Ustaz Fairuz Isa

Ustaz Fairuz Isa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol. YDP PAS Kawasan Jempol Sesi 2023-2025

"Serting Makmur Berkat Sejahtera"

Pegawai Khas :
+60136294742
Email : [email protected]

Ahad | 14 Jun 2026 | Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Jempol | Bandar Seri JempolAlhamdulilah berkesempatan...
14/06/2026

Ahad | 14 Jun 2026 | Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Jempol | Bandar Seri Jempol

Alhamdulilah berkesempatan hadir dan menyempurnakan perasmian penutup program Pertandingan BSBJ Pasti Jempol pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan jangan kecewa keapda yang tidak menang.

Tujuan setiap program adalah kesatuan dan ukhuwah Islamiah. Alhamdulillah suasana ini wujud di majlis ini. Harapan saya agar Pasti tetap mendapat tempat di hati masyarakat persekitaran berteraskan pendidikan awal kanak-kanak dengan acuan Islam, Insya Allah.

Siruu ala Barakatillah...

Allah SWT berfirman:وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُMaksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bul...
13/06/2026

Allah SWT berfirman:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Gelombang perubahan semakin kuat.

15 individu berpengalaman telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS sempena Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan malam tadi.

Pengumuman tersebut dibuat pada program yang turut dihadiri Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Harus diketahui, perjuangan ini bukan milik satu golongan atau juga satu kelompok, tetapi milik semua jiwa yang mendambakan masa hadapan negara yang lebih berkat, makmur dan sejahtera.

Selamat datang ke keluarga besar PAS.

Semoga kesatuan politik yang akan dibina bakal membawa perubahan kepada negara.

“Bagaimana mereka menanam,begitu juga PAS menuai.”

"Jika kambing mempunyai tanduk, rotan yang lembut juga mempunyai duri."

Semoga keputusan yang dibuat dipandu dan diberkati Allah SWT.




13 Jun 2026 | Srii Tahfiz Darul Ulum Seremban | Mesyuarat Agung Tahunan Jamaah Ibubapa GuruBerkesempatan hadir pagi ini ...
13/06/2026

13 Jun 2026 | Srii Tahfiz Darul Ulum Seremban | Mesyuarat Agung Tahunan Jamaah Ibubapa Guru

Berkesempatan hadir pagi ini selaku Perasmi bagi Mesyuarat Jamaah Ibubapa dan Guru Tahfiz Darul Ulum Seremban kali ke 10. Suasana ceria dengan kehadiran ibubapa dan anak-anak. Tahniah diucapkan kepada Ajk JIBG sesi lepas diketuai oleh saudara Bazli Bakar yang telah memikul amanah dengan baik berperanan membantu pihak sekolah dengan pelbagai program. Semoga Jawatankuasa baru terus berperanan membantu. Terima kasih diucapkan.

12 Jun 2026 | Kampung Juasseh Tengah | Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Alhamdulilah hadir memenuhi hajat jiran sekampung ...
13/06/2026

12 Jun 2026 | Kampung Juasseh Tengah | Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

Alhamdulilah hadir memenuhi hajat jiran sekampung di majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena akikah cucunya abang Ijal. Semoga Allah SWT mengurniakan cucu yang soleh dan berbakti kepada 2 ibubapanya serta keluarga. Amin

Alhamdulillah, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Ulama PAS Kawasan Jasin  di Kom.PAS Jasin(KOMPAJ)Mood mesyuarat ...
06/06/2026

Alhamdulillah, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Ulama PAS Kawasan Jasin di Kom.PAS Jasin(KOMPAJ)

Mood mesyuarat tahun ini berada pada mood pilihanraya. Melihat pada suasana, mesyuarat kali ini adalah platform yang tepat untuk pimpinan kawasan memastikan jentera serta pendokong PAS-PN dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila waktu dari sekarang.

KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM






Assalamualaikum Wbt dan Salam sejahtera kepada seluruh rakyat Serting yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah, pada detik i...
04/06/2026

Assalamualaikum Wbt dan Salam sejahtera kepada seluruh rakyat Serting yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada detik ini, angin perpisahan membawa saya ke helaian baru yang semakin mencabar. Saya, Mohd Fairuz Isa, dengan rasa rendah hati, ingin memohon ribuan kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang perkhidmatan saya sabagai ADUN Serting juga untuk perjalanan ukhuwwah yang telah kita bina bersama di Serting yang kita cintai ini.

Terima kasih kepada sahabat, rakan yang dikasihi, dan tidak lupa, warga Serting yang mengisi setiap sudut dengan penuh rasa kemesraan.

Setiap langkah yang kita ambil membentuk jalur perjalanan kita, dan saya bersyukur kerana dapat menyusuri jalan ini bersama wajah-wajah luar biasa di sekeliling saya sepanjang bergelar Yang Berhormat. Tugas saya bukan hanya tertumpu pada kebajikan rakyat, tetapi menanam benih impian dan inspirasi. Terima kasih, kerana membiarkan saya menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran ini.

Hari ini bukan hanya tentang perpisahan, tetapi juga satu detik menyaksikan kebangkitan pelbagai kebaikan dan potensi yang muncul daripada setiap warga di Dun Serting ini. Teruslah berusaha, dan ingatlah, ukhuwwah yang diperoleh adalah perisai yang abadi.

Terima kasih kerana memberi saya peluang menjadi sebahagian daripada kehidupan dan pembelajaran sepanjang perkhidmatan saya sebagai ADUN Serting. In Sha Allah, ingatan akan tetap mengalir di alam kehidupan ini.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, izinkan saya berkata, ini bukanlah pengakhiran, tetapi pembukaan dimensi baru dalam pelayaran ilmu dan pengalaman.

Terima kasih sekali lagi, kepada setiap individu yang menjadikan detik ini bermakna. Semoga ikatan hati ini kekal, walaupun beribu batu jauhnya nanti. Ingatlah, kita bukan hanya berkongsi dari sudut harta, tetapi jiwa penuh kasih sayang.

Salam ukhuwwah dari saya,

Ustaz Fairuz Isa
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Yang DiPertua PAS Kawasan Jempol.

04.06.2026, sekitar Serting, @5:00 ptgSekalipun bumi bergoncang, kebaikan wajib disebarkan lebih-lebih lagi melibatkan r...
04/06/2026

04.06.2026, sekitar Serting, @5:00 ptg

Sekalipun bumi bergoncang, kebaikan wajib disebarkan lebih-lebih lagi melibatkan rakyat jelata. Moga rakyat Serting sentiasa sihat makmur, diberkahi dan sejahtera selalu, Allahumma Amiin.





DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-P...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku pada hari ini, Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada:
YB Ustaz Fairuz Isa dan
PAS Parlimen Jempol

13 Zulhijjah 1447 | Majlis Walimatulurus di Kampung Peladang, Gajah MatiBersama meraikan mempelai (pangkat mak saudara) ...
30/05/2026

13 Zulhijjah 1447 | Majlis Walimatulurus di Kampung Peladang, Gajah Mati

Bersama meraikan mempelai (pangkat mak saudara) yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini di Kampung Peladang, Gajah Mati. Majlis dihadiri ramai tetamu jemputan tambahan p**a saya hadir di waktu kemuncak jam 12.30 tengahari.

Tahniah saya ucapkan kepada Iffah Husna binti Zainal Abidin dan pasangannya Nurfaiz Zakwan bin Ahmad Fahmi. Semoga keberkatan daripada Allah SWT kepada kamu berdua di dalam hidup dunia dan akhirat. Tahniah juga kepada kedua ibubapa mempelai.

بارك الله لكما، وبارك عليكما، وجمع بينكما في خير... آمين يارب العالمين





12 Zulhijjah 1427 | Kampung Bukit Rokan, GemenchehAlhamdulilah pada petang ini saya berkesempatan hadir di majlis Perasm...
29/05/2026

12 Zulhijjah 1427 | Kampung Bukit Rokan, Gemencheh

Alhamdulilah pada petang ini saya berkesempatan hadir di majlis Perasmian Jentera Pilihannya Pas Kawasan Tampin di Kampung Bukit Rokan (F). Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli Pas Tampin beserta dengan penduduk setempat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Haji Kamarol Ridzuan Adun Paroi merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas N9 beserta Ketua Pemuda PAS N9, Ustaz Irsyaduddin.

Melihat kepada suasana politik di N9 pada ketika ini, kemungkinan besar PRN boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Oleh itu penting kepada semua jentera agar bersiap sedia memandangkan suasana yang ada. Justeru, saya berpesan kepada semua yang hadir agar mengatur jentera dan organisasi serta mempersiap keperluan dana khususnya bagi Pas dan Perikatan Nasional Tampin. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita, Insya Allah. Allahumma Amin.

Address

Kampung Serting

Telephone

+60176093099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Fairuz Isa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share