Pemuda PBB N46 Meradong

Pemuda PBB N46 Meradong Pemuda PBB Cawangan N46 Meradong

23/05/2026

Lagu Negaraku Berkumandang di Open Air Tebingan Bintangor🫡🫡🫡

Terima kasih semua yang hadir

INSENTIF PELAJAR CEMERLANG SPM 2025 CERMIN KEPERIHATINANUsaha berterusan dalam menghargai kecemerlangan pendidikan terus...
16/05/2026

INSENTIF PELAJAR CEMERLANG SPM 2025 CERMIN KEPERIHATINAN

Usaha berterusan dalam menghargai kecemerlangan pendidikan terus dizahirkan menerusi Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2025 anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis yang telah berlangsung pagi tadi. Inisiatif ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis, YB Dato Ir Hj Yusuf Abd Wahab dalam memastikan golongan pelajar terus diberi sokongan dan motivasi untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Menurut beliau yang juga Ketua Parti PBB Cawangan N46 Meradong, kesinambungan pemberian insentif sejak tahun-tahun lalu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang telah berusaha gigih memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Inisiatif tersebut diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan akademik.

Antara syarat kelayakan bagi menerima insentif ini adalah salah seorang ibu bapa pelajar mestilah merupakan pengundi di kawasan Parlimen P206 Tanjong Manis serta pelajar memperoleh keputusan minimum 5A dalam peperiksaan SPM. Pendekatan yang mudah dan inklusif ini membolehkan lebih ramai pelajar yang layak menerima manfaat daripada program berkenaan.

Dalam masa sama, YB Dato turut memaklumkan bahawa pelajar yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi boleh menghubungi Pusat Khidmat beliau untuk mendapatkan bantuan secara “one-off” bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan awal pendidikan anak-anak.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Cawangan PBB N46 Meradong merangkap Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis YB Dato Ir Hj...
28/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Cawangan PBB N46 Meradong merangkap Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis YB Dato Ir Hj Yusuf Abd Wahab atas lantikan sebagai “Adjunct Professor, Faculty of Engineering UNIMAS”

LENSA PEMUDA Sedikit rakaman penglibatan Pemuda PBB N46 Meradong di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Bintangor Sema...
11/04/2026

LENSA PEMUDA

Sedikit rakaman penglibatan Pemuda PBB N46 Meradong di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Bintangor Semalam, Pusat Khidmat N42 Semop, Pusat Khidmat P206 Tanjong Manis, MKMKK dan PBB N46 Meradong.

Syukur di beri nikmat perpaduan dan keharmonian serta rezeki yang tak putus-putus.

YB Datuk Abdullah Haji Saidol
YB Dato Ir Hj Yusuf Abd Wahab
Parlimen P.206 Tanjong Manis

PEMUDA PBB MERADONG MEMBANTU PERSIAPAN PROGRAM RAMAH TAMAH KAMPUNG BINTANGOR
10/04/2026

PEMUDA PBB MERADONG MEMBANTU PERSIAPAN PROGRAM RAMAH TAMAH KAMPUNG BINTANGOR

MAJLIS BERBUKA PUASA PEMUDA-BELIA PBB N46 MERADONGAlhamdulillah di beri rezeki untuk berbuka puasa bersama pemuda dan be...
14/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA PEMUDA-BELIA PBB N46 MERADONG

Alhamdulillah di beri rezeki untuk berbuka puasa bersama pemuda dan belia PBB N46 Meradong di perkarangan pusat kegiatan PBB N46 Meradong, Jalan Bidadari, Bintangor.

Majlis di serikan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis Kerja Tertingga Pemuda PBB Sarawak Cr Fadilah Abu Seman merangkap Ketua Pemuda N45 Repok di iringi Ketua Pemuda PBB N46 Meradong Cr Hj Khairulddin Qalam bin Daud. Turut hadir Ketua Pemuda N41 Kuala Rajang Cr Hj Mornurazli Morshidi, Cr Aziz bin Ahmad, Ketua Pemuda Bukit Asek Sdr Zainal Ahmad bin Abdul Sani, Timbalan Presiden PBBS Sdr Mohd Rafi bin Sikh Ali Yusof, Ketua Belia PBB N46 Meradong Sdr Mohd Shafiq Abu Bakar dan Wakil Pusat Khidmat P208 Sarikei Sdr Jacky Sia Hua Chong. Seramai lebih 40 orang Pemuda, Wanita dan Belia PBB Meradong hadir sama menikmati juadah berbuka.

Menu yang di sajikan agak menarik apabila seekor Kambing di korbankan dan di jadikan Kambing Golek untuk di nikmati bersama-sama. Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Paru Sambal masakan Jawa telah menaikan selera semua yang hadir.

Syukur kerana masih di berikan kesempatan untuk bersama-sama rakan-rakan pemuda, wanita dan belia pada tahun ini dalam majlis seperti ini yang pasti mampu merapatkan lagi ukhuwah sesama. Terima kasih juga kepada rakan-rakan pemuda dari cawangan berhampiran serta wakil Pusat Khidmat P208 Sarikei.

Majlis ini pasti tidak dapat di jalankan tanpa Sumbangan dana dari YB Ketua Cawangan Dato Ir Hj Yusuf Abd Wahab merangkap Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis dan YB Datuk Abdullah Haji Saidol ADUN N42 Semop. TERIMA KASIH atas sumbangan kedua-dua YB.

Address

Kampung Bintangor
96500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PBB N46 Meradong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share