PAS Kawasan Jeli

PAS Kawasan Jeli Follow Aktiviti dan Program PAS Kawasan Jeli termasuk aktiviti Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Urusan Ulama' dan Assabiqun.

23/08/2026

CERAMAH ISU SEMASA DAN RUU KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026 PARLIMEN JELI.

Menampilkan barisan penceramah yang akan mengupas isu semasa serta perkembangan berkaitan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026.

Barisan Panel :
1. YB Ustaz Dato' Ahmad b. Yahaya,
Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

2. YB Ustaz Mohd Asri b. Daud,
Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan Merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan.

3. YBhg Dato' Lsr Haji Mohd Apandi Mohamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Jeli.

Jemput hadir semua!

Ahlan wasahlan kepada muktamirin dan muktamirat 🤗PAS DUN Air Lanas PAS DUN Kuala Balah PAS DUN BUKIT BUNGA
20/08/2026

Ahlan wasahlan kepada muktamirin dan muktamirat 🤗

PAS DUN Air Lanas
PAS DUN Kuala Balah
PAS DUN BUKIT BUNGA

Jadual penuh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 dan muktamar dewan-dewan di Kelantan.

Ceramah Isu Semasa Dan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 akan datang! Pacok tarikh tuan-tuan semua pada 23 Ogos 2026...
19/08/2026

Ceramah Isu Semasa Dan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 akan datang!

Pacok tarikh tuan-tuan semua pada 23 Ogos 2026 (Hari Ahad) bermula jam 9 malam di Dewan Desa Rabbana, Jeli. Pakat ajok keluarga dan sahabat handai.

Rugi kalu tidak hadir dengar sendiri kupasan dari panel kita yang hebat-hebat :

Panel 1
YB Dato' Haji Ahmad b Yahaya
Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

Panel 2
YB Ustaz Mohd Asri b Daud
Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Panel 3
YBhg Dato' Lsr Haji Mohd Apandi Mohamad
Yang Dipertua PAS Kawasan Jeli

Pakat Mari deh!

Alhamdulillah
19/08/2026

Alhamdulillah

Minda Presiden PAS

NEGARA ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN BUKAN ISLAM

Firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai wali (kawanmu yang diberi kepercayaan atau pemimpin) orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Para ulama’ menegaskan bahawa ayat ini merupakan ayat Muhkamat yang menjadi hukum yang kekal dan tiada yang menasakhkannya.

Al-Quran merupakan kitab Allah SWT yang bersumber daripada sifat-Nya yang Maha Mengetahui, serta menjadi petunjuk kepada seluruh alam. Petunjuk yang berkekalan sehingga akhir zaman, termasuk petunjuk kepada manusia yang hidup bermasyarakat. Antara sifat tabiinya ialah wujudnya perbezaan dan perlawanan antara mereka, antara yang benar dan yang salah dalam semua urusan. Termasuk dalam urusan agama, berlaku pertembungan antara iman dengan kufur, atau antara Islam dengan pihak yang menentangnya.

Firman Allah SWT:
.. وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠

“...Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Surah al-Hajj: 40]

Perlawanan antara benar dengan salah, antara iman dengan kufur, antara adil dengan zalim adalah sifat tabii manusia sepanjang zaman, yang dihadapi oleh semua para anbiya’ AS sehingga nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Walaupun terdapat perbezaan pegangan dan wujudnya perlawanan yang menjadi fitrah manusia, tetapi Islam tetap bertasamuh (bertoleransi) dalam hubungan bermasyarakat majmuk. Hal ini berbeza dengan agama lain yang menunjukkan sikap menentang tanpa tasamuh, menjadikan penganut pelbagai agama dalam masyarakat majmuk bertembung secara melampau sehingga memusnahkan rumah ibadat agama lain yang bukan daripada kalangan majoriti rakyat.

Firman Allah SWT:

۞وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٤٦

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali terhadap orang-orang zalim antara mereka, dan katakanlah, ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu ialah satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri.’” [Surah al-‘Ankabut: 46]

Perlawanan yang wujud bukan hanya melibatkan senjata, tetapi juga termasuk ideologi yang disebarkan melalui pemikiran dan kefahaman. Bahkan, perkara yang merosakkan kefahaman lebih berbahaya daripada membunuh nyawa kerana kesannya yang berpanjangan kepada bangsa dan umat.

Kehilangan moral atau akhlak membawa kepada bertambahnya dosa yang ditanggung dan menyebabkan semakin ramai yang menjadi mangsanya, sehingga memberi kesan kepada zuriat dan generasi yang akan datang. Dahulunya tidak ada Melayu Islam yang membunuh diri sendiri, kini sudah ada beritanya. Dahulunya arak, kini dadah p**a.

DAP terus memperjuangkan bahawa perlembagaan asal negara ini bersifat sekular, dan pendirian itu p**a sama seperti matlamat yang telah digariskan dalam perlembagaan parti mereka. DAP sebenarnya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan kembali kepada pemerintahan sekular sepertimana pada zaman penjajah dahulu. Walau apa pun hujah yang mereka berikan, DAP tetap mahu melaksanakan pemerintahan sekular.

Sekularisme ialah ajaran sesat yang dibawa masuk oleh penjajah ke dalam masyarakat Melayu Islam bagi memesongkan mereka daripada ajaran agama Islam yang sempurna. Sekularisme ialah ajaran Injil yang telah dipesongkan daripada ajaran asal Nabi ‘Isa AS, yang sama dengan ajaran para anbiya’ yang lain. Firman Allah SWT:

فَمَن تَوَلَّىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٨٢ أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣ قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٨٤

“Sesiapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (82) Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala makhluk yang berada di langit dan di bumi, baik dengan sukarela mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allah jua mereka dikembalikan. (83) Katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.’ (84)” [Surah Ali ‘Imran: 82–84]

Mereka mencipta ayat dalam kitab Injil yang membawa kepada pemisahan atau pengasingan politik dan urusan dunia daripada ajaran agama dengan ayat:

“Therefore, render to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.”

“Berikan milik Kaisar itu kepada Kaisar; dan milik Tuhan itu kepada Tuhan.” [Matthew 22:21; Mark 12:17; Luke 20:25]

Fahaman ini telah merosakkan masyarakat Barat, meruntuhkan institusi keluarga dan syakhsiah individu kemanusiaan. Hal ini demikian kerana, apabila agama dipisahkan daripada urusan dunia, maka manusia akan hilang sifat kemanusiaannya.

Media yang menyokong DAP seperti Malaysiakini dan lain-lain terus berperanan dengan bebas dan secara halus terus menyebarkan ajaran sesat ini. Adapun, orang Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) menjadi bisu dan tidak mencegah kemungkaran yang besar ini, bahkan mereka p**a yang membela dan menjadi jurucakap yang mempertahankan DAP.

DAP juga menunjukkan penentangan secara terbuka terhadap pelaksanaan Islam yang dinyatakan secara jelas dalam nas al-Quran dan Hadis. Sehubungan dengan itu, PAS yang memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (pendekatan damai) dalam konsep demokrasi, beberapa kali mengadakan dialog untuk memberi kefahaman berkenaan hukum Islam (qisas, hudud dan takzir).

Terdapat beberapa pimpinan DAP yang menunjukkan sikap positif dan secara terbuka boleh menerimanya. Ada dalam kalangan mereka yang keluar daripada DAP, manakala sebahagiannya p**a disingkirkan daripada parti tersebut. Selain itu, ada juga yang memberi alasan bahawa mereka takut tidak akan mendapat sokongan pengundi bukan Islam yang tidak memahami berkenaan hukum Islam.

Dalam isu Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang dibentangkan berkenaan hukum takzir Islam, yang bertujuan untuk mendidik dan bukannya menyeksa, ada yang memberi alasan bahawa mereka bimbang perkara tersebut akan mempengaruhi sehingga diterima oleh kalangan bukan Islam.

Malangnya, ada dalam kalangan orang Melayu Islam sendiri yang membisu terhadap kemungkaran tanpa mempedulikan akibatnya, termasuk mendapat laknat Allah. Walaupun pelaksanaan Islam hanya bagi orang Islam dan tidak berkaitan dengan kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam, sikap melampau seperti ini tidak boleh dibiarkan.

DAP membawa konsep ‘Malaysian Malaysia’ bagi menghilangkan rupa bangsa yang menjadi fitrah alam. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Islam tidak mengharamkan kecintaan kepada bangsa masing-masing, namun diharamkan bersikap taasub (fanatik) iaitu berlaku zalim terhadap bangsa lain atau membela kalangan kaumnya yang zalim.

DAP menyanjung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang disokong oleh British bagi menentang Jepun, yang kemudiannya diharamkan atas faktor politiknya sendiri. Kump**an komunis itu telah banyak mengorbankan anggota askar dan polis Melayu sewaktu dalam tempoh darurat.

Menteri daripada kalangan DAP mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau lebih dikenali dengan Urban Renewal Act (URA) - walaupun telah ditarik balik oleh jemaah menteri pada 23 Januari 2026 untuk tujuan penambahbaikan secara menyeluruh sebelum dibentangkan semula di Parlimen - adalah suatu tindakan untuk menghalau orang Melayu yang miskin oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas nama membangunkan semula kawasan bandar.

Selain itu, DAP turut meletakkan calon orang Melayu bertanding di kawasan campuran bagi menguasai kuasa politik selaras dengan perjuangannya. Hal ini berbeza dengan MCA dan MIC, yang merupakan parti yang lebih awal ditubuhkan ketika perjuangan menuntut kemerdekaan. Kedua-dua parti tersebut sama-sama berada dalam parlimen menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan konsep kebebasan beragama kepada penganut pelbagai agama mengikut sempadan hubungan masyarakat majmuk. Begitu juga beberapa parti pecahan daripadanya seperti GERAKAN dan lain-lain. Kesemuanya menerima konsep kerakyatan dalam masyarakat majmuk.

Semua yang saya kemukakan ini merupakan dalil bertulis yang terang dan kenyataan lisan daripada pemimpin DAP itu sendiri.

Ramai dalam kalangan agamawan yang menjadi terompah kayu yang digunakan untuk membela DAP, termasuk kalangan agamawan yang memegang jawatan rasmi dalam kerajaan. Allah SWT memberi amaran yang keras dalam ayat-ayat yang banyak dalam al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّٰهُ لِلنَّاسِ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أُوْلَـٰٓئِكَ يَلۡعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُهُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ ١٥٩ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ وَأَصۡلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـٰٓئِكَ أَتُوبُ عَلَيۡهِمۡ وَأَنَا ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٠

“Sesungguhnya, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknat oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat. (159) Kecuali mereka yang telah bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. (160)” [Surah al-Baqarah: 159–160]

Seterusnya, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَـٰٓئِكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١٧٤

“Sesungguhnya, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksaan yang amat pedih.” [Surah al-Baqarah: 174]

Walaupun ayat-ayat tersebut menceritakan berkenaan para ulama’ Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), namun menjadi iktibar kepada ulama’ Islam yang bercakap dan menjadi syaitan bisu.

Allah mendedahkan bahawa ulama’ yang bercakap kerana mencari makan dan mengejar kesenangan dunia tanpa sempadan, mereka itu dibandingkan laksana anjing yang otaknya berada di perut, bukannya di kepala. Firman Allah SWT:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّالِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ ١٧٧

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat tersebut, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda). Maka, jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat tersebut, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka, perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya; dan jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amatlah buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177)” [Surah al-A‘raf: 175–177]

Sila jawab dengan hujah yang sahih, bukan dengan hujah yang tidak sempurna atau berhujah tanpa ilmu, tetapi hendaklah secara tafaqquh fi al-din (memahami agama Islam secara mendalam).

Berkata Ibn Mas‘ud RA:

وَسَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ قَلِيلٌ فُقَهَاؤُهُ، كَثِيرٌ قُرَّاؤُهُ، يُحْفَظُ فِيهِ حُرُوفُ الْقُرْآنِ وَتُضَيَّعُ حُدُودُهُ. كَثِيرٌ مَنْ يَسْأَلُ، قَلِيلٌ مَنْ يُعْطِي، يُطِيلُونَ فِيهِ الْخُطْبَةَ، وَيَقْصُرُونَ الصَّلَاةَ. يُبَدُّونَ فِيهِ أَهْوَاءَهُمْ قَبْلَ أَعْمَالِهِمْ.

“Dan akan datang kepada manusia suatu zaman yang sedikitnya fuqaha’ (ulama’ yang bertafaqquh), sedangkan ramainya pembaca al-Quran (qurra’); di mana huruf-huruf al-Quran (bacaan dan tajwidnya) dipelihara, tetapi hudud (batasan hukum-hakamnya) diabaikan. Ramai orang yang meminta-minta, tetapi sedikit sahaja yang memberi. Mereka memanjangkan khutbah dan memendekkan solat. Mereka mengutamakan hawa nafsu mereka sebelum amalan mereka.” [Malik bin Anas, al-Muwatta’, no. 88, daripada Ibn Mas‘ud]

Ibn Mas‘ud menegaskan bahawa pada akhir zaman ramai dalam kalangan para ulama’ yang berilmu, tetapi sedikit sahaja para fuqaha’ (ulama’ yang bertafaqquh), khususnya dalam bidang fiqh siasah. Hal ini termasuk juga kenyataan yang mengatakan bahawa tiada istilah kafir harbi di Malaysia, seolah-olah Malaysia berada di luar daripada alam dunia yang tetap termasuk dalam petunjuk al-Quran, kitab ilmu yang bermukjizat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 19 Ogos 2026

[Bil: 51 / 2026]

Membugar semangat, demi perjuangan. Usrah Pimpinan PAS Kawasan Jeli Ogos 2026 diteruskan seperti biasa. Ibrah Perang Bad...
18/08/2026

Membugar semangat, demi perjuangan.

Usrah Pimpinan PAS Kawasan Jeli Ogos 2026 diteruskan seperti biasa. Ibrah Perang Badar Kubra menjentik hati bahawa setiap kemenangan dalam perjuangan ini hanya dari Allah swt.

Tugas kita ?

"Berusaha secara profesional, pergantungan kepada Allah dengan Jiwa yang Rabbani."

Kembali kepada penyelesaian Islam.

11/08/2026

Pembentangan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026.

Sokong sepenuhnya.
11/08/2026

Sokong sepenuhnya.

Sokongan Penuh terhadap RUU Kesalahan Syariah ( Kelantan ) 2026.

11/08/2026

TANWIRUL BAYAN (1)

(1) PERANAN ULAMAK; MEMBIMBING UMMAH DALAM REALITI POLITIK SEMASA

Peranan wajib bagi ulamak semestinya membimbing ummah menuju jalan hidayah dan petunjuk yang benar. Dakwah ini perlu digerakkan mengikut keadaan semasa dan realiti sebenar agak ummah tidak hanyut dibawa arus ombak yang membinasakan mereka. Justeru para ulamak mesti bijak dan tahu membaca realiti politik semasa kerana elemen ini merupakan faktor penting bagi memahami bagaimana dakwah ini ingin digerakkan.

(2) MINDA PRESIDEN; DAP MEMIMPIN PH MENYAMBUNG KERJA PENJAJAH MENGHAPUSKAN MELAYU ISLAM

Umum mengetahui tulisan Yang Berhormat Tan Sri Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS disambut dengan pelbagai nada dan gaya. Ya, tulisannya agak tajam namun itulah realiti semasa bagi menjadi "peringatan" kepada ummah. Kalau diperhalusi kenyataan ini ditulis berdasarkan sejarah dan pengalaman politik yang dihadapi bersama parti DAP. Pastinya DAP bergerak mengikut dasar mereka yang bertembung dengan fikrah Islam yang tulen. Demikian juga isu-isu seputar yang berlaku lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang kepentingan umat Islam di Malaysia.

(3) KETEGASAN DALAM PERINGATAN, DAKWAH DENGAN KEBIJAKSANAAN

Peringatan itu bukanlah satu momokan dan hasutan perpecahan namun seruan untuk umat Islam di Malaysia bersatu dan mengukuhkan kedudukan mereka. Kitalah yang perlu memimpin mereka bukan dipimpin oleh mereka. Lihatlah Singapura sebagai contoh terdekat.
Peringatan itu bukanlah satu pengisytiharan perang tetapi penegasan yang perlu disampaikan kepada masyarakat agar kita tidak lalai dan terlalu selesa. Ya, peringatan itu sedikit tegas kerana mereka punyai kuasa dan paling mendominasi dalam pakatan mereka.

Tidak dinafikan dakwah kepada mereka diteruskan dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan kerana mereka juga sebahagian anggota rakyat Malaysia yang mempunyai kewarganegaraan yang sah. Mereka adalah mad'u yang perlu diberi pencerahan dan pastinya itu tugas para ulamak, namun dalam masa yang sama perlu ingat mereka juga punyai kuasa yang membolehkan mereka menerkam dan mempergunakan para ulamak tanpa sedar.

(4) WADAH PERJUANGAN ULAMAK KELANTAN

Kelantan terkenal dengan pondok dan ulamak nya yang ramai. Bahkan perjuangan PAS di negeri ini diasaskan oleh para ulamak pondok.

Justeru sistem pengajian nya mesti terus kekal relevan dalam mendepani zaman moden ini. Kerajaan Negeri bersama Dewan Ulamak sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak pondok dalam mendepani cabaran perubahan zaman dan teknologi ini

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan dalam sejarahnya dipimpin oleh tuan-tuan guru pondok seperti Tuan Guru Haji Ghazali Pulai Chondong, Tuan Guru Haji Zakariya bin Haji Ismail, Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Haji Hussien Rahimi dan ramai lagi.

Para ulamak perlu menggerakkan dakwah kepada ummah dari bawah sampai ke peringkat tertinggi. Semestinya dakwah ini tidak terlepas dari faktor siyasi agar dakwah ini dapat digerakkan secara menyeluruh.

Justeru Dewan Ulamak PAS antara wadah dan medium untuk para ulamak Kelantan bersatu dan membimbing masyarakat. Semoga dengan kesatuan dan wadah ini para ulamak dapat menggerakkan dakwah dan menjelaskan kefahaman yang benar kepada masyarakat mengikut realiti semasa.

YB Dato' Ustaz Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail,
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan.


11/08/2026

Insya-Allah, sebentar lagi saya akan membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 dalam Persidangan Dewan Negeri Kelantan kali ini.

RUU ini dibentangkan bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin pada tahun 2024 yang membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen tersebut.

Mohon doa dan sokongan daripada seluruh ADN serta rakyat Kelantan agar pembentangan dan perbahasan ini dipermudahkan, dilancarkan dan diberikan kelancaran dalam setiap urusan serta keputusan yang terbaik buat Kelantan.

Address

Bangunan PAS Kawasan Jeli, Simpang 3 Ayer Puteh Lakota
Kampung Jeli
17600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share