22/07/2022
LUMUT: Program Kecergasan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Perak Tengah dan Apm Kg Gajah telah dilaksanakan di Bukit Engku Busu, Lumut pada 21 Julai 2022. Program Hiking tersebut telah diketuai oleh Lt. (PA) Mohd Nor Isham Bin Idris dengan kekuatan seramai 21 orang pendaki telah memulakan pendakian pada pukul 10.00 pagi dan selesai pendakian pada pukul 1.00 petang.
Program Hiking tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memastikan setiap anggota sentiasa dalam keadaan cergas dan mempunyai tahap kesihatan yang terbaik. Sepanjang pendakian banyak cabaran yang perlu anggota atasi bagi sampai ke puncak bukit. Kesungguhan dan kecekalan anggota amat membanggakan sehingga mereka berjaya sampai ke puncak bukit.
"Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang menyertai program Hiking tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat" katanya. - Lt. (PA) Mohd Nor Isham.