AADK Daerah Setiu

AADK Daerah Setiu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Setiu, Kampung Buluh.

Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK, juga mengandungi perkongsian mengenai berita dan isu semasa.

“MULAKAN PERUBAHAN, KEPULIHAN PILIHAN ANDA."Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemu...
04/08/2026

“MULAKAN PERUBAHAN, KEPULIHAN PILIHAN ANDA."

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela kepada individu yang menghadapi masalah penagihan dadah dan bahan.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) bagi membantu individu kembali menjalani kehidupan yang sihat, produktif dan bebas daripada pengaruh dadah.

Melalui pendekatan model i-PULIH AADK yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual, program pemulihan dirancang mengikut keperluan individu dengan penglibatan keluarga serta sokongan komuniti.

Perkhidmatan ini juga dilaksanakan secara selamat, rahsia, tanpa tindakan perundangan dan percuma, bagi memberi ruang kepada mereka yang ingin berubah dan membina masa depan yang lebih baik.

AADK komited menyediakan fasiliti rawatan dan pemulihan di seluruh negara melalui rangkaian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Pusat Khidmat AADK bagi memastikan akses kepada perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh dan berkesan.

Sekiranya anda atau insan tersayang memerlukan bantuan, hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp 019-626 2233

Kepulihan Anda, Matlamat Kami.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




Ramai yang tak sedar, kos menagih ni sebenarnya dah boleh bayar ansuran bulanan kereta Honda City atau bayar deposit rum...
04/08/2026

Ramai yang tak sedar, kos menagih ni sebenarnya dah boleh bayar ansuran bulanan kereta Honda City atau bayar deposit rumah setiap tahun.

Satu paket “dadah” mungkin nampak murah, tapi bila dah jadi tabiat:
👉 Sehari RM80 = Sebulan RM2,400 = Setahun RM28,800!

📊 Kos penagihan dadah sintetik seperti syabu bagi penagih tegar boleh mencecah RM50–RM100 sehari, iaitu sekitar RM18,000–RM36,000 setahun.

Duit sebanyak ni kalau simpan, dah boleh buat majlis kahwin atau beli motor besar. Jangan biarkan masa depan lebur jadi abu. Pilih poket tebal, bukan khayalan kosong.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Ramai yang bermula dengan rasa ingin tahu.Ada yang percaya mereka mampu mengawal keadaan. Namun hakikatnya, penyalahguna...
03/08/2026

Ramai yang bermula dengan rasa ingin tahu.
Ada yang percaya mereka mampu mengawal keadaan. Namun hakikatnya, penyalahgunaan dadah boleh membawa kepada ketagihan dan kesan kesihatan yang serius dalam masa yang singkat.

Jangan tunggu sehingga menyesal.
Keputusan untuk tidak mencuba adalah langkah paling selamat. Lindungi diri. Lindungi keluarga. Lindungi masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Sebahagian individu terjebak dengan penyalahgunaan dadah kerana ingin melarikan diri daripada tekanan atau masalah hidup...
03/08/2026

Sebahagian individu terjebak dengan penyalahgunaan dadah kerana ingin melarikan diri daripada tekanan atau masalah hidup.
Namun, dadah bukan penyelesaian.

Ia hanya memberi kesan sementara dan berpotensi menimbulkan kesan jangka panjang yang lebih serius. Mendapatkan sokongan dan bantuan adalah langkah yang lebih selamat dan berkesan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



“Hendaklah kamu sentiasa berlaku jujur kerana sesungguhnya kejujuran membawa kepada kebaikan.” (Hadith Riwayat Muslim)Ke...
02/08/2026

“Hendaklah kamu sentiasa berlaku jujur kerana sesungguhnya kejujuran membawa kepada kebaikan.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kejujuran merupakan asas kepada pembentukan integriti, amanah dan kepercayaan dalam setiap tindakan serta keputusan yang diambil.

Dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI, warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus komited mengamalkan nilai-nilai murni sebagai teras penyampaian perkhidmatan yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab.

Marilah kita menjadikan kejujuran sebagai kompas kehidupan dan budaya kerja, demi membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan bebas daripada ancaman dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2026 🇲🇾Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahirkan penghargaan dan penghorma...
01/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2026 🇲🇾

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada seluruh wira negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air dengan penuh keberanian dan pengorbanan.

Semangat juang para pahlawan menjadi inspirasi dalam meneruskan usaha membina masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah serta memperkukuh kesejahteraan negara.

Selain itu, Hari Pahlawan menjadi simbol perpaduan dan keinsafan buat seluruh rakyat Malaysia agar terus menghargai keamanan yang dikecapi hari ini.

SALAM TAKZIAHSeluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarha...
29/07/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Siddiq Bin Hassan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Ibu Pejabat, yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada warga AADK yang sentiasa dikenang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, melimpahkan rahmat serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, di samping mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.





29/07/2026

Penyalahgunaan dadah memberi kesan secara langsung kepada fungsi otak dan sistem kawalan diri. Memahami bagaimana dadah mempengaruhi otak membantu kita melihat isu ini dari sudut kesihatan, bukan sekadar tingkah laku.

Kesedaran adalah langkah pertama dalam pencegahan. Jika anda atau seseorang yang dikenali memerlukan bantuan, hubungi AADK untuk maklumat lanjut.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



KP AADK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI LAWATAN KERJA KE ASTROKetua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), D...
28/07/2026

KP AADK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI LAWATAN KERJA KE ASTRO

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato' Ruslin Jusoh mengadakan lawatan kerja ke Astro sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam memperluaskan penyampaian mesej pencegahan dadah kepada masyarakat pada Isnin.

Lawatan kerja tersebut memberi peluang kepada Dato' Ruslin meninjau secara dekat operasi penyiaran Astro termasuk melawat beberapa stesen radio, studio penyiaran serta melihat sendiri proses penerbitan kandungan yang menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Dalam sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Astro, Dato' Ruslin menekankan kepentingan peranan media sebagai rakan strategik AADK dalam menyampaikan mesej pencegahan dadah secara berterusan, kreatif dan berimpak tinggi kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, kerjasama erat antara AADK dan organisasi media mampu memperluaskan penyebaran mesej kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, di samping menyokong usaha pendidikan, advokasi serta pembentukan masyarakat yang lebih peka terhadap ancaman dadah.

Lawatan ini diharap menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif kolaboratif antara AADK dan Astro dalam menyokong aspirasi Dadah Terkawal 2030, sekali gus memperkukuh usaha melahirkan komuniti yang sejahtera, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Turut hadir Presiden Eksekutif Kumpulan Shapadu merangkap Presiden Utusan TV, Dato' Sri Shafiz Shahrani dan Ketua Penolong Pengarah (Dasar, Penguatkuasaan dan Keselamatan) AADK, Dr. Nazira Sadiron.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah







TERIMA KASIH TAN SRI! SELAMAT BERSARA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 🇲🇾🫡Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) in...
28/07/2026

TERIMA KASIH TAN SRI! SELAMAT BERSARA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 🇲🇾🫡

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada YDH Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.

Setinggi-tinggi terima kasih dan ucapan syabas atas 35 tahun dedikasi, integriti, dan perkhidmatan cemerlang beliau dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

Teras ketegasan, kepimpinan berwibawa, dan jasa bakti YDH Tan Sri sentiasa menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga penjawat awam, khususnya dalam usaha memperkasakan keselamatan negara.

"Perkhidmatan yang cemerlang adalah warisan yang tidak akan dilupakan."

Semoga YDH Tan Sri senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, dan dirahmati Allah SWT dalam melangkah ke fasa persaraan ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

KDNYakinMADANI





Address

Kampung Buluh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Setiu:

Shortcuts

Share