18/02/2022
Sehari dua ni jadi panel temuduga pegawai S41. Gred 41 ni Kump**an Pengurusan dan Profesional. Level ni adalah level pegawai yang lebih kepada nak lead, berbanding buat kerja clerical. Lu pandai Canva ker, pandai jadi admin Tiktok ker, pandai wiring opis ker, pandai pasang P.A system ker; itu hanyalah bonus. Kita nak tengok apa you boleh contribute untuk jabatan dari segi idea baru. Kalau temuduga gred N19, okaylah sebab pelaksana. Tapi kadang-kadang gua heran, apa nak jadi generasi muda kelahiran 1995 ke atas ni. Adakah sebab banyak main PUBG dan Twitter atau faktor banyak makan fast food?
Semua calon graduated, dalam dan luar negara. Sijil berkeping-keping. Ada yang dah ada M.A, ada yang candidate M.A (sedang sambung belajar)
Dapatan gua:
Pertama: Tak serius mintak kerja. Hari pertama temuduga, patut ada 20 calon datang. Tapi 11 orang missing in action. Hari kedua, patut ada 17 calon. Tapi 8 orang tak datang langsung. Dia ingat mintak kerja kerajaan ni macam mintak kerja ngan kedai V**e agaknya. Orang lain bertahun-tahun pohon nak jadi penjawat awam, parking nama dalam web SPA dah bertahun-tahun. Jawatan gred 11 pun pohon walau ada degree. Sekali budak-budak ni boleh tak hadir tanpa sebab
Kedua: Dress the way you want to be addressed. Ni temuduga nak cari pegawai kump**an A. Hatta orang temuduga DG dan S 29 pun pakai semenggah. Ini tidak, ada yang sarung stokin Ronald McDonald (belang-belang), ada hak pakai kasut jogging dan macam-macam. Lu nak jadi pegawai kerajaan: Image and manage
Ketiga: Buat homework dulu sikit sebanyak pasal kerja yang nak dipohon. Bila tanya: “Kamu tau apa tugasan kamu nanti?” Ada yang jawab: “Tak pasti p**ak, saya pohon jer”…Ada lagi kelakar, dia jawab: “Tak pasti p**ak, sebab ayah saya yang tolong pohonkan jawatan ni dalam web SPA. Saya sebenarnya ada kerja dah kat opis bla..bla…Ayah saya yang nak sangat saya datang temuduga”
Keempat: Masuk bilik temuduga, buat macam masuk kedai Starbucks. Menonong jer terus duduk. Orang persilakan duduk, barulah duduk. Itu semua gambaran awal lu boleh dengar arahan atau tak. Kerja kerajaan ni, rules number one: Boss is always right. Rules number two: If the boss wrong, go back to rules number one. Tak s**a rules ni, jangan kerja makan gaji dengan kerajaan. Buat bisnes sendiri atau main saham jer dengan DDNFriends
Kelima: General knowledge zero. Nama MB Pahang pun tak tau…Nama penuh Pemangku Raja Pahang pun tak tau. Mungkin ada tanya, apa kena mengena general knowledge setakat nak kerja pegawai kerajaan. Sedara sedari sekalian…Kerja kerajaan ni bukan setakat know how, tapi know who
Sekian
Kredit: Salman Otaibi
Nak tips untuk ujian online SPA 👉🏼 https://invol.co/cl94m1v