YB Dato' Hj Najmi Hj Ahmad

YB Dato' Hj Najmi Hj Ahmad FB Rasmi Adun Kupang - Segalanya di sini

DANA SUMBANGAN RAKYAT UNTUK BIAYAI KOS MAHKAMAH ISU PENGHARAMAN JUDIAda perjuangan yang tidak mampu diukur dengan wang r...
15/08/2026

DANA SUMBANGAN RAKYAT UNTUK BIAYAI KOS MAHKAMAH ISU PENGHARAMAN JUDI

Ada perjuangan yang tidak mampu diukur dengan wang ringgit. Ada pendirian yang tidak boleh dinilai hanya dengan kalah atau menang.

Dengan hati yang penuh terharu dan sebak, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta NGO yang tampil menghulurkan sokongan bagi membantu membiayai kos prosiding Mahkamah bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah dalam isu penguatkuasaan larangan perjudian di seluruh kawasan PBT Negeri Kedah.

Saat perjuangan diuji, rakyat hadir menjadi kekuatan.
Saat langkah terasa berat, rakyat menghulurkan tangan.

Sumbangan ini bukan sekadar wang.

Ia adalah tanda hati.
Ia adalah tanda kasih.
Ia adalah tanda bahawa perjuangan ini tidak berdiri sendirian.

Pejabat YAB Menteri Besar Kedah telah memberi persetujuan agar Yayasan Kedah Sejahtera (YKS) bertindak sebagai pengumpul dana.

YAYASAN KEDAH SEJAHTERA
AFFIN ISLAMIC
No. Akaun: 1052 3001 0286

Tidak kira besar atau kecil nilainya, setiap sumbangan amat kami hargai.

Mungkin bagi kita hanya beberapa ringgit, tetapi dalam sebuah perjuangan, ia adalah tanda bahawa kita pernah berdiri bersama.

Di saat perjuangan ini diuji, kalian hadir bukan sekadar dengan sumbangan, tetapi dengan hati dan harapan.

Semoga Allah SWT membalas setiap keikhlasan dengan sebaik-baik ganjaran.

β€œπŠπ”ππ€ππ† 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππˆπŠπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€β€







πŸ“π‹πˆπŠπ„β–ͺοΈπ‚πŽπŒπŒπ„ππ“β–ͺοΈπ’π‡π€π‘π„πŸ“

14/08/2026

KEDAH BELUM KALAH

Hari ini, kita mungkin tewas pada keputusan,
tetapi jangan biarkan keputusan itu
menewaskan perjuangan.

Kerana yang kita pertahankan bukan sekadar sehelai lesen,
tetapi soal apa yang mahu kita izinkan hidup di bumi Kedah.

Kita tidak mahu lesen judi terus diberi.
Kita tidak mahu lesen judi terus diperbaharui.
Kita tidak mahu perjudian menjadi sesuatu yang biasa
di tengah-tengah kehidupan rakyat.

Di sebalik sebuah lesen,
mungkin ada keluarga yang kehilangan damai,
ada anak yang menanggung luka,
ada kehidupan yang perlahan-lahan musnah
kerana perjudian.

Sebab itu kita berdiri.

Bukan kerana benci kepada sesiapa,
tetapi kerana terlalu sayang kepada Kedah.

Jika hari ini jalan kita disekat,
kita tidak akan berhenti berjalan.

Jika satu pintu tertutup,
kita akan mencari jalan yang masih dibenarkan.

Kerana kebenaran yang kita yakini tidak gugur
hanya kerana sebuah keputusan.

Mungkin kita tidak menang hari ini.
Mungkin perjuangan ini masih panjang.

Tetapi biarlah anak cucu kita kelak tahu,
pernah ada satu generasi yang berdiri,
yang tidak sanggup melihat lesen judi
terus berakar di bumi Kedah.

-Najmi Ahmad-

_β€œKUPANG SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”_







πŸ“LIKEβ–ͺ️COMMENTβ–ͺ️SHAREπŸ“

Elok nak sampai ja ke rumah, terlihat air mencurah di tepi jalan. Ada paip SADA yang pecah, hati terus tergerak untuk be...
14/08/2026

Elok nak sampai ja ke rumah, terlihat air mencurah di tepi jalan. Ada paip SADA yang pecah, hati terus tergerak untuk berhenti, melihat dan mencari jalan untuk membuat laporan.

Rupanya… paip SADA yang menyalurkan air ke rumah sendiri yang pecah.

Tersenyum sendiri mengenang cerita kecil hari ini.
Belum sempat sampai ke rumah, sudah ada satu urusan yang meminta perhatian.

Begitulah hidup… kadang-kadang kita berhenti kerana menyangka masalah itu milik orang lain, rupanya Allah sedang mengajar kita bahawa setiap masalah yang hadir di depan mata, ada bahagian tanggungjawab yang perlu kita sempurnakan.

Yang penting, jangan hanya melihat air yang mengalir…
lihat juga amanah yang mengalir bersama setiap ujian.

_β€œKUPANG SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”_







πŸ“LIKEβ–ͺ️COMMENTβ–ͺ️SHAREπŸ“

Usai bermesyuarat, mendapat khabar banjir kilat di Kampung Landak.Terus ke sana meninjau keadaan bersama MKK Kampung Lan...
14/08/2026

Usai bermesyuarat, mendapat khabar banjir kilat di Kampung Landak.

Terus ke sana meninjau keadaan bersama MKK Kampung Landak, melihat sendiri situasi penduduk yang terkesan akibat limpahan air.

Moga hujan segera reda, air cepat surut dan keadaan kembali seperti sediakala.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk masalah ini, agar keresahan penduduk tidak berpanjangan dan segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

_β€œKUPANG SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”_







πŸ“LIKEβ–ͺ️COMMENTβ–ͺ️SHAREπŸ“

Jumaat | 14 Ogos 2026 | 3.00 PetangSetiap perjalanan yang besar, bermula dengan langkah yang disusun bersama.Setiap aman...
14/08/2026

Jumaat | 14 Ogos 2026 | 3.00 Petang

Setiap perjalanan yang besar, bermula dengan langkah yang disusun bersama.
Setiap amanah yang dipikul, memerlukan kesepakatan dan perbincangan yang matang.

Hari ini saya hadir ke Mesyuarat Khas JPrD Kupang bersama PKWR DUN Kupang.

Kerana organisasi bukan sekadar tentang jawatan dan peranan, tetapi tentang amanah yang perlu ditunaikan, hati yang perlu disatukan dan gerak kerja yang perlu diselaraskan.

Biar setiap keputusan lahir daripada perbincangan,
setiap langkah berpijak pada amanah,
dan setiap usaha akhirnya kembali kepada satu tujuan berkhidmat untuk rakyat dengan sebaik-baiknya.

Bersama menyusun langkah, bersama menggalas amanah. 🌿

β€œπŠπ”ππ€ππ† 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππˆπŠπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€β€







πŸ“π‹πˆπŠπ„β–ͺοΈπ‚πŽπŒπŒπ„ππ“β–ͺοΈπ’π‡π€π‘π„πŸ“

Hari ini Allah lebih menyayanginya…Baru semalam, PKWR hadir membawa katil hospital dan mesin oksigen, sebagai ikhtiar ke...
14/08/2026

Hari ini Allah lebih menyayanginya…

Baru semalam, PKWR hadir membawa katil hospital dan mesin oksigen, sebagai ikhtiar kecil untuk membantu meringankan derita yang ditanggung.

Namun hari ini, pada Jumaat yang mulia, Allah menjemputnya p**ang.

Semalam kita berusaha memberikan keselesaan,
hari ini Allah memberikan ketenangan yang tiada lagi kesakitan.

Begitulah rahsia sebuah kehidupan.
Kita menyangka masih ada hari esok,
rupanya Allah telah menetapkan pertemuan yang lebih indah di alam sana.

Pergilah dengan tenang, wahai insan yang kami kasihi.
Semoga setiap sakit yang dilalui menjadi penghapus dosa, setiap sabar menjadi pahala, dan setiap hela nafas terakhir menjadi jalan menuju rahmat-Nya.

Hari ini Allah lebih menyayangimu.
Semoga syurga menjadi tempat p**angmu.

Al-Fatihah. 🀲🏻

β€œπŠπ”ππ€ππ† 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππˆπŠπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€β€







πŸ“π‹πˆπŠπ„β–ͺοΈπ‚πŽπŒπŒπ„ππ“β–ͺοΈπ’π‡π€π‘π„πŸ“

13/08/2026

Pertandingan Memasak UDM Kampung Tanjung 🌿❀️

Meriah suasananya, hangat kemesraannya.
Di sebalik setiap juadah yang disediakan, terselit cerita, gelak tawa dan kasih sayang yang menyatukan hati.

Inilah antara cara HALWA DUN Kupang mendekati masyarakat hadir bukan sekadar untuk berkunjung, tetapi untuk menyantuni, berkongsi kegembiraan dan mengeratkan silaturahim bersama penduduk kampung.

Kadangkala, sebuah pertemuan yang sederhana mampu meninggalkan kenangan yang begitu bermakna. Duduk bersama,
berbual mesra, memasak dan bergembira dalam suasana penuh kekeluargaan.

Semoga langkah kecil ini menjadi jambatan yang terus menghubungkan hati, mengukuhkan ukhuwah dan menyemai kasih sayang antara HALWA DUN Kupang dengan seluruh warga Kampung Tanjung.

Kerana ukhuwah bukan hanya terjalin pada kata-kata, tetapi tumbuh melalui pertemuan, kebersamaan dan keikhlasan. 🌹

"KUPANG SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA"





πŸ“ LIKE β–ͺ️ COMMENT β–ͺ️ SHARE πŸ“

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Induk Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 Bilang...
13/08/2026

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Induk Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 Bilangan 2 yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dr. Haim bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Kedah Darul Aman.

Program Bakti Siswa Perdana menjadi wadah mempertemukan mahasiswa dengan masyarakat, menyemai nilai khidmat, membina kepimpinan dan menghidupkan semangat turun padang.

Ilmu tidak hanya ditimba di dewan kuliah, tetapi diperkaya apabila kita turun menyantuni denyut nadi rakyat.

β€œπŠπ”ππ€ππ† 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππˆπŠπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€β€







πŸ“π‹πˆπŠπ„β–ͺοΈπ‚πŽπŒπŒπ„ππ“β–ͺοΈπ’π‡π€π‘π„πŸ“

PERJUANGAN YANG BENAR TIDAK SELALU MUDAHAda jalan yang lurus, tetapi penuh duri.Ada perjuangan yang benar, tetapi tidak ...
13/08/2026

PERJUANGAN YANG BENAR TIDAK SELALU MUDAH

Ada jalan yang lurus, tetapi penuh duri.
Ada perjuangan yang benar, tetapi tidak sunyi daripada tentangan.

Kita menghormati keputusan mahkamah. Namun di sebalik keputusan itu, ada satu persoalan yang wajar direnung bersama mengapa usaha untuk menutup premis perjudian yang jelas membawa mudarat kepada masyarakat, masih dipertikaikan?

Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran PAS telah memilih jalan yang tegas menamatkan lesen premis perjudian di Kedah.

Bukan kerana mahu mencari nama,
bukan kerana mahu mencari tepukan,
tetapi kerana percaya bahawa sesuatu yang merosakkan masyarakat tidak wajar dibiarkan subur.

Ironinya, apabila dasar ini cuba ditegakkan, ada p**a yang memilih untuk melawannya.

Maka biarlah rakyat menilai dengan hati yang jernih:

Apakah yang sedang dipertahankan kepentingan rakyat, atau kepentingan mereka yang mengaut keuntungan daripada perjudian?

Perjuangan menegakkan yang hak tidak pernah dijanjikan jalan yang mudah.
Kadang-kadang kita diuji dengan kekalahan, dipatahkan dengan keputusan, bahkan dipersoalkan oleh mereka yang tidak sehaluan.

Namun kita percaya,

yang benar tetap benar, walaupun jalannya panjang.
Yang batil tetap batil, walaupun dibela oleh banyak tangan.

Kita terus melangkah.
Bukan kerana perjuangan ini mudah,
tetapi kerana kebenaran itu terlalu mahal untuk kita tinggalkan.

β€œπŠπ”ππ€ππ† 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππˆπŠπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€β€







πŸ“π‹πˆπŠπ„β–ͺοΈπ‚πŽπŒπŒπ„ππ“β–ͺοΈπ’π‡π€π‘π„πŸ“

Address

Kampung Kupang
09200KEDAH

Telephone

+60136692310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Dato' Hj Najmi Hj Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share