Pusat Penyelidikan PAS

Pusat Penyelidikan PAS Pusat Penyelidikan merupakan badan pemikir dalam PAS yang juga merupakan minda kepada parti.

PPP ditubuhkan sejak tahun 1997 semasa kepimpinan Al-Marhum Dato' Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu.

31/01/2021

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2021
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka” - petikan doa daripada Surah Al-Baqarah : 126
Ketika saat pandemik Covid-19 yang masih bermaharajalela, Allah swt masih lagi memberi nikmat mencurah curah kepada kita dalam menguji sejauh mana keimanan kita kepada Nya.
Namun, pandemik ini bukan melemahkan kita khususnya warga Setiawangsa dan kota metropolitan ini tetapi medan ujian untuk kita berjuang dan terus berusaha, berdoa dan bertawakal melawannya demi keluarga, agama dan tanah air kita cintai.
Maka sewajarnya, pada ulang tahun sambutan Wilayah Persekutuan kali ini sewajarnya kita tidak putus putus berdoa dan bermunajat agar pandemik ini dihapuskan dan kita dapat menjalani hidup seperti sedia kala.
Mudah mudahan Allah swt terus menurunkan rahmat & pertolongan kepada kita agar Wilayah Persekutuan kita cintai ini kekal makmur dan sejahtera.
“Setiawangsa Prihatin, Wilayahku Prihatin”
Ikhlas dari,
MUAFAKAT NASIONAL SETIAWANGSA
Dato’ Sri Izuddin Ishak,
Ketua Bahagian Umno Setiawangsa.
Tuan Haji Abdul Halim Hassan,
Yang Dipertua PAS Setiawangsa.

28/01/2021

Golongan miskin yang tersembunyi.

Sebahagian masyarakat kita, ada yang mewaqafkan diri mereka berjuang di jalan Allah. Medeka susah, miskin dan menderita. Namun ia sembunyikan kemiskinan dan kesusahannya. Tidak meminta-minta kepada manusia, kerana menjaga maruah diri dan keluarga. Lalu orang ramai menyangka mereka sesang. Ia turun menyampaikan sumbangan makanan, tilam dan pelbagai keperluan mangsa banjir. Namun di rumahnya tiada makanan, tiada tilam, tiada kemudahan.
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tahun 2000, sebagai ADUN PAS waktu itu, bila kita mendapat sumbangan basikal dari dana harakah, 100 buah basikal untuk satu DUN. Kami terpaksa bahagikan kepada kepada 10 UDM. Maka satu UDM hanya dapat 10 buah basikal sahaja. Maka kita mohon Ketua Cawangan senaraikan 10 pelajar miskin, berjalan kaki ke sekolah untuk disampaikan sumbangan basikal.
Pada majlis tersebut, saya menyerahkan satu demi satu basikal sehingga selesai. Tiba-tiba seorang kanak-kanak memangis. Meminta basikal kerana ia juga miskin dan berjalan kaki ke sekolah. Kanak-kanak itu ialah anak Ketua Cawangan sendiri.
Tidak mungkin ia senaraikan nama anaknya sendiri, walau ia susah, mismin dan anaknya berjalan kaki agak jauh dari sekolah.
Kami keluarkan wang yang berbaki sedikit yang ada, untuk membeli sabuah basikal untuk diserahkan kepada anak ketua Cawangan itu. Alhamdulillah.
Ini secebis pengalaman hidup. Maka setiap kali saya membaca firman Allah ini, kisah itu akan terbayang kembali,

لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِيمَٰهُمۡ لَا يَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافٗاۗ وَمَا تُنفِقُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

-Surah Al-Baqarah, Ayah 273

Maka perhatikanlah golongan ini, dan bantulah mereka walaupun mereka tidak meminta kepada manusia.

Catatan oleh: Tn Ibrahim Tn Man, Kuala Terengganu, 28hb Jan 2021

Sudi tak tuan puan yang baik hati membantu Madrasah kami yang dalam pembinaan?

seorang bagi 5 ringgit pun dah cukup membahagiakan kami.

Bank : Maybank
Penama : Akademi Setia

No akaun: 5621-8832-3003

Kami dahulukan dengan doa daripada Nabi Salallahu alaihi wassalam

Jazakallahu khairan jaza , Semoga Allah mengantikan dengan sebaik-baik ganti.

Allahuma amin. Makbulkanlah ya Allah

14/10/2020

Ayuh kita bantu serendah RM10 bagi membantu baiki van anak yatim ini.

10 Tuntutan Ekonomi Rakyat Tahun 2020
06/01/2020

10 Tuntutan Ekonomi Rakyat Tahun 2020

10 Tuntutan Ekonomi Rakyat Tahun 2020 1. Penuhi kuota 1.7 juta perjawatan awam dan jana peluang pekerjaan Jumlah perjawatan awam yang telah diisi ialah 1.57 juta (92 peratus) daripada jumlah sebenar keseluruhan 1.7 juta. Tidak perlu merasionalisasi saiz perjawatan awam untuk mengurangkan Perbelanjaa...

KENYATAAN MEDIA GAGASAN SEJAHTERA1. Pada hari ini, Isnin 26 Ogos 2019, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Kepimpinan Ter...
26/08/2019

KENYATAAN MEDIA GAGASAN SEJAHTERA

1. Pada hari ini, Isnin 26 Ogos 2019, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di Putrajaya.

2. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengambil beberapa ketetapan seperti berikut:

a. Mengukuhkan kerjasama politik di kalangan parti komponen Gagasan Sejahtera dalam aspek visi, misi dan organisasi;

b. Menumpukan kepada agenda untuk menyelamatkan negara bermasyarakat majmuk dan menyelesaikan masalah rakyat dengan penglibatan semua pihak;

c. Menumpukan kepada usaha untuk menarik sokongan anak muda dan segenap lapisan masyarakat terhadap visi yang diperjuangkan oleh Gagasan Sejahtera; dan

d. Menerima kerjasama politik penyatuan ummah di antara PAS dan Umno di atas kerangka Taawun Siyasi.

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Pengerusi Gagasan Sejahtera

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1440 / 26 Ogos 2019

Minda Presiden PASDIBERI BETIS HENDAK PAHAPeribahasa “Diberi betis hendak paha” biasa diucapkan terhadap mereka yang mel...
14/08/2019

Minda Presiden PAS

DIBERI BETIS HENDAK PAHA

Peribahasa “Diberi betis hendak paha” biasa diucapkan terhadap mereka yang melampau tidak puas hati terhadap kurniaan Allah dan pemberian sesama manusia. Sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan pencapaian yang ada, nescaya ditambah lagi selepasnya kalau pandai menghargai apa yang telah dicapai, tetapi kalau menunjukkan keingkaran bersama takabburnya, maka azab Allah dan akibatnya sangat besar.

Inilah firman Allah:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (7) [سورة إبراهيم: 7]

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. (Surah Ibrahim: 7)

Islam juga mengajar penganutnya supaya mengenali bahawa orang yang tidak berterima kasih terhadap sesama manusia, tidaklah bersyukur kepada Allah.

Kita menyaksikan adanya segelintir mereka yang menunjukkan perangai tersebut terhadap konsep masyarakat majmuk yang telah menyaksikan keharmonian selama ini, walaupun dipelihara hak beragama tanpa paksaan menganut Islam.

Termasuklah kepelbagaian bangsa dan bahasa adalah ketetapan Allah yang ditunjukkan oleh penganut Islam di negara ini. Bukannya mengada-adakan, tetapi Al-Quran yang menyebut wujudnya kepelbagaian bahasa, warna kulit dan lain-lain, firman Allah:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22) [ سورة الروم: 22]

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”. (Surah Ar-Ruum: 22)

Demikianlah bangsa Melayu yang beragama Islam ini boleh menerima kehadiran pelbagai kaum, agama dan bahasa, walaupun dibawa oleh penjajah bersama agendanya, tetapi dengan mudah semua parti politik yang terlibat pada masa perjuangan kemerdekaan berjaya menerima konsep asas ini dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara agama, bangsa, dan bahasa. Namun jika ada rasa tidak puas hatinya dikawal dengan berakhlak.

Semua yang bukan Islam telah menerima Islam sebagai agama bagi Persekutuan, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, dan hak Melayu dan Bumiputera yang ketinggalan kerana penyusunan masyarakat yang diwujudkan oleh penjajah.

Umat Islam Melayu p**a menerima dengan mudah hak bangsa dan agama lain, kerana sudah ada dalam ajaran agamanya, sehingga wujud keharmonian hubungan di antara kaum dan agama.

Perkara-perkara tersebut pernah dikacau oleh segelintir ekstremis kaum sehingga mencetuskan ketegangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. PAS paling menjadi sasaran, termasuk Tun Mahathir sendiri kerana semangat Melayunya ketika itu, sehingga beliau dikalahkan dalam PRU Kali Ke-3 oleh pengundi Cina di Kota Setar Selatan. Walaupun calon PAS, Haji Yusuf Rawa menang di kerusi tersebut, namun kaum Cina tidak mengundi Tun Mahathir, apatah lagi tidak mengundi PAS.

Walaupun PAS pernah menjadi mangsa ISA dan Tun Mahathir dipecat daripada Umno, tetapi perpaduan dapat diwujudkan juga selepas itu, kerana sifat Melayu yang beragama Islam mengajar akhlak penganutnya, sehingga dilupakan segala pergeseran dengan mudah.

Hari ini p**a, walaupun Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan tetapi telah dihimpit sehingga tulisan Jawi yang asalnya dilumpuhkan sehingga bernyawa ikan yang nazak dan melumpuhkan kefahaman Melayu Islam terhadap agama mereka serta bahasa mereka sendiri.

Maka usaha untuk mengembalikan Bahasa Melayu sendiri adalah hak yang wajib dilakukan. Khususnya kita menyaksikan kebangkitan Jepun dengan bahasa dan tulisannya sendiri, begitu juga China, Korea dan kini Iran dengan Bahasa Parsi yang berhuruf Arab (Parsi seperti tulisan Jawi juga).

Usaha untuk mengembalikan penyebaran bahasa kebangsaan ini tidaklah mengharamkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, atau menghalang pembelajaran bahasa lain, seperti yang dilakukan di negara lain khususnya negara jiran.

Maka apakah yang hendak disifatkan atau dinamakan kepada kalangan yang cuba membantah atau menghalang, mahupun memperkecilkan usaha negara yang telah pun mengamalkan konsep masyarakat majmuk dalam kontrak sosial atau Perlembagaan, melainkan sifat pengkhianat yang melampaui batas manusia yang beradab. Bandingannya laksana diberi betis mahukan paha, atau perangai buaya yang ganas menangkap betis mahu menelan mangsanya sampai kepala.

Kita melihat tidaklah semua rakyat pelbagai bangsa ini boleh menerima pendekatan yang tidak bermoral dan mengenang budi ini, tetapi membiarkan nila setitik boleh merosakkan susu sebelanga. Maka kita tidaklah boleh menghukum segelintir yang cuba mengacau keharmonian yang telah berjaya dibina ini, melainkan dengan syarat semua pihak wajib menolak dan menentang kalangan makhluk perosak ini. Kalau dibiarkan terus berleluasa boleh menjadi api yang kecilnya menjadi kawan dan besarnya menjadi lawan yang sangat berbahaya membakar semuanya.

Adakah kita masih tidak peka dan sedar dengan mereka yang masih tidak kenyang dengan penguasaan ekonomi secara rakus sehingga majoriti rakyat Melayu dan Bumiputera menganggur, papa kedana, tekanan kos sara hidup, dan hidup menumpang mereka yang tidak mengenang budi itu.

Kita juga menghadapi permainan ekonomi yang sentiasa tidak adil dan bertimbang rasa, kerana konsepnya siapa yang cepat menipu dan paling mahal rasuahnya maka dia dapat. Tidak cukup dengan sedikit kejayaan permainan politik mereka, kini bersuara p**a mahu menelan agama Islam yang berjasa kepadanya dan hendak p**a membunuh bahasa kebangsaan yang menjadi jiwa bangsa ini dan menenggelamkan bangsa dengan teori “Malaysian Malaysia”.

Maka akhirnya bukan sekadar diberi betis hendak paha, bahkan naik ke atas kepala dan mahu menelan seluruh badan. Ketahuilah bahawa kesabaran itu ada batasnya. Apabila sabarnya tidak berbatas, maka hilang jati diri dan tidak menjadi manusia yang dimuliakan dengan akalnya.

Begitulah juga mereka yang diam membisu menyaksikan kemungkaran ini, laksana tikus berada dalam kepuk padi atau semut dalam gula, sehingga hilang ciri manusiawinya.

Adapun PAS kekal istiqamah dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diajar agama, dan diterima semua agama, di tengah pertembungan politik melampau dan terlampau dalam negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Zulhijjah 1440 / 14 Ogos 2019

Pembentukan Perlembagaan PAS: Satu Asal Mula
01/08/2019

Pembentukan Perlembagaan PAS: Satu Asal Mula

ENSIKLOPEDIA PAS 2019 Siri 0⃣5⃣ PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PAS: SATU ASAL MULA PERLEMBAGAAN PAS atau dahulunya dikenali sebagai Undang-undang Tubuh PAS telah digubal pertama kali oleh sebuah Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Ulamak Se-Malaya, yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Jawatankuasa Penaja ini...

Catatan Parlimen: Bukti Nyata PH Bela LGBT1. Anda masih ingat berkenaan perarakan LGBT di ibu kota Kuala Lumpur pada 09 ...
17/07/2019

Catatan Parlimen: Bukti Nyata PH Bela LGBT

1. Anda masih ingat berkenaan perarakan LGBT di ibu kota Kuala Lumpur pada 09 Mac 2019.?
Pelbagai pihak bersuara mengecam himpunan yang mempromosi budaya hidup songsang LGBT.
Lebih 50 laporan polis dibuat terhadap penganjur.

2. Rupa-rupanya kes ini telah diklasifikasikan “tiada tindakan lanjut” (no further action (NFA).
Lantaran itu, Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, YB Hajah Siti Zailah mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berkenaan hal ini.

3. Soalan tersebut ialah;
Minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah kes penganjuran Himpunan Hari Wanita telah diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan selanjutnya” (NFA) dan dihentikan siasatan sedangkan perarakan yang melibatkan kelompok LGBT jelas bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

4. Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Timbalan Menteri (Peguam PAN-Sekarang).

Antara petikan jawapannya ialah;
a) Perarakan yang melibatkan sekump**an LGBT (Le***an, Gay,
Bisexual, Transgender) semasa Himpunan Hari Wanita ini tidak
bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan
subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

b) Sekiranya pun benar dakwaan YB bahawa apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam, pihak Peguam Negara tidak mempunyai apa apa kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada untuk mendakwa apa-apa perbuatan yang dikatakan bercanggah dengan Islam.

5. Jelas, terang nyata bak sinar mentari tengah hari bukan.?
Kelompok LGBT ini dibela dan dipertahan oleh Kerajaan PH atas nama "Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan".

6. Apa kata sekalian ulamak pendokong PH.?
Apa kata Wan Ji.?
Apa kata Ustaz Yang di-Pertua YADIM.?
Apa kata Syeikh DAP.?
Rupa-rupanya, LGBT tidak lagi menjadi salah untuk dipromosi secara terbuka di tempat awam, ibu negara Malaysia.
Inilah rupanya Negara Rahmah versi PH.
Inilah rupanya Maqasid Syariah tajaan PH.
Inilah rupanya Rahmatan Lil Alamin acuan PH.

7. Umat Islam perlu sedar dan ingat, kelompok LGBT ini pastinya akan bergerak dengan lebih lantang dan berani selepas ini kerana lesen lampu hijau sudah pun mereka perolehi daripada Kerajaan PH melalui jawapan rasmi di Parlimen ini.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
17 Julai 20191.

Catatan Bersejarah Parlimen1. Parlimen pada hari ini mencatat lembaran baharu dalam sejarah politik tanah air.RUU Pindaa...
16/07/2019

Catatan Bersejarah Parlimen

1. Parlimen pada hari ini mencatat lembaran baharu dalam sejarah politik tanah air.
RUU Pindaan Perlembagaan diluluskan dengan sokongan sebulat suara kedua-belah pihak iaitu Kerajaan dan Pembangkang.
Seramai 211 orang Ahli Parlimen yang hadir, kesemuanya mengundi menyokong, tidak ada yang menolak, tidak ada yang berkecuali.

2. Sesungguhnya, kejayaan memartabatkan suara anak muda yang berumur 18 tahun ke atas ini adalah milik bersama kerana Rang Undang-Undang tersebut adalah gabung-jalin antara idea kedua-belah pihak.
Kerajaan PH tidak boleh mendabik dada atas kejayaan meluluskan RUU ini kerana mana mungkin ianya diluluskan dengan sokongan majoriti 2/3 sekiranya Pembangkang tidak mengundi untuk menyokong.

3. RUU asal versi Kerajaan PH sudah pun ditarik-balik kemudian ia diganti dengan RUU versi baru yang memenuhi syarat dan kehendak gabungan Pembangkang; BN, PAS dan GPS.
Antara syarat Pembangkang yang akhirnya diterima oleh Kerajaan PH ialah RUU ini mesti merangkumi juga syarat minima umur calon yang layak bertanding ialah 18 tahun seiring dengan kelayakan mereka untuk menjadi pengundi.

4. Selain itu, Pembangkang juga menetapkan syarat pindaan hendaklah merangkumi daftar automatik apabila cukup sahaja umur 18 tahun.
Tuntutan ini bukanlah luar biasa kerana ketika Kerajaan PH menjadi Pembangkang dulu pun mereka mendesak hal yang sama.
Usahlah buat-buat lupa p**a kenangan ketika Demonstrasi BERSIH dahulu.

5. Ahli Parlimen PAS yang membahaskan RUU ini ialah YB Kota Bharu, YB Kubang Kerian, YB Kuala Nerus, YB Pasir Mas, YB S*k dan YB Pasir Puteh.
Kesemua 18 orang Ahli Parlimen PAS yang diketuai oleh YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hadir ketika sesi pengundian pada lewat petang tadi.

6. Semoga undian bersejarah ini menjadi bukti nyata bahawa PAS mengiktiraf dan menghargai suara anak muda dengan memberi kepercayaan kepada mereka yang berumur 18 tahun layak untuk mengundi bagi menentukan hala tuju masa hadapan negara kita yang tercinta ini.

7. Buat Kerajaan PH, harapnya tidak segan dan malu untuk berterima kasih kepada Pembangkang yang sanggup mengenepikan sentimen politik kepartian bagi meluluskan pindaan Perlembagaan ini.
Pembangkang menzahirkan kematangan dalam politik kerana tahu peri-pentingnya RUU ini dan bukan hanya pandai membangkang setiap masa.
Negara yang aman, makmur dan stabil hanya akan dapat dicapai sekiranya kedua-belah pihak bersedia untuk bersatu hati dalam perkara yang baik dan berperanan sebagai check and balance dalam sistem demokrasi berparlimen ini.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
16 Julai 2019

Minda Presiden PASISLAM REALISASI PERPADUAN UMATSemua pihak menguar-uarkan ucapan perpaduan sehingga menjadi slogan perj...
13/07/2019

Minda Presiden PAS

ISLAM REALISASI PERPADUAN UMAT

Semua pihak menguar-uarkan ucapan perpaduan sehingga menjadi slogan perjuangan masing-masing yang hanya berpandukan akal dan selera perasaan. Semuanya berniat baik tetapi tidak mencapai tujuannya yang sebenar.

Ada yang fanatik bangsa dan baka atau ideologi dan agama, ada yang bercelaru kemajmukannya sehingga bercita-cita menghapuskan bangsa dan bahasa sendiri tanpa pendekatan yang menyelesaikan pertelingkahan, dan ada yang berkisar dalam kawasan sempadan wilayah dan kepentingan politik dan ekonomi sahaja.

Kita menyaksikan di negara kita ini, perjuangan parti politik dan NGO yang menaja cara perpaduan mengikut acuan masing-masing, sama ada berteraskan kebangsaan fanatik tanpa peduli masyarakat majmuk, atau berteori menghapuskan kebangsaan masing-masing ala 'Malaysian Malaysia'. Ada yang telah menubuhkan parti dan berkubur dalam lipatan sejarah dan ada yang menunjukkan tanda kelemahan menunggu gilirannya berkubur.

Walaupun teorinya pernah menegakkan negara besar, namun berkecai dan terserlah tanda merudum, meskipun penajanya bergelar ahli falsafah, tokoh akademik dan ahli politik yang dianggap tersohor. Puncanya adalah penyelesaian yang tidak menepati fitrah kejadian manusia.

Kesemuanya itu berakhir tidak mampu merealisasikan perjuangan ke alam nyata, atau tidak berdaya menjadikan teorinya suatu kenyataan yang berpijak di bumi kenyataan.

Kesemuanya berprinsipkan ideologi sekularisme yang meninggalkan peranan agama, atau agama yang tidak melengkapi petunjuk dalam seluruh cara kehidupan manusia ciptaan Allah ini, atau agama ciptaan yang telah diselewengkan daripada hidayah Allah Tuhan Pencipta alam semesta.

Bagi penganut Islam yang menghayati solat mampu memahaminya kalau mengkaji secara mendalam ucapan yang dilafazkan setiap rakaat solat:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2)

“Segala puji bagi Allah, Rabb (Pencipta, Pemilik dan Pentadbir) alam semesta”. (Surah Al-Fatihah: 2)

Perkataan Allah yang bermaksud Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan hanya kepada-Nya beribadah (diperhambakan diri dalam ibadah dan hukum syariat cara hidup). Rabb juga bermaksud Tuhan Yang Maha Esa Pencipta, yang memiliki dan Pengurus Alam Semesta. Dalam pengajian akidah Islam, pertama itu disebut dengan Tauhid Uluhiyyah dan kedua disebut dengan Tauhid Rububiyyah.

Kepercayaan kepada adanya Tuhan Pencipta Alam menjadi fitrah manusia sejagat. Kita menyaksikan kehancuran teori menolak adanya Tuhan dan merudumnya teori percaya kepada Tuhan tetapi mahu membebaskan dirinya daripada Tuhan dalam urusan dunia.

Setiap makhluk itu ada peraturan dan undang-undangnya sendiri secara tabii atau fitrah, dan mengikut kemampuan kejadiannya. Maka Allah Yang Maha Rahmat itu tidak membiarkan begitu sahaja tanpa petunjuk dalam perkara di luar kemampuan jasad, roh dan akal. Oleh itu, ditetapkan sempadan halal dan haram, di samping adanya pilihan supaya tidak melampaui batas fitrahnya.

Bagi makhluk manusia juga ada petunjuk dan peraturannya yang tersendiri, termasuk bagi melaksanakan tujuan hidup bermasyarakat yang mewajibkan perpaduan yang sebenar.

Allah meletakkan batas dengan mewajibkan perpaduan dalam perkara kebaikan kepada semua. Allah juga mengharamkan perpaduan yang bertujuan merosakkan manusia dan alam sekelilingnya, dan diharuskan berbeza pendapat dalam perkara berbeza tanpa merosakkan kehidupan dengan sempadan supaya tidak melampau. Inilah dinamakan Rahmatan Lil Alamin, bukannya boleh melakukan apa sahaja yang merosakkan diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling.

Firman Allah:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (2)

“Bertolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan serta takwa dan jangan bertolong menolong dalam perkara dosa serta permusuhan, dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah itu sangat keras balasannya”. (Surah al-Maa’idah: 2)

Makhluk manusia ini adalah satu daripada alam makhluk ciptaan Allah yang ditadbir dan diurus dengan petunjuk-Nya, serta kemampuan akal dan pengalaman mengikut sempadan kemampuannya. Setiap makhluk itu ditetapkan fitrah yang tetap dan sifatnya yang berubah.

Dalam diri makhluk manusia, ada perkara yang sama dan ada p**a yang berbeza atau berlainan sesama mereka. Apatah lagi dengan makhluk lain dari segi fitrah dan sifatnya. Maka menyatukan manusia itu berbeza dengan menyatukan makhluk lain, walaupun sifatnya bermasyarakat yang mewajibkan adanya perpaduan kemanusiaan sejagat, namun terdapat perbezaan dalam banyak perkara yang tidak mungkin dihapuskan dan perlu adanya penyelesaian.

Peranan manusia dan hikmah kejadiannya juga berbeza dengan makhluk yang lain. Maka perpaduan makhluk manusia ini tidak boleh disamakan dengan mengumpulkan sekawan binatang yang sama jenisnya dalam satu kandang atau padang ragut sekadar mengagih makanan dan minuman yang mencukupi dan mengadakan pasangannya sekadar memuaskan nafsu. Perpaduan manusia juga tidak seperti menyatukan batu bata dan kayu kayan yang tidak bergerak bagi membina satu bangunan.

Dalam beberapa tulisan saya telah ditegaskan bahawa makhluk manusia bercirikan jasad, akal, roh, hidup bersendirian dan bermasyarakat yang mewajibkan berkump**an dan perpaduan tanpa dinafikan sesekali.

Manusia yang bersifat kedirian dan bermasyarakat ini boleh disatukan dalam tugas memakmurkan bumi yang mewajibkan mereka berhubungan di antara satu sama lain dalam kehidupan duniawi.

Bagi menghasilkan keperluannya, maka Al-Quran menegaskan konsep yang dinamakan taaruf. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu bertaaruf (berkenal-kenalan, beramah mesra, bertolong menolong antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah al-Hujuraat: 13)

Para ulama’ mentafsirkan perkataan taaruf itu dengan kerjasama memakmurkan bumi, kerana kepelbagaian kebolehan, kemampuan, hasil dan segala keperluan kehidupan manusia yang wajib dilaksanakan secara kolektif yang bersifat kemasyarakatan sejagat.

Tegasnya Islam mewajibkan perpaduan manusia bersifat sejagat kerana ciri fitrahnya bermasyarakat. Maka Islam menegaskan ciri kemasyarakatan masyarakat madani yang lebih mencakupi maknanya daripada istilah 'civil society'.

Pengertian masyarakat madani mengikut istilah Barat, adalah suatu masyarakat yang beradab dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, masyarakat demokratis, maju dan menguasai ilmu pengetahuan, dan teknologi.

Ibnu Khaldun ialah tokoh paling ulung memperkenalkan huraian masyarakat madani dalam Bahasa Arab yang menjadi perkataan asalnya dengan takrif yang lebih luas merangkumi segala aspek yang disebut jami’ dan mani’ dalam ilmu mantik.

Masyarakat madani bermaksud seluruh manusia itu wajib berhubungan dan bertolongan di antara satu sama lain bagi memenuhi segala keperluan kehidupan mereka dalam segala aspek.

Rasulullah S.A.W. telah mempraktikkannya mengikut petunjuk Al-Quran, apabila menubuhkan negara yang dinamakan Madinah, diterjemahkan kemudiannya dengan bandar, tempat berkumpulnya masyarakat sekitar yang beribadat kepada Allah dengan mendirikan masjid dan mengadakan pasar bagi dikumpulkan pelbagai hasil kerja dan kemahiran yang diperniagakan di Pasar Madinah, melibatkan rakyat pelbagai kaum dan agama, diuruskan dalam sistem politik, ekonomi, pendidikan dan sosial, bercirikan sebuah negara masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Islam yang dikawal oleh ciri-ciri akidah iman, undang-undang, akhlak, serta amar makruf dan nahi mungkar.

Maka diwujudkan perpaduan umat manusia yang satu dari segi kemanusiaannya, serta ditangani ciri perbezaan agama dan bangsa, semuanya disimpulkan dalam Piagam Madinah yang terkenal bagi membentuk sebuah negara bermasyarakat majmuk yang berpijak di bumi kenyataan, bukannya seperti teori republik yang diimpikan oleh Plato dan murid-muridnya dahulu dan sekarang yang tidak pernah terbukti di alam nyata.

Rasulullah S.A.W. memulakan asasnya dengan perpaduan umat Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar, Arab dan bukan Arab, daripada kalangan individu yang mendukung akidah negara dengan prinsip beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta konsep bertakwa dan adil terhadap semua. Mereka ini dipersaudarakan dengan ikatan iman dan takwa bagi melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia, berpandukan firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (8) وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ (9)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(8); Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar”. (9) (Surah al-Maa’idah: 8-9)

Seterusnya diwajibkan hubungan kemanusiaan, walaupun berbeza agama dengan konsep keadilan untuk semua yang diwajibkan oleh iman yang ada perhitungan dosa dan pahala serta hukuman di dunia sehingga selepas kematian dan hidup semula pada Hari Akhirat. Bukan sekadar kawalan undang-undang manusia yang paling banyak kelemahannya dan pendek wawasannya.

Konsep Islam ini mampu mengatasi penyakit yang merosakkan perpaduan masyarakat yang tidak mungkin dihapuskan cabarannya. Keadilan Islam secara mutlak juga merangkumi segala aspek kehidupan manusia dalam semua haknya bukan sahaja aspek kehakiman seperti disalahfahamkan.

Seterusnya diwajibkan hubungan silaturahim kekeluargaan walaupun berbeza agama, berpandukan firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (1)

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu”. (Surah an-Nisa’: 1)

Firman Allah:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (14) وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ (15)

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan. Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14); Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku (Allah) sesuatu yang engkau jahil (lain daripada Allah) - tidak mengetahui sungguh ada-Nya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka dalam urusan dunia (kehidupan) dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan”. (15) (Surah Luqman: 14-15)

Ayat ini menunjukkan kewajipan memelihara hubungan keluarga (silaturahim) termasuk hubungan dengan keluarga bukan Islam, dengan ketegasannya terus beristiqamah bersama Islam dan ajarannya.

Keluarga itu ditafsirkan oleh Rasulullah S.A.W. sehingga asal usul yang bersejarah, apabila mengarahkan berwasiat kepada para sahabatnya supaya berlaku baik terhadap penduduk Mesir, sekiranya mereka masuk memerintahnya secara khusus, kerana neneknya bernama Hajar, ibu Nabi Ismail berasal daripada Mesir yang telah berlalu beberapa abad dan melahirkan bangsa-bangsa yang berlainan. Ini menunjukkan hubungan rumpun pelbagai bangsa juga perlu diambil kira.

Maka untuk merealisasikan perpaduan berkonsepkan Islam mengikut situasi dan realiti Malaysia terkini, hendaklah menegaskan konsep Islam memimpin berteraskan Melayu Islam yang beriman dan budiman, bukannya Melayu sembarangan. Seterusnya hubungan masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama berteraskan Islam menjadi akidah dan konsep kemanusiaan sejagat, adil terhadap semua dan hubungan silaturahim kemanusiaan yang bermasyarakat madani.

Inilah kunci kejayaan yang menjadikan masyarakat Melayu beragama Islam tidak bermasalah terhadap kaum lain, maka sepatutnya pelbagai kaum dalam negara ini juga tidak khuatir dan bimbang terhadap konsep Islam memimpin.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Zulkaedah 1440 / 13 Julai 2019

Address

Kampung Jeli

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penyelidikan PAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share