SWCorp Cawangan Kangar

SWCorp Cawangan Kangar MALAYSIA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA.

13/08/2026
๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐๐’๐–๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐’๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐๐‚๐€ (๐’๐€๐’)๐Ÿ“๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ข ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”...
13/08/2026

๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐
๐’๐–๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐’๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐๐‚๐€ (๐’๐€๐’)

๐Ÿ“๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ข ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)

Sebanyak 312 buah premis di Taman Beseri Jaya telah diperiksa dalam Operasi Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Di Punca (SAS).

Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan setiap pemilik premis mematuhi kewajipan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah seperti yang telah ditetapkan di bawah peraturan sedia ada.

Sepanjang operasi, anggota penguat kuasa turut melaksanakan sesi libat urus bersama penghuni premis serta mengadakan pertemuan dengan pengerusi kawasan. Sesi ini bertujuan memberikan penerangan dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai pelaksanaan pengasingan sisa di kawasan masing-masing.

Selain itu, risalah berkaitan pengasingan sisa pepejal turut diedarkan kepada setiap pemilik rumah sebagai bahan pemakluman dan peringatan agar amalan pengasingan sisa di punca dapat dilaksanakan secara konsisten.

๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ท๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ป๐‘ฒ๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐’๐–๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ๐Ÿ“๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ...
13/08/2026

๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ท๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ป๐‘ฒ๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต
๐’๐–๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ

๐Ÿ“๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ)

Anggota penguat kuasa telah melaksanakan pemantauan berterusan di kawasan awam dengan memberi perhatian terhadap tahap kebersihan persekitaran.

Operasi penguatkuasaan dan rondaan turut dipertingkatkan di lokasi tumpuan orang ramai bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam.

Hasil daripada operasi yang dijalankan. Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dibawah Akta 672 telah dikeluarkan terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan di kawasan sekitar.

Pelaksanaan operasi ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan budaya kebersihan dan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran.

๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐’๐–๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐„๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐๐„๐๐„๐‰๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐€๐–๐€๐Œ๐Ÿ“๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ ...
13/08/2026

๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐
๐’๐–๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐„๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐๐„๐๐„๐‰๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐€๐–๐€๐Œ

๐Ÿ“๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)

Mahkamah Sesyen Kangar telah menjatuhkan hukuman terhadap seorang (1) Orang Kena Saman (OKS) yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

OKS tersebut telah dikenakan denda sebanyak RM1,000.00 atau penjara selama tiga puluh (30) hari sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan OKS berkenaan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama lapan (8) jam dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sabitan. Denda yang dikenakan telah dijelaskan oleh OKS.

Dalam prosiding yang sama, seorang lagi OKS tidak hadir ke mahkamah. Susulan ketidakhadiran tersebut, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap OKS berkenaan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 17 September 2026.

Pelaksanaan PKM bagi OKS yang telah dijatuhi hukuman akan dilaksanakan di lokasi yang akan ditetapkan oleh SWCorp.

SWCorp akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan bagi memastikan tahap kebersihan awam sentiasa terpelihara, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mematuhi undang-undang serta mengamalkan budaya kebersihan dalam kehidupan seharian.

๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐’๐–๐‚๐Ž๐‘๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐” ๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐Š๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€๐Ÿ“๐Š๐š...
13/08/2026

๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐
๐’๐–๐‚๐Ž๐‘๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐” ๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐Š๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€

๐Ÿ“๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ | ๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)

Anggota penguat kuasa telah menampal Notis Syarat-Syarat Pembinaan di 2 buah rumah berasingan. Semasa pemeriksaan, pekerja binaan telah dinasihatkan supaya melantik kontraktor berdaftar bagi menguruskan kutipan dan pelupusan sisa binaan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Premis dalam kategori Komersial, Industri dan Institusi (CII) diwajibkan melantik kontraktor atau syarikat pemungutan sisa yang memiliki lesen sah daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi melaksanakan kerja-kerja kutipan dan pelupusan sisa.

Keperluan ini adalah selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang menetapkan pengurusan sisa sektor CII hendaklah dilaksanakan secara teratur dan mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelakkan pencemaran serta memastikan kebersihan persekitaran.

13/08/2026

Menjaga kebersihan bukan hanya tanggungjawab petugas pembersihan, malah menjadi tanggungjawab kita bersama. Jika melihat seseorang membuang sampah merata-rata, tegurlah dengan sopan dan berhemah.

Teguran yang baik mampu meningkatkan kesedaran, membentuk sikap bertanggungjawab serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, indah dan sejahtera.

๐Ÿ’š Teguran itu membina, bukan menghina. Bersama kita jadikan kebersihan sebagai budaya.

13/08/2026

Fikir dua kali sebelum menggunakan plastik sekali guna. Beg plastik mungkin digunakan hanya beberapa minit, tetapi kesannya boleh kekal selama ratusan tahun.

Di lautan, plastik sering disangka makanan oleh burung, penyu dan hidupan laut lain. Akibatnya, ribuan haiwan mati setiap tahun kerana termakan atau terjerat sisa plastik.

Lebih membimbangkan, plastik yang terurai menjadi mikroplastik turut memasuki rantaian makanan dan akhirnya kembali kepada kita melalui makanan dan udara yang kita hirup.

Jadi, bawalah beg guna semula sendiri, tolak plastik yang tidak perlu dan jadilah sebahagian daripada penyelesaian.

Katakan TAK NAK kepada plastik sekali guna. Mulakan perubahan hari ini.

13/08/2026

Penggunaan barangan sekali guna seperti beg plastik, botol dan cawan pakai buang menyumbang kepada peningkatan jumlah sisa serta pencemaran persekitaran.

Sebaliknya, amalkan penggunaan barangan guna semula seperti beg kain, botol air dan cawan sendiri dalam kehidupan seharian. Langkah kecil ini mampu mengurangkan sisa, menjimatkan sumber dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Tolak sekali guna, pilih guna semula. Setiap pilihan kecil hari ini membawa perubahan besar untuk bumi yang lebih bersih, indah dan sejahtera.

๐Ÿ’š "Guna Semula, Bumi Terpelihara"

Address

Tingkat 3, Bazar Majlis Perbandaran Kangar, Jalan Kangar Arau, Kangar
Kampung Jejawi
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049769834

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Cawangan Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Cawangan Kangar:

Shortcuts

Share