01/09/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐/๐/๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ โ Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kol Nordin bin Abu telah merasmikan Upacara Penutup Kursus Ahli Pendaki Tebing Siri APT/1/26 yang berlangsung dengan jayanya semalam bertempat di Lembah Damai, Batu Caves, Selangor. Kursus yang dilaksanakan mulai 6 Jul hingga 30 Ogos 26 ini telah menyaksikan seramai 10 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berjaya menamatkan kursus dengan secara rasmi.
Kursus Ahli Pendaki Tebing ini diwujudkan bertujuan untuk memahirkan anggota dalam melaksanakan operasi tempur dan menyelamat di permukaan curam serta tebing batu, di samping meningkatkan penguasaan teknik pendakian, pengendalian bebanan serta teknik mengendalikan anggota yang mengalami kecederaan di kawasan tebing tinggi. Latihan yang dilaksanakan secara teori dan praktikal ini menekankan aspek keselamatan, ketepatan teknik, ketahanan fizikal serta keupayaan membuat pertimbangan yang tepat ketika berhadapan dengan situasi mencabar di waktu yang genting.
Pelaksanaan kursus turut memberi penekanan terhadap pembangunan ๐๐๐๐๐, ๐พ๐๐๐ค๐๐๐๐๐ & ๐ด๐ก๐ก๐๐ก๐ข๐๐ (SKA) dalam kalangan Jurulatih mahupun peserta. Aspek Skills diperkasakan melalui penguasaan teknik pendakian dan pengendalian peralatan, manakala Knowledge diterapkan melalui pemahaman terhadap prosedur, teknik dan aspek keselamatan operasi tebing. Dalam masa yang sama, elemen ๐ด๐ก๐ก๐๐ก๐ข๐๐ dibentuk melalui disiplin, keberanian, keyakinan diri, kerja berpasukan dan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan rakan pasukan.
Dalam majlis yang sama, Kol Nordin bin Abu turut berkesempatan untuk menyempurnakan perasmian ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ di Gua Damai sebagai fasiliti latihan rasmi bagi menyokong pelaksanaan latihan pendakian dan kemahiran tebing. Perasmian tersebut disusuli dengan demonstrasi pendakian oleh Komandan PULPAK sendiri sebagai simbolik kepada merasmikan laluan baru pendakian iaitu Route Komandan 2026 yang berketinggian 20 meter.
Penglibatan Komandan secara langsung dalam pendakian tersebut merupakan manifestasi prinsip ๐ฟ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ธ๐ฅ๐๐๐๐๐, sekaligus menunjukkan bahawa aspek pembangunan kompetensi dan kecergasan tidak hanya menjadi tanggungjawab anggota pelaksana, malah turut didukung oleh kepimpinan melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti latihan.
Tindakan tersebut turut menjadi suntikan motivasi kepada warga PULPAK agar sentiasa membudayakan latihan, meningkatkan tahap kompetensi dan berani menyahut cabaran dalam usaha memperkasakan keupayaan organisasi. Pendakian Route Komandan 2026 juga menjadi simbol kepada komitmen kepimpinan PULPAK dalam memastikan budaya latihan yang berterusan dan berorientasikan kecemerlangan sentiasa menjadi teras dalam pembangunan warga PULPAK.
Perasmian PULPAK TOWER sebagai fasiliti latihan rasmi merupakan satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem latihan peperangan khusus. Kemudahan tersebut diyakini mampu menjadi platform kepada anggota untuk meningkatkan kemahiran pendakian, menguji tahap ketahanan fizikal dan mental serta memperkukuh keupayaan melaksanakan tugasan berkaitan operasi tebing secara lebih sistematik dan selamat.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi PULPAK untuk terus diperkasakan sebagai ๐ถ๐๐๐ก๐๐ ๐๐ ๐ธ๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐๐ dalam bidang peperangan khusus melalui pembangunan anggota yang kompeten, berpengetahuan, berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif. Penekanan terhadap ๐๐๐๐๐, ๐พ๐๐๐ค๐๐๐๐๐ & ๐ด๐ก๐ก๐๐ก๐ข๐๐ (SKA) menjadi asas penting dalam memastikan warga PULPAK sentiasa berada pada tahap keupayaan yang tinggi serta mampu memenuhi tuntutan tugas semasa dan akan datang.
Berita dan gambar dari Pusat Latihan Peperangan Khusus