13/05/2026
๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐ข๐ง๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐๐
Pendang, 12 Mei 2026 โ Majlis Daerah Pendang (MDP) telah menganjurkan Sesi Libat Urus (Focus Group Discussion โ FGD) Pelan Tindakan Bandar Pintar Mampan Pendang 2035 di Dewan Cenderawasih, bermula jam 8.30 pagi. Program ini bertujuan mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan bandar selaras dengan prinsip kemampanan dan teknologi pintar.
Sesi libat urus ini dihadiri oleh wakil kerajaan tempatan, agensi perancangan bandar, komuniti setempat, sektor swasta serta pakar dalam pembangunan mampan. Aktiviti dimulakan dengan ucaptama oleh Tuan Nasrun bin Dato' Mohd Sheriff, SDK., AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang, diikuti pembentangan objektif pelan tindakan oleh En. Mawardi bin Said dari Unit Satelit Bandar Pintar, Pejabat Projek Zon Utara, PlanMalaysia Semenanjung Malaysia. Seterusnya, Pn. Wirda Asmat dari PlanMalaysia Kedah membentangkan Blueprint Bandar Pintar Kedah. Turut hadir, Setiausaha Majlis Daerah Pendang, Puan Norfazni binti Mustafa, BCK., bagi meraikan kehadiran para jemputan.
Perbincangan dijalankan dalam kump**an fokus dengan membincangkan isu-isu seperti pengurusan tenaga, mobiliti hijau, penggunaan teknologi pintar serta pelestarian alam sekitar. Cadangan utama daripada setiap kump**an akan dijadikan rujukan dalam penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Mampan Pendang 2035.
Program ini menekankan kepentingan kerjasama antara semua pihak berkepentingan bagi merealisasikan Pendang sebagai bandar pintar yang mampan menjelang tahun 2035.