SWCorp Cawangan Bera

SWCorp Cawangan Bera Laman Interaktif Media Sosial SWCorp Cawangan Bera

Program Trash To Cash di Sekolah Kebangsaan Felda Mayam♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻📆 Tarikh : 12 Ogos 2026 (Rabu)🕘 Masa : 09.30 pagi...
12/08/2026

Program Trash To Cash di Sekolah Kebangsaan Felda Mayam
♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻

📆 Tarikh : 12 Ogos 2026 (Rabu)
🕘 Masa : 09.30 pagi

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai dunia pengurusan sisa pepejal, daripada barang kitar semula dapat menjana wang.

Tahniah & ribuan terima kasih kami ucapkan diatas kerjasama pihak sekolah dan para pelajar yang sentiasa menyokong usaha dalam menggiatkan aktiviti kitar semula demi melestarikan alam sekitar.

Semoga segala usaha pihak sekolah dalam mendidik anak bangsa dipermudahkan.









PROGRAM PLOGGING MINGGUAN SWCORP BERA – BERA BEBAS SAMPAH (BBS)Jumaat | 7 Ogos 2026Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal da...
07/08/2026

PROGRAM PLOGGING MINGGUAN SWCORP BERA – BERA BEBAS SAMPAH (BBS)

Jumaat | 7 Ogos 2026

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Bera dengan kerjasama Alam Flora serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mengkuang telah melaksanakan Program Plogging dan Trash 2 Cash di sekitar kawasan sekolah sebagai usaha memperkukuh budaya kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Program ini turut mendapat penglibatan aktif para guru dan murid yang bersama-sama berganding bahu memungut sampah di kawasan sekolah. Penglibatan generasi muda dalam aktiviti seumpama ini amat penting bagi memupuk nilai tanggungjawab, disiplin serta rasa cinta terhadap kebersihan alam sekitar sejak di bangku sekolah. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya," pendidikan dan pembentukan sikap yang baik perlu diterapkan sejak usia muda agar menjadi amalan sepanjang hayat.

SWCorp Bera mengalu-alukan penyertaan serta kerjasama semua pihak dalam menjayakan usaha menjadikan Daerah Bera sentiasa bersih, indah dan bebas daripada sampah. Marilah bersama-sama membudayakan amalan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, mengasingkan sisa untuk dikitar semula serta menyokong ekonomi kitaran demi kelestarian alam sekitar untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

"Kebersihan Negara Tanggungjawab Bersama"







SWCorp Bera telah melaksanakan Operasi Bersepadu dan menjalankan Penguatkuasaan ICI ke atas beberapa premis yang menjala...
06/08/2026

SWCorp Bera telah melaksanakan Operasi Bersepadu dan menjalankan Penguatkuasaan ICI ke atas beberapa premis yang menjalankan aktiviti perniagaan dibawah Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018.

Pemilik premis bagi Sektor ICI perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah peraturan ini iaitu :-
1. Mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis didalam bekas yang sesuai
2. Sisa diletakkan di tapak penstoran yang sesuai
3. Sisa dikutip oleh syarikat perkhidmatan pemungutan yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
4. Menyimpan rekod bagi setiap perkhidmatan pemungutan untuk rujukan

Sekiranya gagal mematuhi kehendak peraturan ini pemilik premis boleh disabitkan kesalahan dibawah subperaturan 7(1) iaitu sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.




𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 & 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 23 Julai 2026 (Khamis) - Majlis...
24/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 & 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

23 Julai 2026 (Khamis) - Majlis Daerah Bera dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bera, SWCorp Cawangan Bera dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Bera) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Pasar Malam Bersih dan Kempen Tandas Awam Bersih Daerah Bera 2026. Kempen ini diadakan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan budaya kebersihan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan kondusif. Kempen ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan semua pihak termasuk peniaga, pengunjung dan komuniti setempat dalam memastikan kawasan pasar malam dan tandas awam sentiasa berada pada tahap kebersihan yang terbaik.

Majlis telah dirasmikan oleh YH. Dato' Hj. Tahzir bin Hj. Husain, Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan, Alam Sekitar dan Landskap Majlis Daerah Bera (MDB). Turut hadir bersama dalam menjayakan program ini iaitu Tuan Setiausaha MDB, TPr. Mokhtar bin Abdul Mubin, Ketua Cawangan SWCorp Cawangan Bera, En. Muhammad Syukri bin Yosfadri, Ahli-Ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan Dalaman MDB.

Semoga usaha ini dapat memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan kemudahan awam demi kesejahteraan komuniti dan imej Daerah Bera yang lebih bersih, ceria serta mampan.










𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝑭𝒂𝒄𝒆𝒃𝒐𝒐𝒌, 𝑻𝒊𝒌𝑻𝒐𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒔𝒕𝒂𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑩𝒆𝒓𝒂.

𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔

17/07/2026

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bera terus memperkukuh usaha penguatkuasaan melalui pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Ke-11 terhadap individu yang disabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam.

Pelaksanaan PKM ini bukan sekadar satu bentuk hukuman, malah merupakan pendekatan pendidikan yang memberi pengalaman secara langsung kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Sepanjang tempoh pelaksanaan, para pesalah melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti sapuan jalan, cuci longkang di kawasan awam di bawah pemantauan anggota penguat kuasa SWCorp.

Penguatkuasaan yang konsisten, disertai dengan pendidikan dan kesedaran awam, mampu membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan serta memupuk budaya tidak membuang sampah merata-rata.

16/07/2026

Buang sampah = 'buang' masa, tenaga dan duit!

Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dirangka berdasarkan tiga teras strategik:

1. Memberi keinsafan

Objektif utama adalah untuk menimbulkan rasa insaf dalam diri pesalah. Sebagai pengajaran sosial, pesalah diwajibkan memakai pakaian seragam khas (ves) sepanjang tempoh pelaksanaan hukuman agar masyarakat umum menyedari akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab tersebut. Selain itu, pesalah juga perlu membayar denda.

2. Mendidik pesalah

Hukuman ini berfungsi sebagai mekanisme pendidikan untuk mengubah tingkah laku pesalah agar lebih menghargai kebersihan awam. Ia bertujuan mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan pada masa hadapan.

3. Mengurangkan kesan pencemaran

Aktiviti pembersihan yang dijalankan memberi impak positif secara langsung kepada persekitaran, sekali gus membantu mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan vektor.

PKM bukan sekadar hukuman, tetapi satu pendekatan untuk mendidik dan membentuk kesedaran bahawa kebersihan ialah tanggungjawab bersama.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam diperkukuh melalui pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Program Trash To Cash dan Taklimat 3R di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻📆 Tarikh : 15 Julai 2026 ...
16/07/2026

Program Trash To Cash dan Taklimat 3R di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong
♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻

📆 Tarikh : 15 Julai 2026 (Rabu)
🕘 Masa : 09.30 pagi

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai dunia pengurusan sisa pepejal, daripada barang kitar semula dapat menjana wang.

Tahniah & ribuan terima kasih kami ucapkan diatas kerjasama pihak sekolah dan para pelajar yang sentiasa menyokong usaha dalam menggiatkan aktiviti kitar semula demi melestarikan alam sekitar.

Semoga segala usaha pihak sekolah dalam mendidik anak bangsa dipermudahkan.









16/07/2026

Penggunaan plastik sekali guna yang berterusan bukan sahaja mencemarkan alam, malah boleh menjejaskan kesejahteraan hidup kita dalam jangka masa panjang.

Amalkan membawa beg kitar semula sendiri setiap kali berbelanja demi kelestarian negara.

"Digunakan seketika, kesannya berpanjangan."

15/07/2026

Kadangkala kita menganggap membuang sampah kecil di tempat awam hanyalah perkara remeh.

Namun, setiap tindakan mempunyai kesannya. Daripada secebis sampah yang dibuang, ia boleh menjejaskan kebersihan persekitaran dan menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

Bermula 1 Januari 2026, individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil (littering) boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) melibatkan 7 buah negeri yang menerima pakai Akta 672.

PKM bukan sekadar hukuman, tetapi satu pendekatan yang memberi peluang kepada pesalah untuk memahami nilai kebersihan melalui khidmat kepada masyarakat.

Mari jadikan amalan membuang sampah ke dalam tong sampah sebagai budaya dan bersama-sama memelihara kebersihan negara.

14/07/2026

SAMPAH MENJANA PENDAPATAN

Sampah bukan sekadar sisa, malah boleh menjadi sumber pendapatan jika diurus dengan bijak.

Amalkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab melalui tukar beli barangan terpakai, kitar semula bahan yang boleh dikitar semula atau menjual barangan yang masih dalam keadaan baik. Setiap usaha ini mampu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta mewujudkan nilai ekonomi.

Jadikan pengurusan sisa sebagai amalan harian demi persekitaran yang lebih bersih, lestari dan bernilai.

Address

No 5, Jalan Dagangan 1, Pusat Dagangan Triang
Kampong Triang
28200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092553097

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Cawangan Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Cawangan Bera:

Shortcuts

Share