Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang Department of Fisheries

PELAN TINDAKAN PERUBAHAN IKLIM SEKTOR PERIKANAN 2024-2030
20/08/2026

PELAN TINDAKAN PERUBAHAN IKLIM SEKTOR PERIKANAN 2024-2030

18 Ogos 2026 | Permatang PauhPROGRAM PENGUKUHAN KETUA JARINGAN PERIKANAN TAHUN 2026Cawangan Pengembangan Perikanan Pejab...
18/08/2026

18 Ogos 2026 | Permatang Pauh

PROGRAM PENGUKUHAN KETUA JARINGAN PERIKANAN TAHUN 2026

Cawangan Pengembangan Perikanan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pengukuhan Ketua Jaringan Perikanan Tahun 2026 yang diadakan di Hotel UITM Permatang Pauh. Program ini telah dihadiri oleh Ketua Jaringan Perikanan di semua pangkalan nelayan laut di seluruh Negeri Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang. Antara pengisian program adalah taklimat berkenaan pindaan akta perikanan(pindaan 2025) yang disampaikan oleh Pegawai Perikanan daripada Bahagian Dasar Dan Pembangunan Strategik Jabatan Perikanan Putrajaya, taklimat pindaan peraturan pelesenan vesel 1985 & pengubalan peraturan peralatan ikan dan belat yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Pembangunan Laut Dalam Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan dan taklimat berkenaan memperkasa peranan KJP oleh Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Pulau Pinang serta sesi soal jawab bersama pegawai daripada Pejabat Undang-Undang Jabatan Perikanan Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai medan perhubungan antara KJP dan Jabatan dalam menyalurkan maklumat terkini Jabatan kepada golongan sasar sesuai dengan peranan KJP itu sendiri sebagai orang perantara antara Jabatan dan kumpulan sasar. Sesi penyampaian bantuan kepada KJP juga diberikan sebagai tanda penghargaan KJP sebagai rakan strategik Jabatan juga penyerahan borang untuk pelantikan KJP bagi sesi 2027- 2029.



Nibong Tebal, Pulau Pinang | 15 Ogos 2026Pada hari ini, Program Pesona Rasa Akuakultur 2026 anjuran  Pejabat Perikanan N...
15/08/2026

Nibong Tebal, Pulau Pinang | 15 Ogos 2026

Pada hari ini, Program Pesona Rasa Akuakultur 2026 anjuran Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Pejabat Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan & Keusahawanan telah diadakan di Dewan Komuniti Masyarakat PERDA Sg Acheh.

Program Pesona Rasa Akuakultur merupakan antara inisiatif Jabatan Perikanan Malaysia dalam mempromosikan produk keluaran akuakultur di seluruh negara dan kali ini PPN Pulau Pinang mempromosikan ikan barramundi (siakap) dan ikan bawal emas kepada masyarakat memandangkan Pulau Pinang merupakan pengeluar ikan marin tertinggi di Semenanjung Malaysia. Selain itu, hasrat jabatan adalah untuk memberi pendedahan bahawasanya ikan-ikan akuakultur adalah sedap, selamat dan murah untuk dimakan.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol serta Isteri, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Puan Azimah binti Jumatli dan jemputan istimewa program iaitu wakil daripada pihak FAMA, Rapid Bas, Mutiara Foodbank, KPDN, LKIM, PAWE dan AgroBank yang turut memeriahkan program pada hari ini.

Bagi mempromosikan ikan Barramundi @ siakap dan Bawal emas, pelbagai pengisian program telah diadakan dan ini termasuklah pertandingan memasak yang menjadi sorotan utama pada harini dimana para peserta perlu memasak dua jenis masakan iaitu ‘Asam Pedas Barramundi’ atau ‘Kari Ikan Bawal Emas’.

Selain itu, beberapa produk inovasi perikanan yang berasaskan ikan barramundi iaitu laksa, pau dan roll ikan barramundi telah dihasilkan oleh PPN Pulau Pinang dan diberikan secara percuma kepada para pengunjung untuk diujirasa.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti jualan murah ikan barramundi dan ikan bawal emas, Jualan Rahmah oleh KPDN, Jualan AgroMadani oleh FAMA, Jualan Q Fish dan terdapat juga enam taklimat oleh jabatan/agensi di bawah KPKM serta pembukaan reruai pemeran oleh Jabatan Perikanan (DOF), FAMA, Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), LKIM, Rapid Bas dan Pusat Aktiviti Warga Emas Sg Acheh (PAWE).

Bagi memeriahkan lagi acara, cabutan bertuah turut diadakan untuk meraikan para pengunjung yang sudi hadir memberikan sokongan serta memeriahkan program pada hari ini.

Dengan adanya program pada hari ini dapat memberi isyarat jelas bahawa terdapat komitmen yang jitu di antara kerajaan negeri, semua jabatan/agensi serta semua pemegang taruh demi memastikan matlamat untuk memajukan industri akuakultur negeri ini dapat dicapai dengan jayanya serta memastikan keterjaminan makanan terus terpelihara di negeri ini.








📢 Program Pemerkasaan dan Pengetahuan Penternak Berkaitan Kerintangan Antimikrobial (AMR) melalui Pendekatan Amalan Akua...
13/08/2026

📢 Program Pemerkasaan dan Pengetahuan Penternak Berkaitan Kerintangan Antimikrobial (AMR) melalui Pendekatan Amalan Akuakultur Baik Pulau Pinang

Pada 13 Ogos 2026, Cawangan Biosekuriti Perikanan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pemerkasaan dan Pengetahuan Penternak Berkaitan Kerintangan Antimikrobial (AMR) melalui Pendekatan Amalan Akuakultur Baik (AAB) bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya.

Program ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada penternak dan kakitangan jabatan tentang bahaya penggunaan antibiotik dan bahan terlarang secara tidak terkawal dalam industri akuakultur. Antara perkongsian penting yang disampaikan:

🐟 Taklimat Pengenalan myGAP
🐟 Pengetahuan Kerintangan Antimikrobial (AMR)
🐟 Taklimat Penyakit Ikan oleh UPM
🐟 Taklimat Bantuan TSAPP
🐟 Taklimat ekanMas (modul dayajejak)

AMR adalah ancaman serius kepada kesihatan awam dan sektor perikanan. Penggunaan antibiotik tanpa kawalan boleh menyebabkan bakteria menjadi kebal, merosakkan kualiti produk ternakan dan menjejaskan keselamatan makanan.

Penceramah jemputan dalam program ini adalah Pn Rozana Johari dari Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, Prof Dr Natrah Ikhsan dari Universiti Putra Malaysia, Pn Mazidah bt Abdul Hamid dari Bahagian Akuakultur Ibu Pejabat Putrajaya dan En Zamri b Mohd Zin dari Cawangan Biosekuriti Perikanan Pulau Pinang. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pn Azimah bt Jumatli, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk industri akuakultur yang lebih mampan dan selamat! 💪🌊

OPERASI GELORA BERSAMA: 244 BUBU NAGA DAN PERALATAN MENANGKAP IKAN DISITAPULAU PINANG, 13 Ogos 2026 – Cawangan Konservas...
13/08/2026

OPERASI GELORA BERSAMA: 244 BUBU NAGA DAN PERALATAN MENANGKAP IKAN DISITA

PULAU PINANG, 13 Ogos 2026 – Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Pulau Pinang bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang telah melaksanakan Operasi Gelora Bersama bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan yang menyalahi undang-undang di perairan Pulau Pinang.

Operasi yang berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos 2026 melibatkan kawasan sekitar Jeti Nelayan Bukit Tambun, Jeti Sungai Chenaam, Seberang Perai Selatan (SPS) serta Pantai Teluk Malas, Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang.

Hasil operasi, pihak berkuasa telah berjaya membuat tangkapan dan sitaan melibatkan:

🔹 244 unit bubu naga
🔹 1 bungkus pukat pari
🔹 1 buah sampan tanpa nombor
🔹 3 orang OKT, kesemuanya warganegara Malaysia
🔹 Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan sebanyak RM68,000.00

Operasi ini melibatkan seramai 24 anggota, terdiri daripada 14 anggota PKOPP Batu Maung dan 10 anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban, Pulau Pinang dengan sokongan aset darat dan laut.

Kes disiasat di bawah peruntukan Akta Perikanan 1985, antaranya berkaitan mengusahakan peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah serta mengusahakan atau mengendalikan vesel tanpa lesen yang sah.

Jabatan Perikanan Malaysia akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memastikan sumber perikanan negara terus dilindungi dan aktiviti perikanan dijalankan secara sah serta bertanggungjawab.

Tegas, Berintegriti dan Berterusan Demi Kelestarian Sumber Perikanan Negara.








📢 Program 'Road Tour FSI 2026' di Kedah & Pulau Pinang Telah Berlangsung! - kerjasama strategik Agensi Angkasa Malaysia ...
13/08/2026

📢 Program 'Road Tour FSI 2026' di Kedah & Pulau Pinang Telah Berlangsung! - kerjasama strategik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Program 'Road Tour FSI 2026' yang bertujuan memberi pendedahan kepada nelayan berkaitan teknologi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI – Fishing Site Identification System).

Program ini diadakan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah pada 11 Ogos 2026. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang. Seramai 78 orang yang terdiri daripada nelayan dan kakitangan dari Kedah dan Pulau Pinang telah hadir dan mendaftar untuk menggunakan sistem FSI ini.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Negeri Kedah juga telah membuka kaunter bergerak bagi membolehkan nelayan mengemukakan permohonan tuntutan kehilangan dan kerosakan peralatan menangkap ikan serta peranti pengumpul ikan (FAD) berikutan selesainya operasi lapangan Projek Pencerapan Data Seismik 3D Langkasuka oleh PETRONAS pada 15 Julai 2026. Permohonan tuntutan dibuka mulai 1 Ogos 2026 sehingga 16 September 2026 (tempoh 45 hari). Nelayan yang terkesan adalah digalakkan untuk mengemukakan tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sistem FSI merupakan teknologi yang menggabungkan analisis data Suhu Permukaan Laut (SST), kepekatan Klorofil-A serta sempadan termal dan pusaran air bagi mengenal pasti kawasan Potensi Penangkapan Ikan (PFZ). Antara manfaat sistem ini kepada nelayan ialah:

· 🐟 Menjimatkan kos operasi
· 🐟 Meningkatkan hasil tangkapan
· 🐟 Meningkatkan keselamatan nelayan
· 🐟 Menyokong kelestarian sumber makanan

Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai program ini!

🇲🇾 Perikanan Produktif Menjana Transformasi.

7 OGOS 2026 | PORT DICKSONPROGRAM PEMERKASAAN AKUAKULTUR BERSAMA PEMAIN INDUSTRIJabatan Perikanan Malaysia telah menganj...
07/08/2026

7 OGOS 2026 | PORT DICKSON

PROGRAM PEMERKASAAN AKUAKULTUR BERSAMA PEMAIN INDUSTRI

Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Program Pemerkasaan Akuakultur Bersama Pemain Industri bertemakan "Akuakultur Lestari Demi Keterjaminan Makanan" yang menghimpunkan pemain industri, pengusaha akuakultur serta warga Jabatan Perikanan Malaysia dari seluruh negara. Program ini diadakan di Avillion Admiral Cove Port Dickson pada 5 hingga 7 Ogos 2026.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Abdullah bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Jabatan Perikanan Malaysia, yang menzahirkan komitmen Jabatan dalam memperkukuh pembangunan sektor akuakultur sebagai antara pemacu utama ke arah merealisasikan agenda keterjaminan makanan negara.

Program ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan pemain industri melalui perkongsian dasar, pemindahan teknologi, pematuhan biosekuriti, amalan terbaik serta inovasi terkini dalam sektor akuakultur. Di samping itu, sesi dialog yang diadakan memberi ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan, membincangkan cabaran semasa serta mengenal pasti peluang bagi meningkatkan produktiviti, daya saing dan kemampanan industri akuakultur negara.

Dalam program ini juga Bahagian Akuakultur Ibu Pejabat telah menyampaikan beberapa anugerah kepada pemain industri sebagai pengiktirafan dan pemangkin semangat untuk terus menjadi pemegang taruh yang menyumbang kepada keterjaminan makanan negara. Dua pengusaha akuakultur daripada Pulau Pinang iaitu Syarikat Gertak Sanggul Hatcheri Sdn Bhd telah menerima anugerah pengusaha hatcheri udang marin terbaik dan Syarikat LS Marine Culture Trading telah menerima anugerah penternak sangkar ikan marin terbaik. Manakala bagi anugerah untuk kakitangan, Cawangan Akuakultur telah menerima anugerah pengurusan Zon Industri Akuakultur (ZIA) terbaik di seluruh Malaysia.

Turut hadir pada program ini, Puan Khazlita Adzim Binti Abdol Aziz @ Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Pn Azimah Jumatli, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta semua pengarah-pengarah perikanan negeri lain, Ketua-Ketua Cawangan Akuakultur semua negeri, Ketua Daerah Perikanan serta Pembantu Perikanan Akuakultur semua negeri.






HARI BEKERJA HIBRIB ( HBH )                                                 Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah ...
04/08/2026

HARI BEKERJA HIBRIB ( HBH )

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sesi penerangan kepada semua kakitangan berkenaan Hari Bekerja Hibrib sebagai norma baru bekerja bagi penjawat awam dimana Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang tidak terkecuali. Kerajaan telah bersetuju HBH sebagai norma kerja baharu untuk pegawai awam yang mana kehadiran bekerja lima (5) hari seminggu di pejabat diubah kepada gabungan kehadiran bertugas secara fizikal di pejabat dan bekerja di rumah/ lokasi lain.

25 Julai 2026 | Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Pantai KeracutPROGRAM ENVIRONMENTAL, SOCIAL & GOVERNANCE (ESG)Prog...
28/07/2026

25 Julai 2026 | Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Pantai Keracut

PROGRAM ENVIRONMENTAL, SOCIAL & GOVERNANCE (ESG)

Program Environmental, Social & Governance (ESG) telah diadakan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut dengan kerjasama AJK PIBG & SK Sungai Nibong. Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah disertai oleh seramai 60 orang peserta, terdiri daripada AJK PIBG dan guru-guru SK Sungai Nibong.

Program dimulakan dengan taklimat pemuliharaan penyu, yang memberi penerangan mengenai biologi penyu, ancaman terhadap populasi penyu serta usaha-usaha konservasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di Pantai Kerachut. Peserta turut diberi pendedahan mengenai peranan masyarakat dalam memastikan kelangsungan hidup penyu di habitat semula jadinya.

Bagi menyokong usaha pemuliharaan penyu, para peserta telah menjalankan aktiviti kutipan sampah di sepanjang pantai bagi mengurangkan risiko pencemaran yang boleh mengancam penyu dan hidupan marin. Selain itu, sebanyak 20 anak pokok Ambong-ambong telah ditanam sebagai usaha memperkukuhkan habitat pesisir pantai yang menyokong ekosistem penyu.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan mereka terhadap usaha pemuliharaan penyu di Pantai Kerachut.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam usaha memulihara penyu serta memastikan kelestarian spesies terancam ini untuk generasi akan datang

24/07/2026

JANGAN LEPASKAN IKAN ASING KE HABITAT SEMULA JADI

Address

Jalan Akuarium
Kampong Sungai Gelugor
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046572777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share