SURAU Tarbiyah Kg.Sentua,Perlis

SURAU Tarbiyah Kg.Sentua,Perlis MARKAZ TARBIYAH KG. SENTUA

09/06/2026

๐˜ฟ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰-๐™‰๐™”๐˜ผ ๐™†๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™๐™€๐™๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ โ—โ—โ—

Jangan Lupa Temujanji Kita, Ayuh Sertai Kami Ke;
๐Ÿ”ฅ๐Ÿ๏ธ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›๐Ÿ๏ธ๐Ÿ”ฅ..

Para Amilin PAS Patut Mengambil Ibrah Ayat Dari Surah Al-Furqan Iaitu Menjadi Hamba-Hamba Ar-Rahman, Bertebaran (Menunggang Motosikal) Dengan Rasa Rendah Diri Dan Berakhlak Serta Menyampaikan Kebaikan Dan Dakwah Meskipun Bila Bertemu Golongan Yang Masih Jahil Terhadap Agama..

๐Ÿ—“๏ธ TARIKH : ๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡ : ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“)
๐Ÿ•’ MASA : ๐“๐€๐˜๐€๐‘ ๐†๐Ž๐‹๐„๐Š ๐‰๐€๐Œ ๐Ÿ“:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐„๐“๐€๐๐†
๐Ÿ“ RV UTAMA: ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐‚๐€๐‹๐“๐„๐—, ๐Š๐Ž๐๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐†

"Jadilah Seorang Yang Menjadi Penyebab Orang Lain Nampak Keindahan Islam Dengan Mempamerkan Akhlak Yang Baik Ketika Menunggang Dan Ketika Menyertai Mana-Mana Konvoiโ€..

โš ๏ธ #๏ธโƒฃ ๐™‘๐™ž๐™ง๐™–๐™ก๐™†๐™š๐™™๐™–๐™: Tag Kawan-Kawan Yang Kaki Motor, Jom Kita Buat Kompleks PAS Batu 9 Bergegar Dengan Gelombang Hijau๐ŸŸข..
Kita Tunjuk Pada Malaysia Betapa "๐—š๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž" Dan BersatuNya Jentera Kita..๐Ÿค

Semoga Konvoi Ini Berjalan Lancar Dan Mencapai Impak Yang Diharapkan..๐Ÿคฒ

"๐™๐™„๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐™†๐™ƒ๐™๐™’๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™†๐™’๐˜ผ๐™ƒ"
"๐™†๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™…๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™€๐™๐˜ผ-๐™‰๐™„๐™†๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™๐™‰๐™๐™๐™† ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™๐˜ผ"
"๐™๐™ƒ๐™€ ๐™‚๐™๐™€๐˜ผ๐™๐™€๐™ ๐™†๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ"
"๐™†๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‡๐™„ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™‰๐™”๐™€๐™‡๐™€๐™Ž๐˜ผ๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™Ž๐™‡๐˜ผ๐™ˆ"



09/06/2026

Gelombang semangat anak muda Kedah terus memuncak..

Mari kita rapatkan saf dan perkukuhkan gerak kerja menjelang Pelancaran Jentera Pemuda PAS Kedah dan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah pada :

Tarikh : 12 Jun 2026
Hari: Jumaat
Tempat : Kompleks PAS Kedah.

Bersama kita gerakkan kekuatan, satukan langkah dan terus mara mempertahankan Kedah demi Mandat36.

Jumpa di sana....

09/06/2026
09/06/2026
09/06/2026

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat

SOKONG PENDIRIAN PAS PUSAT, PRINSIP TA'AWUN SIYASI MESTI MENDUKUNG GAGASAN PENYATUAN UMMAH

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mendukung penuh pendirian PAS Pusat untuk menamatkan kerjasama politik dengan parti Bersatu. Pendirian itu susulan daripada kenyataan Tuan Guru Tan Sri Presiden PAS yang sebelumnya menyatakan hasrat mengkaji semula hubungan politik dengan parti tersebut.

DUPP ingin menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Bersatu adalah berasaskan kepada ta'awun siyasi yang bertitik tolak daripada prinsip tolong-menolong atas dasar kebaikan. Seharusnya prinsip ini menjadi dukungan utama terhadap agenda teras yang diperjuangkan PAS secara konsisten sejak sekian lama iaitu gagasan penyatuan ummah.

Agenda untuk memperjuangkan gagasan penyatuan ummah ini adalah teras utama politik dan formula yang lebih ampuh bagi meruntuhkan wacana politik PH-DAP. Ia wajar digerakkan secara konsisten apatah lagi kesiapsiagaan jentera bagi menghadapi pilihan raya yang lebih strategik.

Namun, apabila kerjasama politik ini tidak menatijahkan kepada penyatuan ummah yang lebih besar, tambahan lagi terdapat halangan-halangan tertentu, maka pendirian yang dinyatakan oleh PAS Pusat ini hadir tepat pada masanya.

DUPP ingin menyeru seluruh anggota abnaul harakah agar menerima keputusan PAS Pusat dengan jiwa besar. InsyAllah apa jua yang diputuskan hari ini adalah selari dengan prinsip perjuangan Islam. PAS tidak akan berundur, bahkan akan terus melangkah lebih gagah insyAllah.

Sekian.

YB USTAZ DATOโ€™ HJ AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

9 Jun 2026 Miladi bersamaan 23 Zulhijjah 1447 Hijri

09/06/2026

๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐ƒ๐ข ๐’๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐€๐’ ๐˜๐š๐ง๐  ๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐“๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ

Dalam HIMPIT baru-baru ini, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membawa satu kisah lama kepada anak muda.

Menurut Tuan Guru, kisah ini beliau dengar sendiri daripada Almarhum Dr. Haji Abbas bin Haji Alias, atau lebih dikenali sebagai Dr. Abbas Alias, Yang Dipertua Agung PAS ke-2 yang memimpin parti sekitar tahun 1953 hingga 1956.

Cerita ini berlaku pada era awal perjuangan PAS, selepas parti itu ditubuhkan pada 24 November 1951, ketika Tanah Melayu masih berada di bawah pentadbiran British dan suasana politik mula berubah menuju pilihan raya.

Pada waktu itu, Dr. Haji Abbas pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran PAS sebagai parti politik yang sah, supaya PAS boleh bergerak secara rasmi dan menyertai pilihan raya.

Namun apabila sampai di pejabat tersebut, pegawai British yang sepatutnya menandatangani kelulusan itu tiada.

Yang ada hanya timbalannya, seorang lelaki India beragama Hindu.

Di sinilah bermulanya satu kisah takdir Allah yang sangat halus.

Rupa-rupanya, lelaki India itu pernah melalui satu peristiwa hidup dan mati ketika zaman Jepun menjajah Tanah Melayu.

Waktu itu, dia ditahan tentera Jepun dan hampir dijatuhkan hukuman pancung.

Dr. Haji Abbas p**a ketika itu merupakan seorang doktor perubatan. Dalam suasana perang, tentera Jepun sangat memerlukan khidmat doktor.

Dengan ruang yang ada, Dr. Haji Abbas memujuk pihak Jepun supaya tidak meneruskan hukuman tersebut.

Akhirnya, hukuman pancung itu dibatalkan.

Lelaki India itu terselamat.

Bertahun kemudian, selepas British kembali ke Tanah Melayu, lelaki yang pernah diselamatkan nyawanya itu dilantik p**a menjadi Timbalan Pengarah Pendaftar Pertubuhan.

Dan pada hari Dr. Haji Abbas datang untuk mendaftarkan PAS, dialah orang yang berada di pejabat itu.

Sebaik melihat Dr. Haji Abbas, lelaki itu terus teringat peristiwa lama tersebut.

Katanya lebih kurang begini,

โ€œOh, doktor inilah yang pernah selamatkan saya dahulu. Kenapa doktor datang ke sini?โ€

Dr. Haji Abbas menjawab bahawa beliau datang untuk mendaftarkan PAS sebagai parti politik, supaya PAS boleh bergerak secara sah dan masuk pilihan raya.

Mendengar perkara itu, lelaki tersebut terus mengambil pen.

Lalu menandatangani kelulusan pendaftaran PAS.

Maka terbukalah jalan untuk PAS bergerak secara rasmi dalam medan politik tanah air.

Begitulah halusnya aturan Allah.

Itulah pesan besar daripada kisah yang Tuan Guru bawa kepada anak muda di HIMPIT.

Perjuangan ini panjang.

Yang kita buat hari ini, mungkin bukan hari ini Allah tunjuk hasilnya.

Tapi bila sampai waktunya, Allah buka jalan dari arah yang kita tidak pernah fikir.

- Nota HIMPIT Pemuda Marang

Kredit : Ahmad Yahya

โ€ผ๏ธ SEDEKAH SETIAP PETANG JUMAAT ๐Ÿ“Œ 12/6/2026 โŒš 6.00 PETANG ๐Ÿ•Œ SURAU KG. SENTUA, UTAN AJI, PERLIS.  ๐Ÿ”ฐ ANJURAN : ANJURAN MPK...
09/06/2026

โ€ผ๏ธ SEDEKAH SETIAP PETANG JUMAAT

๐Ÿ“Œ 12/6/2026

โŒš 6.00 PETANG

๐Ÿ•Œ SURAU KG. SENTUA, UTAN AJI, PERLIS.

๐Ÿ”ฐ ANJURAN :
ANJURAN MPKK KG. SENTUA & PAS CAWANGAN KG. SENTUA

- Jugak Dialu-alukan Untuk Tuan/Puan Bersedekah Di Hari Jumaat Yang Mulia Untuk Menjayakan Program Ini...

โœณ๏ธ Boleh Bank In Ke Akaun
- MADRASAH PUSAT TARBIAH
(8601617965 - CIMB)

๐Ÿ’ธ Sebarang Sumbangan Boleh Diberi Kepada:

๐Ÿ“ ABG LAN - 017-414 2420
๐Ÿ“ KAK SU - 013-525 5386
๐Ÿ“ ZAKI - 017-505 3950
๐Ÿ“ MAK LANG - 019-705 5970

โ€œJemput Pakat-Pakat Mai Nahโ€

https://www.facebook.com/share/p/18PTUpknMC/

08/06/2026

Address

Kangar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SURAU Tarbiyah Kg.Sentua,Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share