Perpustakaan Desa TMN Seri Damai Kuala Muda

Perpustakaan Desa TMN Seri Damai Kuala Muda WAKTU PERKHIDMATAN :-

ISNIN - JUMAAT
9.30 PAGI - 6.00 PETANG

DITUTUP PADA :-

SABTU,AHAD, DAN HARI KELEPASAN AM

21/08/2026

KPI boleh dikejar.
Rating boleh diperbaiki.
Audit boleh disediakan.

Tetapi bila staf sudah terlalu penat, hilang motivasi dan mula membawa tekanan kerja pulang ke rumah, itu bukan perkara kecil.

Prestasi penting.

Tetapi manusia yang menghasilkan prestasi itu jauh lebih penting.

Tempat kerja yang sihat bukan hanya mengejar pencapaian, tetapi tahu bila perlu memberi ruang kepada staf untuk bernafas ❤️

21/08/2026
21/08/2026
20/08/2026
🌹AKTIVITI MAYA (20/08/2026)Jawab Soalan Kuiz di ruangan komen dibawah 👇Kuiz Maulidur RasulTerima kasih yang jawab🥰
20/08/2026

🌹AKTIVITI MAYA (20/08/2026)
Jawab Soalan Kuiz di ruangan komen dibawah 👇
Kuiz Maulidur Rasul
Terima kasih yang jawab🥰





📚ULASAN BUKU 12/08/2026MAT KILAU – PAHLAWAN PAHANGTajuk Buku: Mat Kilau – Pahlawan PahangPenulis: Abdul Latip TalibGenre...
12/08/2026

📚ULASAN BUKU 12/08/2026

MAT KILAU – PAHLAWAN PAHANG

Tajuk Buku: Mat Kilau – Pahlawan Pahang
Penulis: Abdul Latip Talib
Genre: Novel Sejarah Melayu
Harga: RM40.00 (Semenanjung Malaysia)

Sinopsis

Buku Mat Kilau – Pahlawan Pahang mengisahkan perjuangan seorang tokoh pahlawan Melayu yang terkenal dari Pahang, iaitu Mat Kilau. Beliau dikenali sebagai seorang pejuang yang berani menentang penjajahan demi mempertahankan tanah air dan maruah bangsa.

Kisah ini turut menyentuh tentang berita kemunculan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Mat Kilau pada tahun 1969. Peristiwa tersebut menarik perhatian masyarakat dan pemimpin negara. Kisah perjuangan serta jasa Mat Kilau kemudiannya menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan rakyat Pahang menentang penjajahan.

Ulasan

Buku ini sangat menarik kerana membawa pembaca mengenali sejarah perjuangan Mat Kilau dengan lebih dekat. Penulis menggunakan gaya penceritaan novel sejarah yang mudah difahami dan sesuai untuk pembaca yang ingin mengetahui kisah tokoh-tokoh perjuangan tanah air.

Melalui buku ini, pembaca dapat memahami bahawa perjuangan mempertahankan negara memerlukan keberanian, ketabahan dan semangat yang tinggi. Kisah Mat Kilau juga dapat menyemai rasa cinta akan tanah air serta menghargai pengorbanan para pahlawan terdahulu.

Nilai dan Pengajaran

Antara nilai yang dapat dipelajari ialah:

1. Keberanian – berani mempertahankan tanah air daripada ancaman penjajah.
2. Semangat patriotisme – mencintai negara dan sanggup berkorban demi tanah air.
3. Kegigihan – tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
4. Kesetiaan – setia kepada bangsa, agama dan tanah air.
5. Menghargai sejarah – mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan terdahulu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Mat Kilau – Pahlawan Pahang merupakan sebuah buku yang sesuai dibaca oleh masyarakat, khususnya generasi muda. Buku ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberikan pengetahuan tentang sejarah perjuangan seorang pahlawan Melayu.

Boleh dapatkan buku tersebut di PD Tmn Seri Damai

🌹AKTIVITI MAYA (11/08/2026)Jawab Soalan Kuiz di ruangan komen dibawah 👇Kuiz Bertema "KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISME" 🇲🇾Teri...
11/08/2026

🌹AKTIVITI MAYA (11/08/2026)
Jawab Soalan Kuiz di ruangan komen dibawah 👇
Kuiz Bertema "KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISME" 🇲🇾
Terima kasih yang jawab🥰





05/08/2026

Keratan Akhbar 31 Julai 2026
Sumber : Bernama News

RAKYAT PULAU PINANG DISERU SEMARAKKAN PERPADUAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN - CHOW
Berita Dalam Negeri | 31/07/2026 | Author: SITI AZILA BINTI ALIAS | Others |
BUKIT MERTAJAM, 31 Julai (Bernama) -- Rakyat Pulau Pinang diingatkan supaya menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai wadah memperkukuh perpaduan serta mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Bulan Kebangsaan ialah tempoh penting untuk rakyat memperbaharu tekad sebagai warganegara yang bangga akan Malaysia, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan patriotisme.

“Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang merupakan acara yang amat penting kerana dalam tempoh ini kita membaharui tekad sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan negara kita sendiri, menunjukkan kebersamaan, semangat perpaduan dan memperbaharu iltizam untuk membawa negara ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Chow menyeru semua pihak termasuk pemimpin dan parti politik supaya mengutamakan semangat perpaduan serta mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mempersoalkan kesetiaan rakyat kepada negara.

Beliau berkata Malaysia tidak mampu berdepan dengan tindakan yang boleh menggugat perpaduan, justeru rakyat perlu menumpukan usaha menyemarakkan semangat perpaduan, meningkatkan kesetiaan kepada negara dan raja serta menggembleng tenaga bagi membangunkan negara.

Sementara itu, Chow turut menyeru seluruh rakyat di negeri ini supaya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan, pejabat dan kenderaan masing-masing sepanjang Bulan Kebangsaan sebagai lambang perpaduan serta semangat cinta akan negara.

“Patriotisme tidak boleh bermusim, tetapi perlu hidup dalam tindakan harian, iaitu melalui integriti dalam tugas, memelihara perpaduan dan menyumbang kepada negeri mengikut peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memperkukuh pembangunan berteraskan inovasi, transformasi digital, kecerdasan buatan, teknologi pintar dan kelestarian selaras dengan Visi Penang2030 bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi serta memastikan manfaat kemakmuran dapat dinikmati semua lapisan rakyat.

Terdahulu, Chow menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil agensi kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta sebagai simbolik menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, sebelum melepaskan Konvoi Jalur Gemilang Negeri Pulau Pinang yang disertai 18 agensi bermula dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah menuju ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.



-- BERNAMA

TAG: Chow Kon Yeow, Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang, Visi Penang2030, perpaduan

SABA FBP IFI HAZ

Send a message to learn more

05/08/2026

Lepas buka kicap, anda letak di mana?

Atas meja makan, tepi dapur atau terus masuk peti sejuk?

Ramai orang anggap semua kicap dan sos boleh dibiarkan pada suhu bilik selepas dibuka.

Sebenarnya, cara simpan bergantung pada jenis produk dan arahan pada label.

Kicap biasa biasanya lebih stabil kerana kandungan garam yang tinggi. Ia boleh disimpan di tempat sejuk, kering dan jauh daripada cahaya matahari. Namun, peti sejuk membantu mengekalkan rasa, warna dan kualiti lebih lama.

Bagi sos cili, sos tomato, sos tiram, sos BBQ dan kebanyakan sos campuran, peti sejuk ialah pilihan yang lebih baik selepas dibuka, terutama jika label menyatakan “simpan dalam peti sejuk selepas dibuka”.

Yang penting:

• Baca arahan pada label
• Tutup botol dengan rapat
• Gunakan sudu bersih dan kering
• Bersihkan muncung botol yang comot
• Jangan campurkan air ke dalam sos

Buang jika sudah berkulat, berbau pelik, berbuih luar biasa, berubah warna atau botol mengembung.

Bukan tarikh luput sahaja yang penting.

Cara kita menyimpan makanan selepas dibuka juga menentukan berapa lama ia kekal baik.

Public Health Malaysia

🌹AKTIVITI MAYA (04/08/2026)Jawab Soalan Kuiz di ruangan komen dibawah 👇Kuiz Bertema "KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISME" 🇲🇾Teri...
04/08/2026

🌹AKTIVITI MAYA (04/08/2026)
Jawab Soalan Kuiz di ruangan komen dibawah 👇
Kuiz Bertema "KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISME" 🇲🇾
Terima kasih yang jawab🥰





Address

Kampung Kuala Muda

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa TMN Seri Damai Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category