PAS Bukit Idaman

PAS Bukit Idaman Facebook rasmi PAS cawangan Bukit Idaman, Selangor

01/06/2026

Kenyataan Media
Perikatan Nasional

Perikatan Nasional Sedia Masuk Gelanggang PRN Johor

Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional agar memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pilihan raya ini dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.

Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.

Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, Perikatan Nasional akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik.

YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
1 Jun 2026

1 Jun 2026 - Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim...
01/06/2026

1 Jun 2026 - Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Dirgahayu Tuanku!

Dirgahayu Tuanku

01/06/2026

Minda Presiden PAS

PAS TIDAK DITENGGELAMKAN SELAGI BERSAMA ISLAM

Kitab suci al-Quran menjadi petunjuk yang bermukjizat dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi qudwah (ikutan) yang tidak boleh diubah dalam perjalanan politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak penubuhan yang ditetapkan dalam perlembagaannya, menunjukkan bagaimana beramal dengan al-Quran yang tetap dipelihara Allah.

Al-Quran melaporkan bahawa inilah pegangan semua anbiya’ dan auliya’ pada zaman dahulu yang diteruskan oleh nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣

“Maka, tetaplah kamu di jalan yang benar (Islam) sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu, serta janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112–113]

Allah menceritakan Nabi Nuh AS beristiqamah bersama petunjuk Allah (Islam) selama hampir 1,000 tahun. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِينَ عَامٗا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَٰلِمُونَ ١٤

“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka, mereka ditimpa banjir besar dan mereka ialah orang-orang yang zalim.” [Surah al-‘Ankabut: 14]

Selepas taufan, Nuh AS hidup beberapa ratus tahun lagi memimpin kaumnya.

Seterusnya, Allah SWT menceritakan Nabi Musa dan Nabi Harun AS menentang Firaun (raja) yang paling zalim dan ganas dalam sejarah dunia:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُۥ زِينَةٗ وَأَمۡوَٰلٗا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ٨٨ قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُكُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ ٨٩

“Musa berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia! Wahai Tuhan Kami — akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau! Wahai Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih!’ (88) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua di jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.’ (89)” [Surah Yunus: 88–89]

Allah mewajibkan mereka beristiqamah atas perjuangan yang terbuka dan dilarang berganjak. Para ulama’ menyatakan mereka beristiqamah selama 40 tahun sebelum diberikan kemenangan dengan Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya. Nabi Musa dan Nabi Harun AS bersama kaum mereka pun meneruskan perjalanan supaya berjihad menegakkan negara di tanah suci Palestin yang dibuka oleh Nabi Ibrahim AS. Allah tidak mengizinkan Bani Isra’il menduduki Palestin apabila mereka meninggalkan kitab Allah (Taurat).

Maka, Rasulullah SAW beristiqamah bersama Islam yang wajib ditegakkan sehingga menolak tawaran menjadi raja dan pemimpin. Baginda menegaskan kepada bapa saudaranya, Abu Talib yang membawa tawaran itu:

يَا عَمُّ، وَاَللَّهِ ‌لَوْ ‌وَضَعُوا ‌الشَّمْسَ ‌فِي ‌يَمِينِي، وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظْهِرَهُ اللَّهُ، أَوْ أَهْلِكَ فِيهِ، مَا تَرَكْتُهُ.

“Wahai bapa saudara tersayang, demi Allah, sekiranya mereka meletakkan (memberiku kuasa lagi dengan) matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam berkuasa), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini!” [Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, hlm. 266]

Sehinggakan, Baginda SAW dihalau kemudiannya berhijrah ke Madinah bersama Islam, lalu menegakkan negaranya. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41)” [Surah al-Hajj: 40–41]

Madinah menjadi sebuah negara masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Islam.

Prinsip “رَبُّنَا ٱللَّهُ” ialah seluruh alam diciptakan Allah, bermaksud wajib Islam yang datang daripada Allah untuk mentadbir alam. Firman Allah SWT:

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣

“Maka, adakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala yang di langit dan di bumi, baik dengan s**a mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” [Surah Ali ‘Imran: 83]

Islam ialah al-din (petunjuk yang wajib kepada seluruh alam) yang dilaksanakan dengan menyerah diri kepada Allah (Islam), sama ada secara fitrah (naluri) ataupun taklif (diwajibkan secara pilihan tanpa paksaan).

Islam ialah perjuangan terbuka para anbiya’ dan pengikut mereka, serta merupakan amalan terbaik di sisi Allah kepada kump**an terpilih dengan hidayah-Nya. Firman Allah SWT:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang menyerah diri).’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34) Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (36)” [Surah Fussilat: 33–36]

Perjuangan Islam adalah berterus terang tanpa bersembunyi dalam berdakwah pada tajuknya. Adapun pendekatannya sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

Hanya Islam sahaja ketetapan Allah kepada semua anbiya’. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Islamlah (tunduk patuhlah)!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku Islam (tunduk patuh) kepada Tuhan semesta alam.’ (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian p**a Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam!’ (132) Adakah kamu hadir ketika Ya‘qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma‘il, dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya Islam (tunduk patuh) kepada-Nya.’ (133)” [Surah al-Baqarah: 130–133]

Semua anbiya’ berterus terang bahawa mereka itu berjenama Islam. Maka, PAS tetap bersama tajuk Islam dan memilih pendekatan demokrasi yang memberikan kebebasan bersuara yang berpandukan Islam. Suara PAS tetap Islam tanpa disembunyikan dan menolak semua perkara yang berlawanan dengan Islam, termasuk dalam amalan demokrasi Barat. Inilah pendekatan para anbiya’ dan auliya’ pilihan Allah yang memilih pendekatan secara damai dan tidak ada paksaan.

PAS tidak berganjak dalam berjenama Islam secara terbuka di hadapan semua pihak, termasuk dalam bekerjasama dengan pihak bukan Islam berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Apabila kaum Yahudi dan kaum Musyrikin melanggar dasar Islam yang dimeteraikan, maka kerjasama dibatalkan.

PAS tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain mengikut sempadan Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

PAS bekerjasama dengan semua pihak sejak mula ditubuhkan sebelum kemerdekaan menentang penjajahan, dan selepas kemerdekaan bagi mengisi kemerdekaan dengan teguh atas prinsip Islamnya dan membatalkan kerjasama apabila mahu diheret keluar daripada landasannya.

PAS membatalkan kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan serta berlakunya tentangan terhadap Islam yang menjadi dasar dan matlamat PAS.

PAS menolak kalangan anggota PAS sendiri yang mengambil pendekatan mujamalah (toleransi atau mengambil hati) supaya menyembunyikan cita-cita negara Islam dan pelaksanaan Islam bagi meneruskan kerjasama dengan pihak lain.

PAS banyak mengambil pengalaman daripada beberapa gerakan Islam di beberapa negara yang mengambil pendekatan mujamalah sehingga membuang label Islamnya, lalu ditukar kepada perkataan keadilan, kemerdekaan, islah, amanah, dan sebagainya.

Ada kump**an Islam yang meletakkan jenama sekularisme Islam, bahkan ada yang mengadakan perjanjian dengan pihak lain atas jaminan tidak menegakkan ‘Islamic State’ seperti di Turkiye sehingga memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya, namun akhirnya terikat dan hanyut terlibat dalam normalisasi terhadap negara haram Israel dan tidak berdaya menunaikan kewajipan jihad bersama rakyat Palestin. Perkara ini menjadikan mereka tergelincir daripada landasan perjuangan Islam yang asal.

Di Maghribi (Morocco) p**a, kump**an Islam menang besar dengan bersikap lunak, namun kemudian ditolak rakyat kerana kecewa bersama politik yang tidak istiqamahnya.

Ketegasan PAS dalam istiqamah bersama Islam menjadikannya gagal diheret dan dipergunakan dalam permainan politik yang tidak ikhlas bersama Islam. Semua pihak yang mahukan PAS menjadi tangga tujuan politik mereka berkonsepkan oportunis akan meninggalkan PAS dengan menerjunkan diri, sehingga terhumban tanpa tangga ataupun dicampak dan tersungkur keluar dalam keadaan membawa diri yang hilang tujuannya dan pasti tenggelam dalam gelombang politik yang sentiasa bergelora.

Namun begitu, bahtera PAS tidak tenggelam, walaupun pernah kehilangan kerusi dan pemimpinnya silih berganti mengikut ketetapan Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Antara orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur, dan antara mereka ada (p**a) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janji mereka).” [Surah al-Ahzab: 23]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Zulhijjah 1447 / 1 Jun 2026

[Bil: 37 / 2026]

31/05/2026

Alhamdulillah.

Dari Terengganu ke Bangkok.

Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, semalam menerima pengiktirafan di pentas dunia.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu dianugerahkan:

🏆 BEST PRESCHOOL OF THE YEAR
▪️World School Summit 2026, Bangkok, Thailand.

Anugerah ini bukan milik seorang individu.

Ia milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami.

Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

29/05/2026

“TIADA JANJI, LIHAT BUKTI”: AKHIRNYA KERAJAAN PAHANG AKUI KEGAGALAN LTA BEROPERASI PADA 2026

Rakyat Pahang pastinya masih ingat slogan yang sering diulang oleh YAB Menteri Besar Pahang iaitu “Tiada Janji, Lihat Bukti”. Namun hari ini, rakyat sendiri dapat melihat bukti bahawa projek mega Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (LTAK) yang diwar-warkan akan beroperasi pada tahun 2026 akhirnya diakui GAGAL mencapai sasaran tersebut.

Sidang Dewan Negeri Pahang baru-baru ini mengesahkan bahawa projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng kini disasarkan siap dan beroperasi pada tahun 2031, bukannya 2026 seperti yang diumumkan dan dicanangkan sebelum ini.

Apa yang lebih mengecewakan, projek yang dijanjikan sejak tahun 2022 sebagai simbol kemajuan dan lonjakan ekonomi negeri itu sehingga kini masih berada pada peringkat pemuktamadan teknikal dan penglibatan pelabur strategik.

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan UMDAP gagal merancang secara realistik dan telus kepada rakyat. Pengumuman demi pengumuman dibuat dengan penuh gah, namun hasil sebenar yang rakyat lihat hanyalah kelewatan, ketidakpastian dan alasan demi alasan.

Persoalan utama rakyat hari ini:

Mengapa sasaran 2026 diumumkan dengan begitu yakin jika pelbagai syarat teknikal dan pelabur masih belum dimuktamadkan? Adakah ia sekadar gula-gula untuk memancing undi Pilihan Raya?

Mengapa rakyat diberi gambaran seolah-olah projek sudah berada pada tahap kukuh sedangkan pembinaan fizikal masih belum jelas?

Siapa yang perlu bertanggungjawab atas kegagalan mencapai sasaran asal ini?

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang berpandangan bahawa isu ini bukan sekadar soal sebuah lapangan terbang, tetapi soal integriti pentadbiran dan kejujuran serta ketelusan terhadap rakyat.

Rakyat Pahang sudah terlalu lama disajikan dengan projek mega berprofil tinggi, namun akhirnya banyak yang tertangguh, berubah sasaran dan gagal ditunaikan mengikut janji asal. Dalam keadaan rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan yang terhad dan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan negeri sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan projek mega sebagai bahan propaganda politik semata-mata.

Hakikatnya, KEGAGALAN yang diakui sendiri oleh kerajaan negeri ini menunjukkan bahawa Pahang memerlukan kepimpinan baharu yang lebih telus, berintegriti dan benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

PRU-16 nanti adalah peluang rakyat untuk menghantar mesej jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik janji manis tetapi gagal ditunaikan.

Jika slogan mereka dahulu berbunyi “Tiada Janji, Lihat Bukti”, maka hari ini rakyat sudah melihat sendiri bukti kegagalan tersebut.

Sudah tiba masanya rakyat Pahang melakukan perubahan demi masa depan negeri yang lebih amanah, stabil dan berkebajikan.

“Janji manis dan realiti pahit bukan itu yang rakyat mahukan.

Rakyat mahukan ketelusan, bukan alasan.”

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA(M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

29/05/2026
27/05/2026
27/05/2026
27/05/2026

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, sekaligus memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS, bapa para anbiya', yang diuji Allah dengan ujian-ujian terbesar dalam sejarah kemanusiaan, lalu baginda menunaikannya dengan penuh kesempurnaan.

Allah SWT memilih Ibrahim AS menjadi imam kepada manusia setelah baginda lulus menanggung ujian terbesar, iaitu apabila diperintahkan menyembelih anaknya Ismail AS. Tatkala keduanya menyerah diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan, Allah menggantikan dengan sembelihan yang besar sebagai balasan ketaatan yang tiada tandingannya. Daripada peristiwa agung inilah lahirnya ibadat qurban yang kita laksanakan hari ini, bukan sekadar amalan ritual, bahkan cerminan penyerahan diri yang sepatutnya menjadi pegangan hidup setiap Muslim. Korbankanlah diri, keluarga, dan harta kerana semuanya adalah pemberian dan kepunyaan Allah.

Dalam masa yang sama, kita mendoakan saudara-saudara kita yang sedang menanggung penderitaan di seluruh pelosok dunia, khususnya di Palestin yang masih dijajah dan dizalimi. Jika tidak terdaya membantu dengan harta dan tenaga, sekurang-kurangnya doakanlah mereka dengan sepenuh hati agar Allah mengangkat kesusahan dan membebaskan mereka daripada belenggu kezaliman.

Akhirnya, pada kesempatan yang penuh berkat ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua kalian berada. Semoga pengorbanan kita diterima Allah, dan semoga Allah SWT senantiasa memartabatkan Islam dan memuliakan umat-Nya.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Address

Bukit Idaman
Kampong Selayang
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Bukit Idaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Bukit Idaman:

Share