               🌺 AKTIVITI ONLINE 🌺               🇲🇾TRIVIA MERDEKA🇲🇾         HA...
19/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

🌺 AKTIVITI ONLINE 🌺
🇲🇾TRIVIA MERDEKA🇲🇾
HASSAN AZHARI ORANG YANG
DIAMANAH MELAUNGKAN
AZAN🇲🇾🇲🇾
PADA DETIK 31 OGOS 1957
🗓️16 OGOS 2026 🗓️

Kalau sebut pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, babak yang paling orang ingat mestilah Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan sambil melaungkan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali.
Namun selepas laungan itu, satu lagi suara bergema di Stadium Merdeka.
Suara azan.
Orang yang diberi amanah melaungkan azan pada pagi bersejarah tersebut ialah Allahyarham Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari, seorang tokoh besar dalam bidang pengajian al-Quran di Malaysia.
Pada pagi 31 Ogos 1957, sebuah kenderaan yang dihantar oleh pihak Menteri Pelajaran datang mengambil Hassan dari rumahnya di Klang sekitar pukul 6.30 pagi.
Beliau kemudian dibawa ke Stadium Merdeka dan ditempatkan berhampiran sistem pembesar suara sementara menunggu isyarat untuk melaungkan azan.
Pagi itu Stadium Merdeka penuh dengan manusia.
Raja-raja Melayu hadir. Wakil kerajaan British hadir. Duke of Gloucester hadir sebagai wakil Ratu Elizabeth II. Puluhan ribu rakyat memenuhi stadium untuk menyaksikan satu detik yang sudah lama ditunggu.
Tunku Abdul Rahman kemudian membaca Pemasyhuran Kemerdekaan.
Selepas itu Tunku mengangkat tangan.
“Merdeka!”
Laungan itu diulang sebanyak tujuh kali dan disambut oleh seluruh stadium.
Kemudian tibalah giliran Hassan Azhari.
Ketika itu beliau baru berusia 29 tahun.
Hassan berdiri lalu melaungkan azan.
Stadium yang sebelumnya dipenuhi laungan manusia menjadi senyap apabila azan berkumandang.
Hassan sendiri pernah menceritakan bahawa air matanya keluar ketika melaungkan azan tersebut.
“Air mata pagi itu adalah air mata gembira. Perasaan ketika itu sukar untuk dikatakan.”
Beliau menangis kerana selepas bertahun-tahun hidup di bawah pemerintahan kolonial, Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan.
Semoga perkongsian ini memberi maanfaat dan memupuk semangat patriotik sepanjang bulan kemerdekaan negara.🇲🇾🇲🇾🇲🇾





See less

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani                       🌹 PROGRAM OUTREACH🌹         PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN ...
17/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

🌹 PROGRAM OUTREACH🌹

PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN
PERINGKAT SEKOLAH


TARIKH : 17 OGOS 2026 (ISNIN)
JAM : 9.00 PAGI - 3.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER
SMK BANDAR SUNGAI PETANI.
PESERTA : 800 PELAJAR

Kolaborasi Perpustakaan Awam Sungai Petani, Perpustakaan Awam Merbok dan Perpustakaan Desa PNM Bandar Perdana bagi menjayakan aktiviti berikut👇👇👇

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1.Kempen Keahlian
2.Kuiz Cerdas Minda
3.Pameran Tokoh Ulama Negeri Kedah
4.Pameran Tokoh Ilmuan
5.Kenali Malaysia
6.Puzzle Malaysia
7.Kuiz Kemerdekaan
8.Magic Block Games
9.Spell it Right
10.Pameran Buku Koleksi Kedah

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada SMK BANDAR SUNGAI PETANI kerana menjemput pihak kami bagi menjayakan program pada hari ini dan juga kepada semua yang terlibat.🥰🥰🥰




Assalamualaikum,Salam Malaysia Madani Dan Salam Melestarikan Budaya Membaca....             📌AKTIVITI ONLINE📌           ...
17/08/2026

Assalamualaikum,Salam Malaysia Madani Dan Salam Melestarikan Budaya Membaca....

📌AKTIVITI ONLINE📌
PERKONGSIAN ILMU
✅Fakta Menarik Negara Kita✅
🗓️17 Ogos 2026🗓️

Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang kita diami, tetapi sebuah tanah air yang kaya dengan sejarah, budaya, alam semula jadi dan kepelbagaian. ❤️

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, jom kita kenali Malaysia dengan lebih dekat! Mungkin ada fakta yang selama ini kita lihat setiap hari, tetapi tidak pernah kita sedari nilainya. 🇲🇾✨

Kerana semakin kita mengenali Malaysia, semakin kita menghargai dan menyayanginya.❤️🤍💙💛

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani               🔴 AKTIVITI ONLINE 🔴               🇲🇾TRIVIA MERDEKA🇲🇾         🪖TU...
16/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

🔴 AKTIVITI ONLINE 🔴
🇲🇾TRIVIA MERDEKA🇲🇾
🪖TUGU NEGARA MALAYSIA 🪖
🗓️16 OGOS 2026 🗓️

Tugu Negara merupakan lambang kebanggaan negara dan simbol perjuangan askar menentang penjajah. Tugu ini dibina pada tahun 1963 dan siap pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat.

Tugu setinggi 15 meter ini diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon. Tujuh patung lelaki pada tugu melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.

Lakaran awal Tugu Negara dibuat pada tahun 1958 di Kem Gunung Bongsu, Pulau Pinang dengan melibatkan anggota 5 RAMD. Prebet Zainal Buyung merupakan salah seorang model awal bagi patung di bahagian tengah yang memegang bendera Malaysia. Para anggota terpilih perlu beraksi selama berjam-jam untuk membantu pengukir menghasilkan bentuk awal Tugu Negara.





Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani🇲🇾🎤 AYUH SERTAI PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN! 🎤🇲🇾Semarakkan Bulan K...
15/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

🇲🇾🎤 AYUH SERTAI PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN! 🎤🇲🇾

Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan bakat, suara dan semangat patriotik! ❤️💙💛

📖 Khas untuk pelajar sekolah rendah
👥 Terhad kepada 10 orang peserta sahaja!
📝 Sajak mestilah dalam Bahasa Melayu
👗 Peserta dialu-alukan memakai pakaian kebangsaan atau bertemakan Kemerdekaan.

📅 Tarikh: 30 Ogos 2026
⏰ Masa: 3.00 petang
📍 Tempat: Perpustakaan Awam Merbok
🗓️ Tarikh tutup penyertaan: 24 Ogos 2026
📞 Pertanyaan: 04-457 3500

✨ Jangan lepaskan peluang untuk tampil ke hadapan, serlahkan bakat dan laungkan semangat cintakan Malaysia melalui seni deklamasi sajak!

🇲🇾 10 tempat sahaja — siapa cepat, dia dapat! 🇲🇾

Jom daftar sekarang dan bersama-sama kita semarakkan jiwa Merdeka! ❤️🤍💙💛





Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Melestarikan Budaya Membaca.               ♥️AKTIVITI FIZIKAL♥️   🇲🇾 WA...
15/08/2026

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Melestarikan Budaya Membaca.

♥️AKTIVITI FIZIKAL♥️
🇲🇾 WARNA WARNI KEMERDEKAAN🇲🇾
🌹10 ORANG PESERTA🌹
🗓️ 15 OGOS 2026🗓️
🕒 3.00 PETANG🕒

Terima kasih adik-adik yang hadir dan menceriakan aktiviti kita pada hari ini sempena bulan kemerdekaan .Semoga aktiviti yang dijalankan ini memberi manfaat dan memupuk semangat patriotik kepada adik-adik semua yaa🤗🤗

Jom LIKE FOLLOW page Perpustakaan Awam Merbok dan TIKTOK
tiktok.com/






Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani           🇲🇾SUDUT MALAYSIA MERDEKA🇲🇾              SEMPENA BULAN KEBANGSAAN    ...
15/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

🇲🇾SUDUT MALAYSIA MERDEKA🇲🇾
SEMPENA BULAN KEBANGSAAN
🗓️15 OGOS 2026 (SABTU)🗓️

TEMA : "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

OBJEKTIF SUDUT KEMERDEKAAN

Menyemai semangat patriotisme, memperkaya pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan, memupuk perpaduan serta menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat melalui bahan bacaan.




🇲🇾 MERDEKA DENGAN ILMU!!! 📚🎉 PROMOSI KEAHLIAN PERPUSTAKAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA! 🇲🇾Semarakkan bul...
15/08/2026

🇲🇾 MERDEKA DENGAN ILMU!!! 📚

🎉 PROMOSI KEAHLIAN PERPUSTAKAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA! 🇲🇾

Semarakkan bulan patriotik ini dengan mendaftar sebagai ahli perpustakaan dan nikmati 50% DISKAUN! 🤩📚

✨ Jawab kuiz Kemerdekaan
✨ Layak menerima 50% diskaun yuran keahlian
✨ Nikmati pelbagai kemudahan dan akses kepada koleksi bahan bacaan

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi bebas untuk menimba ilmu!

Jom daftar, jawab kuiz & rebut diskaun 50%!

Jangan lepaskan peluang istimewa sempena Bulan Kemerdekaan 2026!

Nota : Promosi ini terpakai pada semua rangkaian perpustakaan di bawah pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.








Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani Dan Salam Melestarikan Budaya Membaca.              📍AKTIVITI ONLINE📍            ...
13/08/2026

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani Dan Salam Melestarikan Budaya Membaca.

📍AKTIVITI ONLINE📍
✅INFO ALAM SEKITAR✅
Jom Kenali Indeks Pencemaran Udara
🎈13 Ogos 2026🎈

🌿 Apa itu IPU?

IPU (Indeks Pencemaran Udara) menunjukkan tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Semakin tinggi bacaan IPU, semakin tercemar udara dan semakin tinggi risikonya kepada kesihatan.

😷 Jom pantau bacaan IPU dan jaga kesihatan kita!




Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Melestarikan Budaya Membaca.                 AKTIVITI ONLINE           ...
12/08/2026

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Melestarikan Budaya Membaca.

AKTIVITI ONLINE
INFO MALAYSIA KITA
📍Kenali Malaysia Dengan Fakta Ini📍
🗓️ 12 OGOS 2026🗓️

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara dan terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya, bahasa serta agama. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Negara ini mempunyai dua kawasan utama, iaitu Semenanjung Malaysia serta Malaysia Timur yang terletak di Pulau Borneo. Malaysia juga mempunyai sejarah dan warisan yang kaya serta menjadi sebuah negara yang membangun. Kepelbagaian masyarakat dan budaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan menarik.



Address

Kampong Merbok

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+6044573500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Merbok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Merbok:

Shortcuts

Share