Pemuda PAS Iskandar Puteri

Pemuda PAS Iskandar Puteri Page Rasmi Dewan Pemuda Pas Iskandar Puteri, Johor.

Dear All..
12/08/2026

Dear All..

PANGGILAN SEGERA buat pemilik darah jenis O dan AB.

Kami memerlukan bantuan anda untuk hadir menderma darah dalam tempoh terdekat memandangkan keperluan bagi kedua-dua darah jenis ini agak tinggi buat masa ini.

Sila dapatkan lokasi pendermaan yang bersesuaian dengan anda di posting kami sebelum ini atau di page kami, Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru(pinned post).

Perhatian dan jasabaik anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.

11/08/2026

Kenyataan Media

Sidang khas Parlimen hari ini yang hanya melibatkan sesi penerangan menteri berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji amat mengecewakan, terutamanya apabila ia berlangsung tanpa sebarang usul, ketetapan, mahupun proses pengundian.

Lebih menyedihkan, Perdana Menteri yang dengan sendiri meminta diadakan Mesyuarat Khas ini gagal hadir bagi menjawab persoalan penting dan mewujudkan proses akauntabiliti yang telus. Kegagalan ini menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang, yang telah bersedia sepenuhnya untuk membahaskan isu rakyat ini, memohon agar sidang berkenaan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri sendiri dapat hadir bagi memastikan proses tanggungjawab (accountability) dapat dilaksanakan.

Isu ini turut dibayangi oleh prosedur pembentangan laporan yang ganjil. Lazimnya,
sesebuah laporan RCI perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu di bawah terma embargo sebelum didedahkan kepada umum. Namun, bagi kes RCI Tabung Haji, laporan tersebut telah didedahkan kepada umum terlebih dahulu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

Langkah terbalik ini jelas menunjukkan bahawa perbahasan di dalam Dewan kini tidak
lagi mempunyai perbezaan ketara berbanding perbahasan di luar Parlimen, melainkan jika Perdana Menteri hadir secara langsung untuk mempertahankan laporan tersebut di hadapan wakil-wakil rakyat.

Pihak pembangkang menegaskan bahawa institusi Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat "penerangan sehala" tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna demi kepentingan pencarum Tabung Haji dan integriti kewangan negara.

DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN
KETUA WHIP
AHLI PARLIMEN PERIKATAN NASIONAL
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026

11/08/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

11 Ogos 2026 | 28 Safar 1448H

JANGAN PUTAR SEJARAH! JANGAN SAMAKAN KHILAF POLITIK DENGAN AKIDAH!

Pemuda PAS Johor mengambil maklum kenyataan yang cuba menggambarkan pendirian Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkaitan hubungan PAS-UMNO sebagai “permainan politik”, selain melabel beliau sebagai “penghukum agama” dan mendakwa kononnya PAS menyamakan Islam dengan parti.

Kami berpandangan bahawa kenyataan sedemikian bukan sahaja gagal memahami konteks sejarah dan politik, malah cuba mengheret perbahasan politik kepada tuduhan yang tidak berasas.

1) Khilaf tidak bermaksud menggadaikan prinsip.

Pada 24 Julai 2026, Presiden PAS menjelaskan bahawa perselisihan PAS dan UMNO sebelum ini adalah berkaitan perkara cabang dan pendekatan, manakala soal dasar perjuangan tidak dianggap sebagai perbezaan yang sama sifatnya. Presiden PAS turut menjelaskan bahawa kerjasama politik semasa bukanlah suatu “sandiwara”.

Persoalannya, mengapa kenyataan tersebut mahu diputar seolah-olah PAS telah meninggalkan prinsip perjuangan?

Dalam politik, berbeza pendekatan tidak bermakna bermusuh selama-lamanya. Malah, Islam sendiri mengajar umatnya mencari titik persamaan, melakukan islah dan membina perpaduan apabila terdapat ruang untuk berbuat demikian.

Kalau dahulu berlaku perselisihan, tidak salah untuk mengakui bahawa terdapat perkara yang boleh disepakati pada hari ini. Itulah kematangan politik.

2) Perlembagaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup perbezaan dasar.

Kami juga mengambil perhatian terhadap hujah bahawa DAP menyokong Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak wajar dipersoalkan pendiriannya terhadap Islam.

Pemuda PAS Johor tidak pernah menafikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Namun, mengakui Perlembagaan dan perbezaan tafsiran terhadap dasar serta hala tuju negara adalah dua perkara yang berbeza.

Maka, perbahasan mengenai Islam, Melayu, Perlembagaan dan masa depan negara tidak boleh diselesaikan dengan hujah mudah: “DAP sokong Perlembagaan, maka semuanya selesai.”

Politik perlu dinilai berdasarkan dasar, pendirian, tindakan dan rekod, bukan semata-mata slogan.

3) PAS tidak pernah mendakwa Islam itu milik PAS.

Dakwaan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadikan “Islam itu PAS, PAS itu Islam” adalah satu generalisasi yang tidak bertanggungjawab.

PAS ialah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan. Islam p**a bukan milik mana-mana parti politik.

Dalam masa yang sama, menjadi tanggungjawab PAS untuk menyatakan pendirian apabila sesuatu dasar atau tindakan dilihat bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkan. "Itu bukan bermaksud mengambil alih kerja Tuhan."

Sebaliknya, menilai dasar dan memperjuangkan apa yang diyakini benar adalah sebahagian daripada hak serta tanggungjawab dalam politik.

4) Kritik dengan fakta, bukan serangan peribadi.

Pemuda PAS Johor menegaskan bahawa kritikan terhadap mana-mana pemimpin adalah hak dalam demokrasi.

Namun, kritikan hendaklah dibuat dengan fakta dan hujah, bukan dengan melabel, memutar sejarah atau membuat kesimp**an terhadap niat seseorang.

Jika mahu mengkritik kerjasama PAS dan UMNO, kritiklah dasar serta kesannya kepada rakyat.

Jika mahu mempertahankan DAP, jelaskan pendirian dan dasar DAP secara terbuka.

Jangan kerana mahu menyerang seorang tokoh politik, sejarah p**a diputar dan perbezaan politik ditukar menjadi tuduhan terhadap agama.

Kami percaya bahawa politik yang matang ialah politik yang mampu berbeza tanpa bermusuh, berunding tanpa menggadaikan prinsip dan berdamai tanpa melupakan sejarah.

Berbeza pandangan bukan lesen halal untuk memfitnah. Berbeza politik bukan alasan untuk memutar sejarah. Kritiklah dengan fakta, hujah dan adab.

Mohd Ridhwan Salamun
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

06/08/2026

Siapa sangka, wajah PMX dipalitkan dengan ‘sakau’ oleh Ahli Parlimen PKR sendiri.

“𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 ‘𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂’ 𝗥𝗠𝟯 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗞𝗥 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗮𝘆𝗮?”

Caption hantaran YB Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Nada keras ini bukan datang daripada pembangkang.

Sebaliknya daripada wakil rakyat PKR, parti yang dipimpin oleh PMX sendiri.

Lee mendakwa peruntukan parlimen Petaling Jaya disekat.
Baki peruntukan RM3 juta untuk rakyat PJ p**a tidak lagi disalurkan melalui Ahli Parlimen yang dipilih.

Lebih mengejutkan, dikepilkan tangkapsiar Whatsapp berkait permohonan ICU bagi kerja kecil dan sumbangan kewangan boleh dirujuk kepada Ketua Cabang PKR Petaling Jaya.

Persoalannya, Sejak bila wang rakyat boleh diurus melalui saluran parti?
Apakah peruntukan parlimen boleh dipindahkan sewenang-wenangnya dan sudah menjadi dana politik?

MP Ampang, YB Rodziah Ismail juga alami perkara sama.
Akses peruntukan parlimennya disekat

Rakyat Ampang memilih Rodziah Ismail sebagai Ahli Parlimen.
Namun SUPOL Perdana Menteri dilantik sebagai penyelaras dan menguruskan peruntukan parlimen.

Lebih awal daripada itu, pada Mei lalu MP Subang, YB Wong Chen talah memaklumkan bahawa akses Portal MyKHAS pejabatnya telah disekat.
Tetapi tiada sebarang maklumat kepada siapa peruntukan Parlimen Subang disalurkan.

Setidaknya parlimen mereka bertiga menerima peruntukan lebih dari 3 tahun. Namun semua MP pembangkang (selain 6 MP Bersatu yang sokong PMX) langsung tidak menerima peruntukan parlimen seawal Anwar menjadi PMX sehingga sekarang.

Sedia maklum bahawa MP Subang, Ampang dan Petaling Jaya adalah MP PKR yang tidak sehaluan dengan PMX.
Kini terbukti bahawa peruntukan dikawal berdasarkan kesetiaan politik dan dijadikan senjata politik oleh PMX.

Malangnya, yang menjadi mangsa bukan Ahli Parlimen.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat.
Kanak-kanak, warga emas dan golongan miskin yang memerlukan bantuan.

Sedangkan kesemua wakil rakyat yang dipilih secara sah.
Demokrasi bukan sekadar mengadakan pilihan raya.
Demokrasi juga bermaksud menghormati keputusan rakyat selepas pilihan raya.

Maka rakyat mesti bertanya,
Ke mana PMX nak bawa negara tercinta ini?

Semangat federalisme tidak dihormati.
Pilihan rakyat melalui saluran demokrasi dicabuli.

Ogos yang sinonim dengan bulan patriotisme.
Kini dicemari oleh “reformati” PMX yang tidak berkesudahan.

Cc gambar kepada MP Petaling Jaya,
YB Lee Chean Chung

05/08/2026

SALAM TAKZIAH

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kamarool Hj Yusoff (Cik Man) yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi saat kehilangan ini.

اِنَّا لِلّهِ وَاِنَّـا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Al-Fatihah.

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

01/08/2026

KENYATAAN MEDIA

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin, dan stabil.

PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, para calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya.

"KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Safar 1448 / 1 Ogos 2026

01/08/2026
AlhamdulillahTahniah tuan Hj Kamarol Ridzuan
01/08/2026

Alhamdulillah
Tahniah tuan Hj Kamarol Ridzuan

01/08/2026

Ya Allah, berikanlah KEMENANGAN buat PN & BN di Negeri Sembilan hari ini.
Allahumma Ameen🤲🏼

Address

Pejabat Pemuda Pas Iskandar Puteri
Kampung Kangkar Pulai

Telephone

+60146123324

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Iskandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share