Skuadron Pertama RAJD

Skuadron Pertama RAJD SKUADRON PERTAMA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA, KEM SANGRO, 34000 TAIPING, PERAK
(1)

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐๐”๐๐”๐‘ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Œ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Program Memasak Bubur As...
19/07/2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐๐”๐๐”๐‘ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Œ

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Program Memasak Bubur Asyura anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) MK RAJD 2 Div dan 1 Skn RAJD telah dilaksanakan di Rumah BAKAT MK RAJD 2 Div, Kem Sangro pada 18 Julai 2025. Penganjuran program ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekitaan sesama Ahli BAKAT MK RAJD 2 Div dan 1 Skn RAJD disamping dapat menyemarakkan lagi bulan Muharram tahun ini.

Aktiviti bermula dengan pembahagian tugas, kemudian diteruskan dengan penyediaan bahan-bahan serta proses memasak bubur asyura secara bergotong-royong yang melibatkan Ahli BAKAT.

Lebih 150 bekas bubur asyura telah berjaya dibungkus dan diagihkan kepada semua warga MK RAJD 2 Div dan 1 Skn RAJD. Program seumpama ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat kerjasama, malah menyemai kesedaran tentang pentingnya mengekalkan tradisi Islam yang penuh hikmah.

Penganjuran aktiviti seperti ini bertepatan dengan aspek pengukuhan kerohanian dan pembangunan modal insan sebagaimana terkandung dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30.




๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐๐Ž๐˜๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“-๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Tim Pemeriksaan Pakar Semboyan...
19/07/2025

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐๐Ž๐˜๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“-๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Tim Pemeriksaan Pakar Semboyan (PPS) dari Jabatan RSD telah melaksanakan pemeriksaan Pakar Semboyan Kitaran 2025-2026 di pasukan 1 Skn RAJD, mulai 14 hingga 18 Julai 2025.

Tim Pemeriksa yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 3 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Muhammad Sabil Nizam bin Manshor @ Mansor. Pemeriksaan ini melibatkan penilaian terhadap tiga aspek utama iaitu pengurusan stor radio, pengurusan senggaraan teknikal dan pengurusan aset.

Tujuan pemeriksaan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan, memastikan kepatuhan prosedur, mengurangkan risiko penyelewengan, mengoptimumkan operasi dan meningkatkan kesedaran.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap aspek pengurusan mematuhi piawaian yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan penyelenggaraan aset semboyan pasukan.

Hasil pemeriksaan yang telah dibentangkan semasa _exit conference_ yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat 1 Skn RAJD oleh Tim Pemeriksa menunjukkan beberapa penemuan penting yang memerlukan tindakan pembetulan segera. Dengan adanya pemeriksaan ini, ianya memberikan impak positif terhadap pengurusan logistik pasukan, sekali gus menyokong kesiapsiagaan operasi secara menyeluruh.




๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐€๐๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Seramai 1 x Peg dan 30 x LLP telah terlibat...
17/07/2025

๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐€๐๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Seramai 1 x Peg dan 30 x LLP telah terlibat dalam ceramah Anti Dadah yang telah dilaksanakan di Rumah BAKAT Kem Sangro. Ceramah telah disampaikan oleh Shahrul Nizam bin Baharuddin selaku Pen Peg Anti Dadah Larut Matang Selama.

Antara pengisian ceramah anti dadah yang disampaikan adalah penerangan mengenai jenis-jenis dadah, kesan jangka masa pendek dan panjang dan terhadap individu dan Program sebegini merupakan suatu langkah proaktif pasukan dalam memberi kesedaran kepada seluruh warga pasukan mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap individu.

Seusai ceramah diberikan, penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh YBhg Peg Logistik 1 Skn RAJD, Mej Mohd Fauzi bin Mat kepada penceramah AADK. Penganjuran program sebegini menyokong kepada Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu โ€œPembangunan Modal Insanโ€ yang menekankan aspek kesihatan fizikal, mental dan sosial anggota.




๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐Š๐€๐”๐๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐ƒ๐ˆ๐“ (๐€๐Š๐๐Š) ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐‡ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐—ง๐—”๐—œ...
17/07/2025

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐Š๐€๐”๐๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐ƒ๐ˆ๐“ (๐€๐Š๐๐Š) ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐‡ ๐๐„๐‘๐€๐Š

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
- Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan kehadiran seramai 1 x Peg dan 35 x Anggota melalui kerjasama Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ipoh telah mengadakan Ceramah Pendidikan Kewangan bertempat di Rumah Bakat, Kem Sangro.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan daripada pasukan untuk meningkatkan tahap literasi kewangan di kalangan anggota bagi membantu mereka merancang kewangan peribadi, mengurus hutang dengan bijak dan membina tabungan yang mantap.

Aktiviti sesi soal jawab dan dialog juga dilaksanakan semasa sesi ceramah ini bagi memberi ruang kepada anggota untuk mengemukakan persoalan berdasarkan pengalaman diri dan pengurusan kewangan setiap individu. Melalui pendekatan ini, setiap isu dan perancangan bajet bulanan hingga cabaran menghadapi komitmen kewangan tidak dijangka dapat dibincangkan dengan mendalam dan konstruktif.

Melalui program ini diharapkan setiap angota bukan sahaja mendapat ilmu, tetapi juga mampu mengaplikasikannya untuk merancang kewangan jangka panjang, mengurus hutang secara bijak, dan membina simpanan kukuh.




๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - BAKAT 1 Skn RAJD telah melaksanakan lawatan kebajikan pada ...
17/07/2025

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - BAKAT 1 Skn RAJD telah melaksanakan lawatan kebajikan pada 13 dan 15 Julai 2025 kepada ahli BAKAT yang tinggal di sekitar Taiping dan Kamunting. Lawatan kebajikan ini dihadiri Puan Siti Aisyah binti Baharudin.

Lawatan pertama telah dilaksanakan pada 13 Julai 2025 ke atas Siti Maryam binti Ijmal Aminy, anak kepada LKpl Jimal Aminy bin Mohamad Said yang telah mengalami masalah kesihatan di Kampung Setia Jaya, Kamunting.

Lawatan kedua p**a adalah pada 15 Julai 2025 ke atas Puan Nor Izarina binti Ismail, isteri kepada SSjn Faizal bin Nordin yang sakit kerana batu dalam saluran hempedu di hospital Taiping.

Lawatan kebajikan ini bertujuan bagi bertanya khabar dan kesihatan serta keadaan semasa ahli BAKAT dan anak ahli BAKAT yang sakit dan menyampaikan sumbangan untuk ahli BAKAT.

Lawatan kebajikan ini juga bertujuan untuk memastikan kebajikan keluarga sentiasa terjaga dan secara tidak langsung menjalinkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli BAKAT 1 Skn RAJD.




๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐…๐€๐‘๐ƒ๐” ๐€๐ˆ๐ (๐๐ˆ๐…๐€) ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ‘ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Seramai 59 anggota L...
12/07/2025

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐…๐€๐‘๐ƒ๐” ๐€๐ˆ๐ (๐๐ˆ๐…๐€) ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ‘ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Seramai 59 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) sekitar Zon Taiping telah mengikuti Kursus Pendidikan Islam dan Fardu Ain (PIFA) Tahap 3 Siri 1/25 Peringkat Zon Taiping anjuran 1 Skn RAJD. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 08 Jul hingga 11 Jul 25 bertempat di Surau Al-Islahiah, Kem Sangro.

Tujuan penganjuran Kursus PIFA ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan di dalam ilmu Fardu Ain dan memperkukuhkan anggota di dalam pembacaan serta penghayatan Al-Quran. Kursus PIFA Tahap 3 ini adalah salah satu daripada syarat yang perlu dihadiri oleh anggota yang layak disokong kenaikan pangkat dari Koperal ke Pemangku Sarjan.

Kursus ini diakhiri dengan Majlis Penutup Kursus PIFA Tahap 3 Siri 1/2025 yang telah disempurnakan oleh Kapt Ts. Wan Muhammad Haqโ€™qulyakin bin Mohd Fuzi Penolong Pegawai Pemerintah pada 11 Jul 25 bertempat di Dewan Makan, Kem Sangro. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Mej Mohd Husni bin Mohd Yakin Pegawai Agama PULMAT, PW II Khairul Anwar bin Baharom Penasihat Hal Ehwal Agama Pasukan 1 Skn RAJD serta barisan fasilitator KAGAT zon Taiping.




๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐–๐ˆ๐’๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘๐€ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐“๐”๐‹๐€๐๐†) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก...
12/07/2025

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐–๐ˆ๐’๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘๐€ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐“๐”๐‹๐€๐๐†) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ- Pertandingan boling antara Wisma Perwira dan Wisma Bintara RAJD Taiping telah berlangsung pada 11 Julai 2025 bertempat di Winners Bowl Taiping. Acara boling ini adalah salah satu acara yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Piala Tulang yang menjadi satu tradisi tahunan antara ahli Wisma Perwira dan Wisma Bintara RAJD Taiping.

Karnival Sukan Piala Tulang ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli Wisma Perwira dan Wisma Bintara RAJD Taiping di samping memastikan ahli Wisma sentiasa mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Terdapat enam acara yang dipertandingkan bagi Karnival Sukan Piala Tulang 2025 antaranya ialah sukan bola tampar, badminton, golf, boling, memanah dan futsal. Karnival Sukan Piala Tulang hanya berbaki sukan memanah dan futsal bagi menentukan juara keseluruhan bagi Piala Tulang Tahun 2025.

Bagi acara bola tampar, golf dan boling telah dimenangi oleh Wisma Perwira manakala sukan badminton telah berpihak kepada Wisma Bintara yang menjadikan kedudukan semasa adalah Wisma Perwira mendahului dengan 3 mata berbalas 1 mata oleh Wisma Bintara.

Turut hadir dalam acara ini adalah Kol Abd Rahim bin Hamzah, Penaung Wisma Perwira RAJD Taiping, Mej Ts. Mohd Saโ€™di bin Sadli, Yang DiPertua Wisma Perwira RAJD Taiping dan PW I Mohd Fairuz Nizam bin Zambory, Yang DiPertua Wisma Bintara RAJD Taiping.

Karnival Sukan Piala Tulang yang telah dilaksanakan ini selari dengan Penumpuan Pertama (Man) dalam Sinergi 3M Perintah Ulung PTD ke-30 yang menekankan peningkatan kualiti hidup warga Angkatan Tentera yang merangkumi aspek jati diri dan kesihatan yang optimum.




๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ˆ๐‚๐“  ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - 1 Skn RAJD telah menganjurkan Seminar Pengurusan ICT bertempat d...
10/07/2025

๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ˆ๐‚๐“

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - 1 Skn RAJD telah menganjurkan Seminar Pengurusan ICT bertempat di Rumah BAKAT Kem Sangro. Penyertaan juga melibatkan pasukan dari MK RAJD 2 Div, 2 Skn RAJD dan 24 Skn RAJD (AW).

Objektif program ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan tentang pengenalan dan pengurusan ICT di pasukan.

Seminar Pengurusan ICT ini telah disampaikan oleh Kapt Mohammad Efandy bin Jaffari dari PUSTEKMA dengan berkonsepkan teori. Antara skop - skop yang ditekankan dalam seminar tersebut adalah menerangkan tentang Prosedur Senggaraan dan Pelupusan Peralatan ICT di pasukan dan menerangkan tentang pengurusan perkakasan ICT.

Perlaksanaan seminar ini sekaligus dapat meningkatkan keupayaan pasukan dalam pengurusan tadbir urus pasukan, selain meningkatkan mutu sistem pengurusan teknologi maklumat dan logistik pasukan.




๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฌ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Puan Siti Aisyah binti Baharudin Pengerusi BAKAT 1 Skn RAJD ya...
07/07/2025

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฌ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Puan Siti Aisyah binti Baharudin Pengerusi BAKAT 1 Skn RAJD yang diiringi Penolong PKB telah meluangkan masa menyantuni keluarga BAKAT 1 Skn RAJD yang mempunyai masalah kesihatan dan yang baru bersalin di kediaman masing-masing di sekitar kawasan Taiping.

Sebanyak 3 buah rumah telah dilawati sepanjang pelaksanaan lawatan kali ini. Ianya melibatkan anak kepada Sjn Mohd Hanis bin Sobri bertempat di Taman Lela 1 yang mengalami patah tangan, isteri kepada Sjn Muhammad Firdaus bin Md Arsyad yang baru bersalin bertempat di RKAT dan anak kepada Kapt Wan Muhammad Haqโ€™qulyakin bin Mohd Fuzi bertempat di Taman Desa Jaya IV yang mengalami patah tangan.

Semasa sesi lawatan tersebut, Pengerusi BAKAT 1 Skn RAJD bersama ahli lawatan yang lain telah menyampaikan cenderahati dan sedikit nasihat kepada ahli-ahli BAKAT yang baru melahirkan cahaya mata dan anak-anak yang mengalami masalah kesihatan.

Akhir sekali, penganjuran aktiviti sebegini selari dengan Direktif Ketua Jurutera yang menyasarkan untuk mengimbangi keutamaan hidup baik dari keperluan diri, keluarga dan juga tugas yang menyumbang kepada kesejahteraan organisasi.




๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ ๐€๐’๐€๐’ (๐”๐Š๐€) ๐๐„๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ๐‘๐Ž๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€๐—ง๐—ฎ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด, ๐Ÿฎ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Ser...
02/07/2025

๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ ๐€๐’๐€๐’ (๐”๐Š๐€) ๐๐„๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ๐‘๐Ž๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€

๐—ง๐—ฎ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด, ๐Ÿฎ ๐—๐˜‚๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Seramai 2 x Peg dan 85 x LLP daripada Pasukan Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera DiRaja telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) bagi penggal kedua tahun 2025 bertempat di Taman Botani, Taiping. Objektif Ujian Kecergasan Asas (UKA) ini adalah untuk menguji dan menilai tahap kecergasan setiap Pegawai dan anggota dalam aspek fizikal dan juga mental agar mencapai pada tahap yang ditetapkan dalam perkhidmatan.

Acara dimulakan dengan perbarisan pagi dan bacaan doa. Seterusnya acara diteruskan lagi dengan sesi taklimat arahan pelaksanaan UKA oleh Jurulatih Jasmani Pasukan dan pemanasan badan bagi merenggangkan otot dan meminimumkan kecederaan semasa ujian dilaksanakan. Terdapat tiga Komponen dalam UKA iaitu larian sejauh 2.4 km bermasa, tekan tubi dan bangkit tubi.

Ujian UKA selaras dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30 iaitu cakna etos kepahlawanan dalam membangunkan strategi latihan yang mengambil kira keperluan fizikal, mental dan rohani yang mampu meningkatkan prestasi serta daya tahan. Tambahan p**a, ujian ini selari dengan Penumpuan Pertama (Man) dalam Sinergi 3M yang menekankan tahap fizikal dan mental dalam kalangan warga Angkatan Tentera supaya sentiasa berada pada tahap yang optimum.




๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Pemeriksaan Pakar Pendidikan 1 Skn RAJD Tahun 2025 telah dil...
01/07/2025

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - Pemeriksaan Pakar Pendidikan 1 Skn RAJD Tahun 2025 telah dilaksanakan pada 30 Jun 2025 di Sel Pendidikan Pasukan oleh Tim Pemeriksa daripada Sel Pendidikan MK 2 Div iaitu Lt Kol Hjh Mazlina binti Osman, Pegawai Staf 2 Pendidikan MK 2 Div.

Sesi pertama dimulakan acara menandatangani buku lawatan di Dataran 1 Skn RAJD disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Pasukan.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai tahap pengurusan pendidikan di pasukan supaya perkhidmatan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih efiksyen kepada seluruh warga 1 Skn RAJD.

Pemeriksaan Pakar Pendidikan ini juga dapat membantu pasukan dalam mempertingkatkan mutu dan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada seluruh warga tentera.

Segala teguran membina akan diambil tindakan sewajarnya bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di pasukan. Pemeriksaan ini juga dapat membantu persiapan pasukan untuk menghadapi Audit Pengurusan Tentera Darat pada bulan Okt 2025.




๐‘๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐๐Ž๐–๐‹๐ˆ๐๐† ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐€๐“ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“๐”๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - BAKAT Gabungan telah menganjurkan pertandingan bowling ...
30/06/2025

๐‘๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐๐Ž๐–๐‹๐ˆ๐๐† ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐€๐“ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“๐”๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฑ - BAKAT Gabungan telah menganjurkan pertandingan bowling bertempat di Winners Bowls, Taiping. Turut hadir meraikan aktiviti bowling ini adalah Pengerusi BAKAT iaitu Puan Syazwani binti Md Saad dan disertai bersama 16 ahli BAKAT yang lain.

Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, kerjasama dan perpaduan dikalangan ahli-ahli BAKAT.

Selesai pertandingan ini, aktiviti diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Pengerusi BAKAT. Acara bowling ini diakhiri dengan sesi bergambar.

Seterusnya pada sebelah petang telah dianjurkan Majlis Hi Tea bertempat di Thyme Florist Cafe, Taiping melibatkan seramai 16 orang ahli BAKAT yang bertemakan Pink Putih.

Majlis dimulakan dengan ketibaan dan ucapan oleh Pengerusi BAKAT dan seterusnya sesi suai kenal dengan AJK BAKAT. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan acara bergambar.




Address

Jalan Kamunting
Kamunting
34600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuadron Pertama RAJD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share