14/08/2026
๐ฅ ๐ฏ ๐๐๐ฅ๐, ๐ฎ ๐ ๐๐๐๐ , ๐ญ ๐ ๐๐ฆ๐ โ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก !
BANDAR BAHARU, 13 Ogos 2026 - Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Barat Daya 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Serdang Lake View Resort, Bandar Baharu Kedah melibatkan seramai 50 orang pelajar terpilih daripada 10 buah sekolah di daerah Barat Daya.
Program ini menjadi platform pembangunan sahsiah dan jati diri dalam usaha melahirkan generasi muda yang lebih berdisiplin, berdaya tahan serta mampu membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Sepanjang program, peserta telah mengikuti pelbagai pengisian menarik antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ceramah kesedaran jenayah, pengisian kerohanian serta motivasi kecergasan.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya, Cawangan Khas E8 IPK Pulau Pinang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Puan Nik Noorazlin binti Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi strategik, pihak sekolah, guru pengiring, fasilitator serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.