Pusat Sumber KVSM

Pusat Sumber KVSM Pusat Sumber KVSM merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan.

18/05/2023
Program: Jom Membaca Warga KVSM
18/05/2023

Program: Jom Membaca Warga KVSM




18/05/2023
HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSURAl-Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan khusus buat umat Nabi ...
28/04/2021

HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan khusus buat umat Nabi Muhammad SAW. Ia bukanlah sama seperti kitab-kitab lain, tetapi mempunyai keagungan yang luar biasa.

Antaranya mampu membimbing manusia ke jalan yang benar, menjadi hujah yang ampuh buat Nabi Muhammad SAW dan mampu melembutkan hati yang keras.

Firman Allah SWT:
قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ وَكِتَٰبٌ مُّبِينٌ يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Maksudnya : "Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah, dan Kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan mengeluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan seizin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."
(Surah al-Maidah : 15-16)

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh lebih 23 tahun. Para ulama menyebutkan beberapa hikmah dan rahsia penurunan al-Quran secara beransur-ansur, bukannya sekali gus.

1. Menetapkan hati Nabi Muhammad SAW.
Hal ini adalah dengan menceritakan kisah kesabaran nabi-nabi terdahulu dalam menghadapi tentangan kaumnya.

Firman Allah SWT :

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ ۚ وَجَآءَكَ فِى هَٰذِهِ ٱلْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Hud: 120)

2. Berperingkat dalam mendidik umat.

Cara sebegini berlaku dalam al-Quran berkaitan adat, muamalat, serta persoalan makan dan minum. Manakala perkara yang berkaitan akidah dan akhlak tiada berperingkat.

Sebagai contoh pengharaman arak adalah secara beransur-ansur.

Ia bermula dengan ayat al-Quran yang menceritakan tentang keburukan arak.

Firman Allah SWT:

يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,”
(Surah al-Baqarah : 219)

Kemudian setelah diturunkan ayat ini, ayat al-Quran menjelaskan lagi pada ayat yang lain tentang larangan mendekatkan diri dengan solat sekiranya di dalam keadaan mabuk.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan p**a hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi.”
(Surah al-Nisa : 43)

Dan akhir sekali barulah diharamkan secara mutlak.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
(Surah al-Baqarah : 90)

3. Jawapan kepada orang yang bertanya.

Nabi Muhammad SAW menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Kitab, orang kafir dan orang muslim.

Firman Allah SWT:

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
(Surah al-Isra’ : 85)

4. Menyatakan hukum terhadap sesuatu yang peristiwa yang dipertikaikan.

Hal ini dibuktikan dengan peristiwa hadis ifki iaitu Saidatina Aisyah telah difitnah melakukan perkara yang hina oleh orang munafik.

Kisah ini dinukilkan di dalam Suran al-Nur bermula ayat 11 sehingga 20. Ayat al-Quran ini diturunkan bagi membela kedudukan Saidatina Aisyah.

5. Memberitahu orang mukmin tentang tipu daya dan apa yang tersembunyi di hati musuh.

Allah SWT telah membongkar kejahatan orang yahudi ketika berdepan dengan Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُوا۟ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَٱسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَٰعِنَا لَيًّۢا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِى ٱلدِّينِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَٱسْمَعْ وَٱنظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya : “Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya. Dan (mereka mengatakan p**a): "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan): "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan: "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis.”
(Surah al-Nisa : 46)

6. Mengingatkan orang mukmin tentang kesilapan mereka.

Ketika pembukaan Kota Mekah, terdapat seorang muslim yang telah membocorkan rahsia kepada kaum musyrikin tentang apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah telah menegur mereka melalui firman-Nya :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَآءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا۟ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلْحَقِّ يُخْرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَٰدًا فِى سَبِيلِى وَٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِى ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعْلَمُ بِمَآ أَخْفَيْتُمْ وَمَآ أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.”

7. Petunjuk bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah yang mempunyai mukjizat.

Kesemua ayat al-Quran itu mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan indah. Gaya bahasa al-Quran berbeza dengan kitab-kitab agama lain yang kadang -kadang tinggi dan kadang-kadang lemah.

Firman Allah SWT:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِيهِ ٱخْتِلَٰفًا كَثِيرًا

Maksudanya : “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
(Surah al-Nisa’ : 82)

8. Memudahkan para sahabat untuk menghafaz.

Jika al-Quran diturunkan sekali gus, sukar bagi orang muslim ketika itu untuk memahami dan menghafazNya.

Firman Allah SWT:

وَقُرْءَانًا فَرَقْنَٰهُ لِتَقْرَأَهُۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَٰهُ تَنزِيلًا

Maksudnya : “Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian.”
(Surah al-Isra’ : 106)

Sahabat, mari bersama kita menjadikan al-Quran sebagai sebaik-baik teman. Janganlah membacanya apabila kita terasa lapang sahaja, tetapi lapangkanlah masa untuk membacanya.

Mari bersama kita amalkan doa ini. Moga al-Quran menjadi penawar hati di kala apa keadaan kita sekalipun. 🤲

اللهٌمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا وَنُوْرَ صُدُوْرِنَا وَجَلَاءَ أَحْزَانِنَا وَهُمُوْمِنَا

Maksudnya : "Ya Allah, jadikanlah Al-Quran kesejukan bagi hati kami, cahaya yang menerangi dada kami, dan hilangnya kesedihan kami."

Poster yang indah ini adalah daripada Tim Galeri Ilmu.
Rujukan : Fatawa Diniah, Imam Akbar Dr. Muhammad Sayyid Tanthawi, Bekas Syeikh al-Azhar as-Syarif.

Semoga bermanfaat buat ummah 🌹

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.


PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2021📚Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia. Alhamdulilah terima kasih semua...
28/04/2021

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2021📚

Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia.

Alhamdulilah terima kasih semua atas komitmen dn kerjasama berani menyahut 10 minit yang sangat bermakna ...

Anda memang awesome 👍👍👍





#22 April 2❤️21

PROGRAM GALAK BACA PS KVSM:KHAZANAH HERBA #4: BUNGA KANTANSemasa melawat Taman Herba kolej minggu lepas, didapati Pokok ...
09/03/2020

PROGRAM GALAK BACA PS KVSM:
KHAZANAH HERBA

#4: BUNGA KANTAN

Semasa melawat Taman Herba kolej minggu lepas, didapati Pokok Kantan sedang berbunga. Alangkah cantiknya...

Selain digunakan untuk memasak Asam Laksa, Bunga Kantan (Etlingera elatior) digunakan dalam rawatan traditional Melayu.

🌹 Digunakan untuk tujuan
mengawet muda.

🌺 Pokoknya juga boleh
menghilangkan bau badan
wanita yang baru lepas bersalin
iaitu dengan memotong
batangnya pendek2,tumbuk dan
rebus, air rebusannya setelah
sejuk dijadikan air mandian.

🌼 Biji pokok kantan dikatakan
boleh digunakan sebagai
penambah selera makan serta
menghilangkan rasa kurang
bermaya.
Caranya ialah dengan
menumbuk biji kantan hingga
lumat, toskan biji itu untuk
mendapatkan air, air kantan
campur p**a dengan air suam.
Minumlah air itu pada
waktu pagi . Amalkan untuk
beberapa kali.

🌸 Dikatakan buah kantan juga
mampu digunakan untuk
menguatkan tenaga batin bagi
lelaki.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok dan bunga kantan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Sumber:
www.linaherbs.blogspot.com
Rujukan http://madey09.blogspot.com/2009/11/rahsia-pokok-dan-bunga-kantan-untuk.html

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Makluman program yang bakal berlangsung pada hari esok. Terima kasih.Unit Perhubu...
05/03/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Makluman program yang bakal berlangsung pada hari esok. Terima kasih.

Unit Perhubungan Media & Promosi

PROGRAM GALAK BACA PS KVSM TAHUN 2020: KHAZANAH HERBA #3: HALBANNama tempatan/Common names:  Halban, LebanNama saintifik...
02/03/2020

PROGRAM GALAK BACA PS KVSM TAHUN 2020: KHAZANAH HERBA

#3: HALBAN

Nama tempatan/Common names: Halban, Leban
Nama saintifik/Scientific name: Vitex pubescens Vahl.
Famili/Famili: Verbenaceae
Botani
Pokok halban boleh ditemui tumbuh meliar di kawasan kampung, di tepi sungai dan di hutan. Pokok halban bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga mencapai 25 m tingginya. Pokok halban mempunyai kulit batangnya berwarna kuning kelabu manakala kulit batang pokok halban yang telah tua akan kelihatan merekah dan berkeping-keping nipis. Terdapat beberapa jenis pokok halban, contohnya halban putih dan halban kuning.

Antara kegunaan pokok halban :
🌱Daun halban digunakan untuk mengubati luka dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbuk dan dituam pada kepala dan badan.

🌱Akar pokok halban digunakan sebagai ramuan selepas bersalin, sakit badan, menguatkan tenaga zahir dan batin, juga untuk mengawet muda.

🌱Manakala daun dan kulit pokok berperanan untuk memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin.

🌱Daunnya direbus dan dijadikan sebagai ulam untuk buang angin dalam badan.

ENGLISH VERSION
BOTANY
Halban can be found growing wild in the kampung, the river banks and in the jungle. The average or fully grown halban tree can reach a height of 25m. The bark of the tree is yellowish-grey. There are a few types of halban, example white halban and yellow halban.
USES
Halban leaves are used to treat wounds and fever. To treat wounds, the leaf is crushed in the palm and applied to the wound. To treat fever, the leaf is pounded and applied to the head and body.
The root of the plant is one of the ingredients used for ladies in confinement, body aches and for physical and spiritual uplifting. It is also said to help maintain youthfulness. The bark and leaves of the tree are believed to play a part in aiding ladies in confinement to regain their health. The leaves are boiled and eaten as ulam to help rid the body of wind.

Sumber:
www.linaherbs.blogspot.com

Rujukan/References:
http://karimon.wordpress.com/2010/07/08/halban-kuning/
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72854.htm
http://rawatantradisional.blogspot.com/2007/08/halban.html

PROGRAM GALAK MEMBACA PUSAT SUMBER KVSM 2020:KHAZANAH HERBA #2:  POKOK PATAH TULANG       (Cissus Quadrangularis        ...
24/02/2020

PROGRAM GALAK MEMBACA
PUSAT SUMBER KVSM 2020:
KHAZANAH HERBA

#2: POKOK PATAH TULANG
(Cissus Quadrangularis
L. Vitaceae)

Penulis diperkenalkan dengan Pokok Patah Tulang apabila menerima penggilan dari orang luar yang berusaha untuk mendapatkan Pokok Patah Tulang bagi mengubati penyakit buasir . Pada masa itu, pokok ini memang tidak ditanam di Taman Herba . Rasa bersalah dan simpati kerana tidak dapat membantu mendpatkan Pokok Patah Tulang menyebabkan kami berminat dan berusaha untuk menanam pokok ini di taman herba. Setelah berjaya mendapatnya pokok tersebut untuk ditanam kami dapati pokok ini memang mudah untuk ditanam. Pokok ini ditanam hanya menggunakan keratan batang dan dicucuk ke tanah sahaja. Selain perlu disiram pokok ini memerlukan pancaran cahaya matahari yang mencukupi. Akibat penjagaan yang rapi pokok ini tumbuh subur di Taman Herba.

Pokok ini terdapat pelbagai nama, antaranya Pokok Patah Tulang, Pokok Buasir, Pokok Daun 4 Muka, Pokok SiPatah Patah, Pokok Biawak Laut, Pokok Katek Ketam, Pokok Katam Seribu, Veld Vine dan Devil's backbone.

Dalam perawatan tradisional pokok patah tulang digunakan untuk
1. Menyembuhkan tulang patah, ligamen dan tendon yang cedera
2. Merawat buasir
3. Merawat batuk dan selsema
4. Merawat bengkak
5. Merawat osteoporosis

Berikut adalah beberapa cara
penggunaan herba ini hasil carian Internet.

Untuk Rawatan Batuk dan Selsema
1. Ambil satu bahagian sepanjang 5 cm dan tumbuk halus dalam lesung batu. Setelah itu, campurkan dengan 1 sudu madu dan terus ditelan tanpa dikunyah.Makan 3 kali sehari.

2. Ambil pucuknya dalam seinci , dikeratkan kecil – kecil dan telan.
Makan sehari sekali selama 3 hari dan lebih jika masih belum sembuh.

3. Petik pucuk yang lembut dan terus ditelan. Jangan dikunyah, kelak mulut dan kerongkong terasa gatal.

Untuk Rawatan Buasir
1. Untuk merawat buasir potong pokok buasir dalam 2 inci kemudian dimakan bersama dengan pisang. Potong sedikit pokok patah tulang, kemudian ditumbuk lumat dan ditempel pada tempat buasir.

Untuk Rawatan Patah Tulang;

Ambil daunnya sahaja dan satukan dengan arang kayu.

Cara-cara penyediaannya.
i. Tumbuk arang kayu hingga betul-betul hancur menjadi tepung.
ii. Tumbuk lumat daun pokok patah tulang.
iii. Satukan kedua bahan di atas, gaul hingga sebati.
iv. Kepalkan di bahagian kaki atau tangan yang patah.
v. Balut bahagian yang dikepal dengan cermat.
vi. Basahkan bahagian yang dibalut dengan air campuran dua bahan yang telah digaul rata apabila bahan yang dikepal kering.
vii. Biarkan sehingga seminggu.

Peringatan:
Artikel ini sekadar untuk memberi maklumat tentang herba yang digunakan dalam rawatan tradisional. Pesakit dinasihati supaya mendapatkan pandangan pakar sebelum mencuba rawatan alternatif untuk mengubati penyakit.

Disediakan oleh
Unit Pusat Sumber & Media
KV Seri Manjung

Address

Seri Manjung
Kampung Parit
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60125075851

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber KVSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category