Pusat Komuniti Desa Pengkalan Rama Pantai

Pusat Komuniti Desa  Pengkalan Rama Pantai PKD PENGKALAN RAMA PANTAI Berasal daripada perkataan ‘pengkalan’ yang bermaksud perhentian atau tambatan perahu. Rama p**a ialah dari perkataan ‘lama’.

Sementara ‘pantai’ p**a kerana kampung ini terletak di tebing pantai Sungai Melaka. Kampung ini dulunya menjadi tempat persinggahan perahu-perahu atau sampan-sampan penumpang dan membawa dagangan yang menjalankan urusan dengan Bandar Melaka. Sungai menjadi laluan utama, dan menjadikan sampan serta perahu adalah kenderaan penting selain daripada kereta lembu, kerbau dan kereta kuda. Pengkalan terse

but hanya kira-kira satu kilometer jauhnya dari pusat bandar. Oleh yang demikian, ia mampu berfungsi sebagai pusat tumpuan kepada para pedagang untuk berlabuh bagi menyelesaikan urusan. Perahu-perahu dan sampan ini ada yang dari sebelah hulu sungai Melaka, seperti Bachang, Cheng, Krubung, Tampoi , Melaka Pindah, Durian Tunggal, Kemuning, Pangkalan dan Machap. Di masa yang sama sampan-sampan dan perahu dagang dari kep**auan Selat Melaka seperti Bengkalis, Rupat Siak dan Sumatera di Indonesia turut sama bertambatan di situ. Perahu-perahu yang bertambatan di situ mengambil masa yang lama atas urusan perdagangan atau lain-lain bekalan untuk di angkut pergi dan datang. Oleh kerana kehadiran para pedangang dari pelbagai jenis bangsa dan penggunaan pelbagai dialek telah menyebabkan perubahan sebutan perkataan ‘lama’ menjadi ‘rama’ dan oleh keranan letaknya pangkalan itu di pantai Sungai Melaka, maka sebutan Pengkalan Rama Pantai kekal menjadi nama untuk kampung ini.

09/04/2026

Address

Kampong Pengkalan Rama
75000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60172994559

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Desa Pengkalan Rama Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Komuniti Desa Pengkalan Rama Pantai:

Share