Perpustakaan Desa Kampung Gemang, Jeli, Kelantan

Perpustakaan Desa Kampung Gemang, Jeli, Kelantan Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

✨MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026✨“Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian"Bagi menjayakan   Pergigian Jeli aka...
14/07/2026

✨MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026✨
“Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian"
Bagi menjayakan Pergigian Jeli akan menganjurkan 👇🏻👇🏻👇🏻
🦷🌟 *PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN 2026* 🌟🦷
✨ Jom sertai Program Kampung Angkat Pergigian anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Jeli bersama agensi-agensi hebat! Banyak aktiviti menarik menanti anda! 💥
📅 : Sabtu, 18 Julai 2026
🕗 : 8.30 pagi – 2.00 petang
📍 : Masjid Al-Muhibbin, Mukim Kalai, Kampung Kalai, Jeli
💡 *Anjuran bersama*:
1) Pejabat Kesihatan Daerah Jeli 🏥
2) Unit Tabung Darah, Hospital Tanah Merah 🩸
3) Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Jeli 👩‍🚒
4) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 💊
5) Perpustakaan Desa Batu Melintang 📗
6) Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kampung Gemang 🛜
7) Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Batu Melintang 🩵
😎 Amsyar Optometrist 👓
🎉 *APA YANG MENARIK?*🎉
🦷 Pemeriksaan & rawatan pergigian di Klinik pergigian Bergerak PERCUMA
🩸 Program Derma Darah
👨‍⚕️Saringan Kesihatan secara PERCUMA
😎Saringan Mata secara PERCUMA
🪥 Aktiviti latihan memberus gigi
🎪 Pameran dari unit Kesihatan, Farmasi, Bomba, AADK, Perrpustakaan dan Nadi
🔥 Demo kebakaran oleh Bomba & Penyelamat Jeli
🏠 Lawatan rumah ke rumah
🎯 Pertandingan interaktif & kuiz.
🎁 Cabutan Bertuah
👨‍👩‍👧‍👦 Terbuka untuk semua – bawa keluarga dan sahabat handai

sumber : Pejabat Kesihatan Pergigian Jeli



Cuaca panas: lindungi diri dengan amalan mudah semasa bekerja. ☀️Minum air secukupnya, pakai pakaian ringan, gunakan pay...
14/07/2026

Cuaca panas: lindungi diri dengan amalan mudah semasa bekerja. ☀️

Minum air secukupnya, pakai pakaian ringan, gunakan payung/topi dan sejukkan badan dengan kipas atau pendingin udara. 💧🧢




14/07/2026
⛽ Gunakan RON95 atau diesel mengikut keperluan harian anda.📍Sistem akan mengira penggunaan secara automatik daripada per...
14/07/2026

⛽ Gunakan RON95 atau diesel mengikut keperluan harian anda.

📍Sistem akan mengira penggunaan secara automatik daripada peruntukan gabungan 200 liter, dan peruntukan tersebut akan diperbaharui setiap bulan.

✅ Lebih mudah. Lebih teratur.

Layari portal BUDI MADANI untuk permohonan dan info lanjut:
🔗 www.budimadani.gov.my

🇲🇾 Rukun Negara adalah tonggak perpaduan dan keharmonian negara yang menjadi panduan dalam membentuk rakyat yang bersatu...
14/07/2026

🇲🇾 Rukun Negara adalah tonggak perpaduan dan keharmonian negara yang menjadi panduan dalam membentuk rakyat yang bersatu, berdisiplin dan berintegriti.

Marilah kita menghayati makna kemerdekaan dengan menjunjung tinggi semangat Rukun Negara demi Malaysia yang lebih gemilang.

Dirgahayu Malaysiaku! ❤️🤝🇲🇾




“Cirit-birit je kot. Nanti eloklah tu.”Ramai ibu bapa pernah fikir macam ni bila anak mula cirit-birit atau muntah.Hakik...
14/07/2026

“Cirit-birit je kot. Nanti eloklah tu.”

Ramai ibu bapa pernah fikir macam ni bila anak mula cirit-birit atau muntah.

Hakikatnya, kalau simptom berlarutan, jangan anggap ia perkara biasa.

Rotavirus ialah antara penyebab utama cirit-birit yang teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Masalah yang paling membimbangkan bukan sekadar cirit-birit, tetapi dehidrasi yang boleh berlaku dengan cepat.

Rotavirus mudah merebak, terutamanya di taska, tadika dan kawasan yang mempunyai ramai kanak-kanak.

Jika anak mengalami:
• Cirit-birit berterusan melebihi 2 hari.
• Kerap muntah.
• Demam tinggi melebihi 40°C.
• Najis berwarna hitam atau mengandungi darah atau nanah.
• Dahaga melampau, mulut kering, kurang kencing, badan semakin lesu atau mengantuk luar biasa.

Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk.

Pastikan anak minum air atau larutan rehidrasi (ORS) mengikut keperluan dan segera bawa mereka mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan, terutamanya jika terdapat tanda-tanda dehidrasi.

Lebih awal anak dirawat, lebih rendah risiko komplikasi yang boleh berlaku.

Sumber: Oh YA



14/07/2026

Assalamualaikum..

Selamat pagi 💙





😇Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.Stres adalah normal pada si...
13/07/2026

😇Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.
Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.
💪☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
“𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔”

Sumber : Kementerian Kesihatan Malayisa





📚 MARI MEMBACA @ u-Pustaka! 📚Tahukah anda? Dengan u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai bahan bacaan digital secara P...
13/07/2026

📚 MARI MEMBACA @ u-Pustaka! 📚

Tahukah anda? Dengan u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai bahan bacaan digital secara PERCUMA pada bila-bila masa dan di mana sahaja!

📖 Tingkatkan ilmu pengetahuan anda dengan hanya di hujung jari.

🌐 Layari: www.u-pustaka.gov.my

Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka.

101 Fakta Perubatan Tun Mahathir yang Jarang Dikongsikan1. Hampir berhenti belajar perubatan kerana takut mayat Ketika p...
13/07/2026

101 Fakta Perubatan Tun Mahathir yang Jarang Dikongsikan

1. Hampir berhenti belajar perubatan kerana takut mayat

Ketika pertama kali memasuki bilik anatomi, beliau sangat takut melihat mayat. Namun beliau memaksa dirinya menyentuh spesimen tersebut sehingga rasa takut itu hilang.

2. Tun Dr Siti Hasmah menjadi sumber keberanian

Beliau pernah terfikir, jika pelajar wanita seperti Siti Hasmah mampu menjalani latihan anatomi, beliau juga tidak sepatutnya mengalah.

3. Belajar perubatan di Singapura

Tun Mahathir memasuki King Edward VII College of Medicine pada 1947 dan memperoleh kelulusan perubatan pada 1953.

4. Pernah menjadi doktor kerajaan di Langkawi

Beliau bertugas ketika Langkawi masih serba kekurangan dari segi kemudahan, pengangkutan dan akses rawatan kesihatan.

5. Membuka MAHA Clinic pada tahun Merdeka

Selepas meninggalkan perkhidmatan kerajaan, beliau membuka klinik di Alor Setar pada 1957. Nama “MAHA” dikaitkan dengan gabungan nama Mahathir dan Hasmah.

6. Meminjam wang untuk memulakan klinik

Klinik tersebut tidak dibuka dengan modal besar. Beliau dilaporkan mendapatkan pinjaman daripada ahli keluarga untuk memulakan perkhidmatan.

7. Meredah sawah untuk membuat lawatan ke rumah

Ketika jalan dan pengangkutan masih terhad, beliau sanggup berjalan melalui kawasan sawah, termasuk pada waktu malam, untuk merawat pesakit.

8. Pesakit miskin boleh membayar mengikut kemampuan

Pesakit yang tidak mampu tidak semestinya ditolak. Ada yang dibenarkan membayar secara ansuran atau mengikut kemampuan mereka.

9. Terlibat dalam usaha menangani tuberkulosis

Beliau pernah memimpin Persatuan Tuberkulosis Kedah dan turun ke kawasan ladang untuk memberi rawatan serta pendidikan kepada komuniti berisiko.

10. Pengalaman sebagai pesakit jantung mempengaruhi pembangunan rawatan jantung

Selepas mengalami serangan jantung dan menjalani pembedahan pintasan koronari, beliau memberi perhatian besar terhadap keperluan pusat rawatan jantung khusus seperti Institut Jantung Negara.

Sebelum dikenali sebagai Perdana Menteri, masyarakat di Alor Setar terlebih dahulu mengenalinya sebagai Dr Mahathir.

Address

Kompleks Penggawa Kampung Gemang
Kampung Jeli
17700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Gemang, Jeli, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share