POLIS BALAI PENGERANG

POLIS BALAI PENGERANG BALAI POLIS PENGERNG
*Salah satu Balai di bawah pentadbiran IPD KOTA TINGGI JOHOR

NO.TEL / FAX BALAI POLIS PENGERANG : 07-8252222 VISI PDRM. MISI PDRM.

KOMUNITI SEJAHTERA, KOMITMEN KAMI. AGENSI PENERAJU DALAM MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA SELAMAT, AMAN DAN SEJANTERA. MEMBERI PERKHIDMATAN PROFESIONAL DAN BERKUALITI DALAM MELINDUNGI NEGARA DAN MENJAMIN PERSEKITARAN YANG SELAMAT BAGI MASYARAKAT. " TEGAS ADIL DAN BERHEMAH "

Aktiviti Rollcall kepada semua anggota Balai Polis Pengerang yang disampaikan oleh KPB Pengerang SM Yahya dengan menyamp...
02/04/2016

Aktiviti Rollcall kepada semua anggota Balai Polis Pengerang yang disampaikan oleh KPB Pengerang SM Yahya dengan menyampaikan arahan-arahan semasa daripada pucuk pimpinan PDRM.

Lawatan kerja penubuhan Polis Bantuan ( Dailog ) ditapak projek Dailog Pengerang pada 9/3/2016 @ 1000 hrs. Lawatan dilak...
09/03/2016

Lawatan kerja penubuhan Polis Bantuan ( Dailog ) ditapak projek Dailog Pengerang pada 9/3/2016 @ 1000 hrs. Lawatan dilakukan oleh:
1) Dato Zainal Abidin B. Kassim
Tim. Pengarah Operasi, JPJKK Bukit Aman
2) Dato Mazlan B. Kesah
ketua Penolong Pengarah ( Koordinasi Sumber Sokongan ) JPJKK Bukit Aman.

MESYUARAT MINGGUAN IPD KOTA TINGGI,JOHORPengerang 4 Mac 2015, Selaku tuan rumah bagi kali ini, satu mesyuarat mingguan I...
05/03/2015

MESYUARAT MINGGUAN IPD KOTA TINGGI,JOHOR

Pengerang 4 Mac 2015, Selaku tuan rumah bagi kali ini, satu mesyuarat mingguan IPD KOTA TINGGI telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Laut di jeti Tg. Pengelih Pengerang dengan kerjasama antara Balai Polis Pengerang dan PPM Pengerang. Turut dihadiri bersama ialah KPD KOTA TINGGI Supt. Hj. Rahmat bersama Ketua-Ketua Bahagian, KPB balai-balai luar serta KPB Pengerang. Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan isu-isu yang belaku pada masa ini serta menyampaikan segala arahan yang telah diberikan oleh pihak atasan untuk di laksanakan serta merta.

SEKATAN JALAN RAYA SEMPENA TAHUN BARU CINA Pengerang 3 Mac 2015, T/KPB Pengerang SM Yahya Bin Omar bersama anggota balai...
03/03/2015

SEKATAN JALAN RAYA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Pengerang 3 Mac 2015, T/KPB Pengerang SM Yahya Bin Omar bersama anggota balai telah mengadakan satu Sekatan Jalan Raya (SJR) sempena Tahun Baru Cina di jalan besar Sg. Kapal-Pengerang. Tujuan sekatan jalan raya ini diadakan adalah untuk memastikan setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan undang-undang yang telah ditetapkan. Sebanyak (6) saman telah di keluarkan atas pelbagai kesalahan dan sekaligus dapat menjadi pengajaran agar setiap pengguna mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJARPengerang 1 Mac 2015, Pegawai perhubungan sekolah KPB Pengerang Insp Mohd Adzi...
02/03/2015

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

Pengerang 1 Mac 2015, Pegawai perhubungan sekolah KPB Pengerang Insp Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli dan T/KPB SM Yahya Bin Omar telah menghadiri program Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar dan ceramah pencegahan jenayah di Sek. Men. Keb Tg. Pengelih Pengerang di mana program ini merupakan aktiviti tahunan pihak sekolah bersama PDRM.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG JAWA PENGERANG. Pengerang 28 Februari 2015, Sambutan Maulidur Rasul peringkat ...
28/02/2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG JAWA PENGERANG.

Pengerang 28 Februari 2015, Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Jawa Pengerang telah diadakan di masjid Kampung Jawa. Sambutan diadakan bersama penduduk Kampung Jawa dengan berarak dari dewan orang ramai Kampung Jawa hingga ke masjid Kampung Jawa. KPB Pengerang Insp Adzim Fairuz Bin Ramli bersama T/KPB SM Yahya Bin Omar dan anggota balai turut bersama sertai perarakan tersebut disamping anggota balai membuat tugas kawalan lalu lintas sepanjang perarakan dijalankan. Sambutan diadakan bagi memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang amat kita cintai dan turut sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dan masyarakat setempat.

PERJUMPAAN BERSAMA PIHAK SEKOLAHPengerang 25 Februari 2015, T/KPB Pengerang SM Yahya Bin Omar bersama anggota balai tela...
25/02/2015

PERJUMPAAN BERSAMA PIHAK SEKOLAH

Pengerang 25 Februari 2015, T/KPB Pengerang SM Yahya Bin Omar bersama anggota balai telah adakan pertemuan dan lawatan sektor ke Sek. Keb. Pengerang. Dalam pertemuan tersebut, SM Yahya telah adakan perbincangan bersama Pengetua sekolah cikgu Mohd Nizam dan Penolong Kanan sekolah cikgu Aminuddin. Salah satu perkara yang dibincangkan ialah mengenai isu keselamatan terhadap pelajar-pelajar sekolah agar dapat menghindarkan mereka dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan pelajar dan turut sama dapat menjalinkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan polis.

MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA BALAI POLIS PENGERANG Pengerang 21 Februari 2015, Balai Polis Pengerang telah mengadakan majli...
22/02/2015

MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA BALAI POLIS PENGERANG

Pengerang 21 Februari 2015, Balai Polis Pengerang telah mengadakan majlis perpisahan anggota Balai iaitu Kpl Mohd Azuan Bin Mohd Arif yang akan memasuki PULAPOL Kuala Lumpur pada 01/03/2015 untuk menjalani kursus asas Inspektor selama 9 bulan. Majlis tersebut turut dihadiri KPB Insp Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli , T/KPB SM Yahya Bin Omar, PPM Pengerang ASP Ahmad Amri Bin Abd Rahman, anggota balai serta ahli keluarga masing-masing.

PANGGIL NAMAPengerang 19 Februari 2015, sesi panggil nama bersama anggota Balai Polis Pengerang telah diadakan. Panggil ...
19/02/2015

PANGGIL NAMA

Pengerang 19 Februari 2015, sesi panggil nama bersama anggota Balai Polis Pengerang telah diadakan. Panggil nama tersebut telah diambil oleh KPB Pengerang Insp Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli dan T/KPB Pengerang SM Yahya Bin Omar. Antara taklimat yang disampaikan adalah berkaitan aspek penugasan kerja dan arahan-arahan semasa dari pihak atasan bagi memastikan setiap anggota polis menjalankan tugas secara tegas adil dan berhemah.

LAWATAN T/KPD KOTA TINGGI KE BALAI POLIS PENGERANGPengerang 09 Februari 2015, lawatan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah K...
09/02/2015

LAWATAN T/KPD KOTA TINGGI KE BALAI POLIS PENGERANG

Pengerang 09 Februari 2015, lawatan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP. Ahsmon Bin Bajah ke Balai Polis Pengerang telah diadakan. Lawatan telah di sambut oleh Ketua Polis Balai Pengerang Insp. Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli bersama anggota balai. Lawatan diadakan bertujuan untuk melengkapi jadual lawatan beliau di semua balai bawah pentadbiran IPD KOTA TINGGI. Selain itu, sesi dialog bersama anggota balai turut diadakan di bilik taklimat balai dan turut menerangkan aspek-aspek nilai kerja bagi memastikan pretasi setiap anggota PDRM sentiasa cemerlang.

'TEGAS ADIL DAN BERHEMAH'

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEK. MEN. TG. PENGELIHPengerang 05 Februari 2015, Sambutan Maulidur Rasul peringkat Se...
05/02/2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEK. MEN. TG. PENGELIH

Pengerang 05 Februari 2015, Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sek. Men. Tg. Pengelih Pengerang telah diadakan oleh pihak sekolah bagi memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W. Anggota Balai Polis Pengerang dan anggota dari lain-lain jabatan turut hadir untuk menyemarakkan lagi sambutan tersebut. Selain berselawat keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, sambutan ini turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

01/02/2015

Salam Sejahtera Yang dihormati Dato2, Datin2, Tuan2 dan Puan2.

Saya mewakili YDH Ketua Polis Daerah Kota Tinggi dengan berbesar hati menjemput dato2, datin2, tuan2 dan puan2 untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh pihak kami seperti berikut :

Tajuk : Hari Bertemu Pelanggan dan Pencegahan Jenayah
Tempat : Perkarangan IPD Kota Tinggi
Tarikh@masa : 2 Feb 2015@ 2.30ptg

Semoga dengan kehadiran dato2 datin2 tuan2 dan puan2 atau wakil akan memeriahkan dan memberi manfaat pada majlis hari tersebut. Terima kasih.

Address

Balai Polis Pengerang
Kampong Pengerang
81620

Telephone

+6078263222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS BALAI PENGERANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to POLIS BALAI PENGERANG:

Share