Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH LARUT MATANG

08/08/2026
08/08/2026

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π‹πˆ πŠπ„πƒπ”π€πŸ“’

πŠπ€π‰πˆπ€π πŠπ„ππ„π‘πŠπ„π’π€ππ€π ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ‹πŠπ πŸ‘.𝟎

IYRES, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Sekiranya anda merupakan bekas peserta PLKN 3.0, kami memohon kerjasama anda untuk meluangkan masa mengisi soal selidik melalui pautan berikut:
πŸ”— https://bit.ly/KajianKeberkesananPLKN

πŸ”’ Semua maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan.

🎁 1,000 responden terawal akan menerima Touch 'n Go eWallet bernilai RM10.00 sebagai penghargaan.

Terima kasih atas kerjasama anda.

08/08/2026

β€œBERHATI-HATI DENGAN SCAM MELIBATKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK”

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sebarang tawaran pesanan kerajaan (l/o) secara manual / WhatsApp/ e-mel tidak rasmi kerajaan. Penipuan / scam ini telah menjadi trend terkini dan semakin menular. Kekal waspada dan ketahui kaedah komunikasi dan proses pelaksanaan pesanan kerajaan.

07/08/2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Malaysia β€” atlet, jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta semua yang menjadi tulang belakang kejayaan negara di Sukan Komanwel Glasgow 2026. πŸš€

πŸ… 8 emas | πŸ₯ˆ 3 perak | πŸ₯‰ 5 gangsa

Pencapaian ini bukan sahaja melepasi sasaran, malah menjadi rekod terbaik Malaysia sejak Sukan Komanwel New Delhi 2010. 🎯

Semoga kejayaan di Glasgow menjadi pembakar semangat untuk terus mengukir sejarah di pentas dunia dan membawa momentum di temasya Sukan Asia dan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta Sukan SEA dan Para ASEAN Malaysia 2027. πŸ”₯

Selamat pulang ke tanah air, JBSN berbangga dengan pencapaian Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail

TAIPING FITNESS DANCE PERKASA PENGUKUHAN PERTUBUHAN SENAMROBIK DI NEGERI PERAKKAMUNTING, 19 JULAI 2026 (Ahad)– Pertubuha...
20/07/2026

TAIPING FITNESS DANCE PERKASA PENGUKUHAN PERTUBUHAN SENAMROBIK DI NEGERI PERAK

KAMUNTING, 19 JULAI 2026 (Ahad)– Pertubuhan Kecergasan Kebangsaan (NFO) telah menganjurkan program Taiping Fitness Dance di Kompleks Rakan Muda Larut Matang. Program ini menerima penyertaan hampir seramai 200 orang peserta.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Tn. Asmori bin Sa'ahari, telah dijemput hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada para jurulatih serta semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program tersebut.

Program ini menghimpunkan lebih 15 orang jurulatih senamrobik dari seluruh negeri Perak dengan tujuan memperkukuh jaringan kelab senamrobik untuk berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).
Pihak kelab telah mengambil inisiatif bagi memastikan pembangunan aktiviti kecergasan dapat dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan di setiap daerah. Selain itu, program ini juga turut berperanan mengeratkan ukhuwah serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pencinta kecergasan.

SESI PENYERAHAN JERSI PASUKAN DAERAH LARUT MATANG KE LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2026KAMUNTING, 17 ...
17/07/2026

SESI PENYERAHAN JERSI PASUKAN DAERAH LARUT MATANG KE LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

KAMUNTING, 17 Julai 2026 (Jumaat)– Satu sesi penyerahan jersi kepada pasukan Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal yang mewakili Daerah Larut Matang ke Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Larut Matang.

Jersi pasukan tersebut telah disampaikan oleh En. Shukri Radzi dari TSR Apparel TSR apparel, kepada pengurus-pengurus pasukan sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan di daerah ini.

Majlis turut disaksikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang, Pn. Syahirah binti Kunji Mohammed, yang merakamkan penghargaan kepada TSR Apparel atas sumbangan dan komitmen dalam membantu meningkatkan semangat serta motivasi atlet-atlet daerah menjelang kejohanan.

Semoga pasukan Daerah Larut Matang berjaya mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama daerah dalam Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Perak 2026.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG TAHUN 2026TAIPING, 9 Julai 2026 (Khamis)- Majlis Pe...
14/07/2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG TAHUN 2026

TAIPING, 9 Julai 2026 (Khamis)- Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Larut Matang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan sebagai platform rasmi bagi golongan belia untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan cadangan serta membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan belia di peringkat daerah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamarul Idzham bin Kamal, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama.

Program ini merupakan penganjuran bersama Majlis Belia Daerah Larut Matang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang yang menghimpunkan wakil-wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan serta pemegang taruh berkaitan bagi membincangkan pelbagai usul dan cadangan ke arah memperkasakan agenda pembangunan belia selaras dengan aspirasi Dasar Belia Malaysia.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

02/07/2026
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG TAHUN 2026KAMUNTING, 28 Jun 2026 - Kem Belia @ Rakan Prihatin P...
01/07/2026

KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG TAHUN 2026

KAMUNTING, 28 Jun 2026 - Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Larut Matang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 hingga 28 Jun 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Larut Matang melibatkan seramai 51 orang pelajar daripada pelbagai sekolah menengah di Daerah Larut Matang.

Program ini merupakan salah satu inisiatif intervensi sosial yang memberi penekanan kepada usaha membentuk generasi belia yang berdaya tahan, berakhlak mulia dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahaya gejala sosial, di samping memperkukuhkan kesejahteraan mental dan fizikal dalam kalangan belia.

Sepanjang tiga hari dua malam program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang berfokus kepada pembangunan sahsiah dan pembentukan jati diri, antaranya aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan, sesi perkongsian ilmu, kesedaran kesihatan mental, kecergasan fizikal serta aktiviti kemasyarakatan.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Dr. Haizul Rasdy bin Saidin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Turut hadir ialah Syahirah binti Kunji Mohammed, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang serta Sdr. Muhammad Amirun Iman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Larut Matang.

Diharapkan program seumpama ini dapat terus melahirkan belia yang berkualiti, berdaya saing, berkeupayaan memimpin serta mampu menyumbang secara positif kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak




PROGRAM INSPIRE I-TALENT PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG 2026KAMUNTING, 21 JUN 2026 (Ahad) – Program Inspire i-Talent Peri...
26/06/2026

PROGRAM INSPIRE I-TALENT PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG 2026

KAMUNTING, 21 JUN 2026 (Ahad) – Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Larut Matang 2026 telah berjaya menghimpunkan seramai 64 orang peserta dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kompleks Rakan Muda Larut Matang.

Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk mengenal pasti bakat dan keupayaan asas sukan dalam kalangan golongan OKU, menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dalam bidang sukan serta mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlet PARA pada masa hadapan.

Antara pengisian program ialah ujian asas ketidakupayaan serta pengujian beberapa acara sukan yang bersesuaian dengan kategori ketidakupayaan masing-masing.

Turut diadakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Jurulatih Olahraga PARA, Coach Lawrence, serta atlet PARA kebangsaan, Mohd Afnan, yang memberikan pendedahan mengenai sukan PARA dan laluan pembangunan atlet OKU. Perkongsian tersebut turut menyuntik inspirasi, semangat dan motivasi kepada para peserta untuk terus aktif dalam bidang sukan.

Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan OKU di daerah Larut Matang serta menjadi platform pencarian bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus menyokong aspirasi kerajaan dalam usaha membudayakan sukan sebagai amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.




Address

Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Jalan Bukit Jana
Kamunting
34600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang:

Shortcuts

Share