SK KPG SAWAI DARO

SK KPG SAWAI DARO MENJULANG PENDIDIKAN, MENGAPAI KEGEMILANGAN

πŸ€– BENGKEL INTEGRASI DIGITAL DALAM PdPc  Tahun 2026πŸ“… 4 Ogos 2026 (Selasa)⏰ 10.00 pagi – 3.00 petangπŸ“ Dewan Solar Gemilang...
04/08/2026

πŸ€– BENGKEL INTEGRASI DIGITAL DALAM PdPc Tahun 2026

πŸ“… 4 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Dewan Solar Gemilang, SK Kampung Sawai

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Integrasi Digital dalam PdPc bagi Tahun 2026 yang melibatkan 13 orang guru SK Kampung Sawai dan 6 orang guru SK Sungai Passin.

Bengkel ini telah mendapat perkongsian ilmu daripada tiga orang penceramah dan fasilitator yang berpengalaman, iaitu:

🎀 Encik Abu Bakar Sidi bin Mohamad Rashid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, USTP, SPb
Pejabat Pendidikan Daerah Daro

🎀 Cikgu Lesslie Anak Siba
Guru Pakar Jauhari Digital
SK Camporan Daro

🎀 Cikgu Bernard Leu Ching Yoong
Guru Pakar Jauhari Digital
SK Bawang Tian

Perkongsian yang diberikan meliputi aspek integrasi teknologi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc), sekali gus memberikan pendedahan dan idea baharu kepada para guru dalam memperkasakan amalan PdPc yang lebih kreatif, interaktif dan berkesan.

🌟 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Abu Bakar Sidi bin Mohamad Rashid, Cikgu Lesslie Anak Siba dan Cikgu Bernard Leu Ching Yoong atas kesudian meluangkan masa, berkongsi ilmu, kepakaran serta pengalaman bersama warga pendidik.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada guru-guru SK Sungai Passin yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama hadir dan menjayakan program ini. Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai.

Semoga jalinan kolaborasi dan perkongsian ilmu seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh kompetensi guru serta meningkatkan kualiti PdPc berteraskan digital.

πŸ’»πŸ“š Bersama Mendigitalkan Pendidikan, Memperkasa Kemenjadian Murid.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! πŸ‘βœ¨









πŸ€– PENYERTAAN SK KAMPUNG SAWAI DALAM UTS ROBOCLASH CHALLENGE 3.0Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Kampung Sawai at...
30/07/2026

πŸ€– PENYERTAAN SK KAMPUNG SAWAI DALAM UTS ROBOCLASH CHALLENGE 3.0

Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Kampung Sawai atas penyertaan dalam UTS Roboclash Challenge 3.0, yang mempertandingkan acara Sumo Robot Competition dan Drone Obstacle Competition.

πŸ€– Sumo Robot Competition

Guru Pembimbing: Cikgu Mohd Firdhauz bin Senan

Murid Terlibat:
β€’ Awangku Shahrulharith bin Awang Mohd Halif (berjaya mara ke Top 16)
β€’ Aidden Duan Anak Austin
β€’ Ethan Beliang Anak Michel Platini (berjaya mara ke Top 16)

Tahniah diucapkan kepada Awangku Shahrulharith bin Awang Mohd Halif dan Ethan Beliang Anak Michel Platini yang berjaya melayakkan diri ke Top 16 sebelum meneruskan cabaran ke Pusingan Penyingkiran (Elimination Round). Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan serta membuktikan kemampuan murid-murid SK Kampung Sawai untuk bersaing dengan peserta daripada pelbagai sekolah. Pengalaman yang diperoleh pastinya menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

🚁 Drone Obstacle Competition

Guru Pembimbing: Cikgu Freda Wong Ee Ling

Murid Terlibat:
β€’ Fatricia Fina binti Halaw
β€’ Edlyn Rechiena binti Alam

Pasukan Drone Obstacle Competition turut mempamerkan prestasi yang membanggakan dengan memberikan saingan yang terbaik sepanjang pertandingan. Walaupun tidak berjaya meraih kedudukan, semangat juang, keberanian, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta amat wajar diberikan penghargaan.

🌟 Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua murid serta guru pembimbing atas usaha, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang pertandingan. Sesungguhnya, kemenangan bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan. Pengalaman, ilmu pengetahuan, kemahiran serta keyakinan yang diperoleh sepanjang penyertaan ini merupakan aset yang sangat bernilai dalam membentuk generasi murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Kampung Sawai! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. πŸ’™πŸ’›

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026!Bersatu Kita Maju, Sarawak Maju Makmur. β€οΈπŸ’›πŸ–€
21/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026!

Bersatu Kita Maju, Sarawak Maju Makmur. β€οΈπŸ’›πŸ–€

πŸ† PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN SK KAMPUNG SAWAI πŸ†Fiesta STEM Pesta Daro 2026πŸ“… Tarikh: 18 – 19 Julai 2026πŸ“† Hari: Sabtu & AhadS...
20/07/2026

πŸ† PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN SK KAMPUNG SAWAI πŸ†
Fiesta STEM Pesta Daro 2026

πŸ“… Tarikh: 18 – 19 Julai 2026
πŸ“† Hari: Sabtu & Ahad

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru SK Kampung Sawai atas kejayaan yang membanggakan sempena Fiesta STEM Pesta Daro 2026 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Daro dengan kerjasama Pejabat Daerah Daro.

Pencapaian SK Kampung Sawai:

πŸ₯‡ Johan – Kategori Open Gen Pertandingan Robbo Soccer Peringkat Negeri Sarawak
πŸ₯ˆ Naib Johan – Kategori Future Gen Pertandingan Robbo Soccer Peringkat Negeri Sarawak
πŸ… Tempat Keempat – Kategori Future Gen Pertandingan Robbo Soccer Peringkat Negeri Sarawak
πŸ‘ Penyertaan – Pertandingan Bridge Building Peringkat Negeri Sarawak

Kejayaan ini merupakan bukti komitmen, usaha gigih dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan murid serta hasil bimbingan dan dedikasi guru-guru.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat, guru pembimbing, guru pengiring serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

"Kejayaan hari ini adalah hasil usaha semalam, dan inspirasi untuk kecemerlangan hari esok."

πŸ“’ LAPORAN AKTIVITI | 15 JULAI 2026Alhamdulillah, Program Pelancaran Projek SAWAI KAIZEN 2026 telah berjaya dilaksanakan ...
16/07/2026

πŸ“’ LAPORAN AKTIVITI | 15 JULAI 2026

Alhamdulillah, Program Pelancaran Projek SAWAI KAIZEN 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 15 Julai 2026 (Rabu) bermula jam 2.00 petang di Dewan Solar SK Kampung Sawai.

Program diteruskan dengan Mesyuarat PIBG serta penyaluran Bantuan KWAPM kepada 30 orang murid perdana yang layak dan Bantuan GTK kepada 7 orang murid yang layak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga, warga sekolah serta komuniti yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga semangat muafakat ini terus memperkukuh kecemerlangan SK Kampung Sawai.

πŸ“’ JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PROJEK SAWAI KAIZEN 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.SK Kampung Sawai dengan suka...
15/07/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PROJEK SAWAI KAIZEN 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SK Kampung Sawai dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua ibu bapa/penjaga untuk hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Projek Sawai Kaizen 2026 yang akan diadakan pada petang ini, 15 Julai 2026 (Rabu) bermula jam 2.00 petang bertempat di Dewan Solar SK Kampung Sawai.

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat PIBG dan seterusnya penyaluran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid yang layak.

Kehadiran dan sokongan daripada semua ibu bapa amatlah dihargai demi menjayakan program serta memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.

Jumpa anda petang ini. Terima kasih.

8 Julai 2026 | Program PIBKS – Sukan PIBG & Aktiviti Prasekolah SK Kampung SawaiSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan t...
11/07/2026

8 Julai 2026 | Program PIBKS – Sukan PIBG & Aktiviti Prasekolah SK Kampung Sawai

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru, barisan PIBG, ibu bapa, alumni serta komuniti Kampung Sawai yang telah berganding bahu menjayakan Program Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) sempena Sukan PIBG dan Aktiviti Prasekolah pada 8 Julai 2026.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh meriah ini berjaya mengeratkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti menerusi pelbagai aktiviti seperti Larian Buta, Golek Rumbia (Ngeleng Balau), Lumba Kayuh Perahu, Larian Berganti-ganti 4 Γ— 100 Meter, Karaoke Terbuka, Ratu Kebaya Nyonya, serta Cabutan Tiket Bertuah dan Gerai Jualan.

Lebih istimewa, Malam PIBKS bertemakan Pakaian Orang Kampung telah menyerlahkan keunikan budaya dan menghidupkan suasana penuh nostalgia, sekali gus mengeratkan lagi semangat kekeluargaan dan permuafakatan dalam kalangan warga sekolah serta komuniti.

Semoga semangat kebersamaan yang dipupuk melalui Program PIBKS ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan SK Kampung Sawai.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Bersama kita memperkasa pendidikan melalui permuafakatan! πŸ’™πŸ’›

09/07/2026
MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK KAMPUNG SAWAI 2026πŸ“… 7 Julai 2026Malam Kebudayaan telah berlangsung d...
09/07/2026

MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK KAMPUNG SAWAI 2026

πŸ“… 7 Julai 2026

Malam Kebudayaan telah berlangsung dengan penuh meriah sempena Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Sawai 2026. Antara aktiviti yang diadakan ialah Senam Tari dan Pertandingan Ratu Kebaya, yang berjaya menyerlahkan bakat, kreativiti serta semangat kebersamaan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, murid serta komuniti yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga kenangan indah ini terus mengeratkan hubungan silaturahim antara sekolah dan masyarakat.

08/07/2026

Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Sawai 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Sawai 2026.

Semoga segala jasa baik YB mendapat keberkatan dan dihargai oleh seluruh warga sekolah. Terima kasih.

Address

SK KPG SAWAI, D/A PPD Daro
Kampong Sawai
96200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KPG SAWAI DARO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK KPG SAWAI DARO:

Shortcuts

Share

Category