Friend Of Trafik Jeli

Friend Of Trafik Jeli Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Friend Of Trafik Jeli, Government Organization, Kampung Jeli.

Perkongsian Maklumat Berkaitan
* Keadaan Lalu Lintas Semasa
* Info Kemalangan
* Penugasan / Kejayaan
* Isu-isu Terkini


Sebarang Info Dialu-alukan Untuk Disalurkan Kepada Pihak Kami Melalui WhatsApp / E-Mel / Inbox Mesej

Sekian Terima Kasih.

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA OP SELAMAT 23 SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025 PERINGKAT IPD JELI*⏩Tarikh* : 31...
31/01/2025

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA OP SELAMAT 23 SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025 PERINGKAT IPD JELI

*⏩Tarikh* : 31/01/2025(Jumaat)
*⏩Masa* : 1300 hrs - 1430 hrs
*⏩Tempat* : Masjid Al-Khaliq Mukim Gemang, Jeli, Kelantan.

*💠Kehadiran PDRM :*
▪️Insp. Mohd Syakirin Bin Jamri - BSPTD
▪️SM 115930 Ab Rahim Bin Nordin - KPB Ayer Lanas
▪️PRP - 10 Orang

*💠Kehadiran Pihak Masjid Al-Khaliq :*
▪️ Al-Fadil Ustaz Mazlan Bin Mohamad - Imam Tua
▪️ AJK Masjid dan Para Jemaah Masjid

*💠Jumlah Keseluruhan : 330 Orang*

*💠Pengisian Ucapan :*
- Insp. Mohd Syakirin bin Jamri mengucakan terima kasih kepada pihak Pengerusi dan AJK Masjid atas penerimaan kehadiran PDRM.
- Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah silaturrahim antara Polis dan masyarakat (Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada) disamping menyampaikan maklumat kes jenayah terkini di daerah Jeli.
- Memaklumkan kepada para jemaah bahawa Op Selamat Tahun Baru Cina Bil 23/2025 telah bermula pada 28/01/25 sehingga 02/02/2025.
- Enam kesalahan trafik utama yang menjadi fokus utama PDRM adalah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu
- Menasihati agar berhati-hati kerana kes jenayah Scammer telah banyak berlaku dan elakkan dari melakukan transaksi bayaran semasa dihubungi.
- Para jemaah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat perihal aktiviti berkaitan jenayah / dadah khususnya disekitar kawasan Jeli kepada PPM Masjid ataupun IPD Jeli.

Sekian, terima kasih.

30/01/2025

Selalu melancarkan kesesakan Jalan
Selalu Tak dapat cuti bila Musim perayaan
Jika berlaku kemalangan yang sampai dulu “Geng Baju Putih bersama Kudanya”

Itulah Trafik

Terima Kasih Kerana Banyak membantu kami jika berlalu kemalangan. Semoga dipermudahkan urusan Anggota Trafik yang sedang bertugas Musim Perayaan.

Terima Kasih Trafik Daerah Jeli 🫡


27/01/2025
Berhati-hati kepada semua pengguna jalanraya timur barat....
30/11/2024

Berhati-hati kepada semua pengguna jalanraya timur barat....

OP LANCARMenjelang perayaan Hari Raya Aidiladha pada  17 JUN 2024, pihak BSPT Jeli akan melaksanakan Op Lancar dalam mem...
14/06/2024

OP LANCAR

Menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 JUN 2024, pihak BSPT Jeli akan melaksanakan Op Lancar dalam memastikan kelancaran pergerakan kenderaan yang melalui Daerah Jeli. Sebagai salah satu pintu masuk bagi Negeri Kelantan, jumlah kenderaan yang dijangka masuk adalah pada tahap yang tinggi.

Sehubungan itu pihak BSPT Jeli telah meletakkan penghadang di persimpangan lampu isyarat masuk ke Bandar Jeli. Kenderaan yang datang dari arah Gerik menghala ke T.Merah boleh meneruskan perjalanan tanpa mengikut lampu isyarat di situ. Manakala bagi laluan T.Merah ke Gerik & Bandar Jeli ke T.Merah masih perlu mematuhi lampu isyarat.

Bagi kenderaan yang dari arah Gerik menghala ke Bandar Jeli, Kuala Balah & Dabong boleh membelok di persimpangan berhampiran Stesen Petrol BHP.
Mohon semua pengguna mematuhi semua arahan lalulintas yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan semua pihak.


14/04/2024

Pemantauan pihak trafik Jeli mendapati ramai pemandu yang hendak berhenti di Stesen Petronas sehingga menyebabkan kesesakan kepada laluan menghala ke Gerik.
Pohon pengguna jalanraya memberikan isyarat lebih awal jika hendak membelok ke Petronas bagi membolehkan pengguna lain yang hendak meneruskan perjalanan dapat memotong dengan lancar. Terdapat pilihan lain untuk mengisi bahan api di hadapan.
Pohon kerjasama semua pihak untuk melancarkan lalulintas pada hari ini.

Terima kasih.

OP SELAMAT 22/2024 HARI RAYA AIDILFITRI (BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK JELI)JELI - Team rondaan Op Selamat...
12/04/2024

OP SELAMAT 22/2024 HARI RAYA AIDILFITRI (BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK JELI)

JELI - Team rondaan Op Selamat BSPTD Jeli semasa dalam penugasan, telah melihat sebuah m/kar yang mengalami kerosakan di Jln Pekeliling, Jeli. Tindakan pantas yang diambil oleh Team Rondaan Op Selamat 22/2024 dengan membantu menolak m/kar tersebut ke tepi jalan. Bantuan yang diberikan telah berjaya membantu pemandu m/kar tersebut yang memandu berseorangan. Tindakan seumpama ini akan terus diambil demi memastikan pengguna-pengguna jalan raya dapat meneruskan perjalanan mereka dengan lancar dan selamat. BSPT Jeli juga ingin menasihatkan pengguna-pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu dan mematuhi segala peraturan yang telah dikeluarkan.

“Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi"







07/04/2024

Assalamualaikum...
KECEMASAN.....JRTB

IPD GERIK
05 - 7912222

HOSPITAL GERIK
05 - 7911333

BOMBA GERIK
05 - 7911444

IPD JELI KELANTAN
09 - 9440222

HOSPITAL JELI KELANTAN
09 - 9440092

BOMBA JELI KELANTAN
09 - 9440444

Jika ada rakaman dashcam kesalahan pemandu yang membahyakan pengguna JRTB boleh terus berhubung ke IPD Gerik dan IPD Jeli....

Address

Kampung Jeli

Telephone

+6099440203

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friend Of Trafik Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Friend Of Trafik Jeli:

Share