PAS Cawangan Kampung Jana Baru

PAS Cawangan Kampung Jana Baru "Islam Memimpin Perpaduan"

30/07/2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada Muslimin dan Muslimat.Ingatan ikhlas dari, Yang Dipertua,Timbalan Y...
22/05/2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada Muslimin dan Muslimat.

Ingatan ikhlas dari,
Yang Dipertua,
Timbalan Yang Dipertua,
Naib Yang Dipertua,
Setiausaha dan seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Taiping



PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS - HARI NUZUL AL-QURAN 1441HFirman Allah SWT:﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡ...
10/05/2020

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS - HARI NUZUL AL-QURAN 1441H

Firman Allah SWT:

﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ...١٨٥﴾

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk serta pembeza (antara yang hak dan yang batil)...” (Surah al-Baqarah: 185)

Hikmah Allah SWT memuliakan al-Quran apabila diturunkan di dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan fadhilatnya. Tujuan penurunan al-Quran adalah untuk menentukan perbezaan antara benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan.

Segala petunjuk al-Quran itu adalah kasih dan rahmat Allah SWT kepada manusia dengan menunjuki jalan yang benar sehingga membawa kebaikan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sesiapa yang meninggalkan petunjuk al-Quran, dia akan berada dalam kesesatan dan kemusnahan hidup di dunia dan di akhirat.

Orang Islam sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberi petunjuk kepada mereka. Kesyukuran itu dapat dibuktikan dengan berpegang kepada al-Quran yang merupakan petunjuk Allah SWT yang telah diajar cara beramal oleh Rasulullah SAW melalui apa yang diwariskan oleh para ulama’ yang menerima pusaka ajaran-ajaran para rasul.

Kesimpulannya, dengan semangat kita berada di dalam bulan Ramadhan ini, marilah kita meletakkan keazaman di dalam diri kita untuk melaksanakan tuntutan Al-Quran dengan mempelajari al-Quran, memahaminya, menghafalnya, menyebarkannya, mempertahankan dan memperjuangkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran sehingga ianya kembali dilaksanakan di atas muka bumi Allah SWT ini.

“Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 17 Ramadhan 1441 / 10 Mei 2020

23/04/2020
10/04/2020
*KENYATAAN MEDIA**BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK*6 Sya'aban 1441 / 31 Mac 2020*PELANTIKAN PIMPINAN PAS SEBAGAI EXCO ...
31/03/2020

*KENYATAAN MEDIA*
*BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK*
6 Sya'aban 1441 / 31 Mac 2020

*PELANTIKAN PIMPINAN PAS SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK*

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menjunjung kasih, merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak yang baharu.

PAS Perak sepenuhnya meyakini bahawa kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS akan terus bersemangat untuk menunaikan kewajipan berkhidmat untuk rakyat secara adil serta mempertahan dan menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Perak.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato'Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu di atas kepercayaan memilih dua orang ADUN PAS menganggotai kepimpinan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Perak / ADUN Gunong Semanggol, YB Haji Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan PAS Perak / ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin yang telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah pada hari ini.

Semoga kedua-dua pimpinan PAS Perak dirahmati Allah SWT dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, berkhidmat kepada seluruh rakyat Perak, InsyaAllah.

*"ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN"*
*"PERAK SEJAHTERA"*

Sekian, terima kasih.

*HAFEZ SABRI*
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak

01/03/2020

JOM PAKAT TONTON, LIKE DAN SHARE VIDEO PROMO SRITI AL-MUTTAQIN SEMPENA TEMASYA SUKAN SRITI NEGERI PERAK 2020 PADA LINK DI BAWAH YE

Video terbaik yang dihasilkan oleh Team IT Multimedia SRITI Al-Muttaqin Taiping untuk memeriahkan program Temasya Sukan SRITI Negeri Perak 2020 nanti pada 7 Mac 2020 Kompleks Sukan TM Taiping

https://www.facebook.com/1201691863220584/posts/2893427420713678/

17/02/2020

Jom sertai PAS!!!

Senarai Cawangan-Cawangan dalam PAS Kawasan Taiping

1. PAS Cawangan Kampung Pinang
2. PAS Cawangan Kg Pinang Selatan
3. PAS Cawangan Asam Kumbang
4. PAS Cawangan Kamunting
5. PAS Cawangan Expo
6. PAS Cawangan Kamunting Jaya
7. PAS Cawangan Kg Sg Relong
8. PAS Cawangan Taman Desa Jana
9. PAS Cawangan Taman Desa Jaya
10. PAS Cawangan Kampung Jana Baru
11. PAS Cawangan Kg Tersusun Bukit Jana
12. PAS Cawangan Pokok Assam
13. PAS Cawangan Taman Assamara, Taiping
14. PAS Cawangan Bandar Taiping
15. PAS Cawangan Taiping Barat
16. PAS Cawangan Taman Seri Kota
17. PAS Cawangan Kampung Boyan
18. PAS Cawangan Paduka Setia
19. PAS Cawangan Aulong
20. PAS Cawangan Taman Panglima Saujana
22. PAS Cawangan Taman Simpang
23. PAS Cawangan Taman Damai
24. PAS Cawangan Taman Simpang Bakti

Semak cawangan-cawangan berhampiran anda.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian WhatsApp atau Telegram Sekretariat Keahlian PAS Kawasan Taiping 0194721549


Address

Kamunting

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Kampung Jana Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share