Pejabat Daerah dan Tanah Besut

Pejabat Daerah dan Tanah Besut Laman Facebook Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Besut
District and Land Office of Besut Official page

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN πŸ‡²πŸ‡ΎMajlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Pe...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman berlangsung penuh meriah dengan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.
Sambutan turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pasukan Pejabat Daerah dan Tanah Besut turut mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan, bersama kontinjen lain bagi memeriahkan sambutan serta menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan.

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta menjadi kekuatan untuk bersama-sama membina negeri dan negara yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ









πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡ΎMarilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperku...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai keamanan serta kemakmuran yang telah kita kecapi.
Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera, dengan rakyat yang bersatu hati serta sentiasa menjunjung semangat cintakan negara.

π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚ 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑡𝑰: 𝑲𝒆𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 π‘«π’Šπ’π’Šπ’Œπ’Žπ’‚π’•π’Š".

Ikhlas daripada
YBrs. En. Ahmad Rizal bin Mamat
Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut
serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Besut

πŸ“’ TAKLIMAT & PERSEDIAAN AKHIR BAGI PEMBARISAN HARI KEBANGSAAN PASUKAN PDTBPada  30 Ogos 2026 –  Satu sesi taklimat dan p...
30/08/2026

πŸ“’ TAKLIMAT & PERSEDIAAN AKHIR BAGI PEMBARISAN HARI KEBANGSAAN PASUKAN PDTB

Pada 30 Ogos 2026 – Satu sesi taklimat dan persediaan akhir raptai telah diadakan bagi memastikan kelancaran penyertaan kontinjen dalam perbarisan.

Antara persediaan yang dilaksanakan ialah semakan pakaian dan kelengkapan anggota oleh Tuan Pegawai Daerah Besut bagi memastikan setiap peserta berada dalam keadaan kemas, lengkap dan bersedia.

Persediaan ini turut menekankan aspek disiplin, kekemasan serta penyelarasan sebelum pembarisan nanti.

28/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ LATIHAN KAWAD PASUKAN PDTB BERSAMA PASUKAN BRASS BAND

Pada 28 Ogos 2026 – Pasukan Kawad Pejabat Daerah dan Tanah Besut (PDTB) telah mengadakan latihan kawad bersama Pasukan Brass Band di Kem 512 Rejimen Askar Wataniah, Padang Midin.

Latihan yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut melibatkan latihan pergerakan dan kawad, penyelarasan pergerakan bersama Pasukan Brass Band serta latihan mengikut atur cara perbarisan.

Latihan ini bertujuan memastikan setiap anggota Pasukan Kawad PDTB lebih bersedia, berdisiplin dan seragam dari aspek pergerakan serta formasi bagi menghadapi perbarisan yang akan datang.

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul ο·Ί 1448HPada 27 Ogos 2026 – Satu Ceramah Sambutan Maulidur Rasul ο·Ί 1448H telah diadakan p...
27/08/2026

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul ο·Ί 1448H

Pada 27 Ogos 2026 – Satu Ceramah Sambutan Maulidur Rasul ο·Ί 1448H telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Syarahan, dengan mengangkat tema β€œMenyemai Cinta Rasul, Membina Ummah”.

Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Mukhlis bin Hasin, Mudir Maahad Al-Itqan, KODIM. Program ini bertujuan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul ο·Ί serta memberi penghayatan kepada warga pejabat mengenai sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah ο·Ί.

Program turut disertai oleh warga pejabat dalam suasana penuh penghayatan dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE)Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,Untuk mak...
26/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, perkhidmatan bayaran secara dalam talian (online) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses Office Fee Fasa 2.

Sepanjang tempoh penutupan ini, urusan pembayaran hanya boleh dibuat secara fizikal di kaunter sahaja.

Berikut adalah senarai urusan yang terlibat:

1. Consent (Kebenaran)

KPRW: Kebenaran Pemerolehan Dan Pindahmilik Oleh Warga Asing (Serentak)

KGD: Kebenaran Gadaian

KPJ: Kebenaran Pajakan

KPG: Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian

KRY: Kebenaran Rayuan

KLTL: Kebenaran Lembaga Tanah Ladang

2. Pelupusan

PRBB: Permohonan Permit Bahan Batuan (Borang 4C)

3. Pembangunan

PLTS: Permohonan Lanjut Tempoh Syarat Nyata - KTN

Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2026M/1448HSemoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita mengh...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2026M/1448H

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita menghayati dan mencontohi akhlak mulia, keperibadian serta sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, serta menjadikan ajaran dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”

𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐒 πƒπ’π‘πšπ²πšπ­π’, π”π¦π¦πšπ‘ πƒπ’π›πžπ«π€πšπ­π’

Salam Maulidur Rasul daripada
Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah serta Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Besut.

KUNJUNGAN HORMAT PERHILITAN TERENGGANU KE PDT BESUTPada 18 Ogos 2026- Timbalan pengarah perhilitan terengganu Mohd Zaki ...
18/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERHILITAN TERENGGANU KE PDT BESUT

Pada 18 Ogos 2026- Timbalan pengarah perhilitan terengganu Mohd Zaki Bin Mohd Rahim bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Besut, YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Mamat, di Pejabat Daerah dan Tanah Besut.

Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta memperkukuh jaringan strategik antara Pejabat Daerah dan Tanah Besut dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Besut, khususnya dalam aspek pengurusan hidupan liar, pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan masyarakat setempat.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kepentingan daerah Besut.

Address

Kampung Raja
22200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096956422

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Besut:

Shortcuts

Share