Perpustakaan Desa Teluk Jambu Perlis

Perpustakaan Desa Teluk Jambu Perlis +6049760734

28/08/2020
Kami orang Utara..Bukan kecil tapi haluihBukan muat tapi celuihBukan terbenam tapi pereluihBukan rencong tapi tiruih.Buk...
28/08/2020

Kami orang Utara..

Bukan kecil tapi haluih
Bukan muat tapi celuih
Bukan terbenam tapi pereluih
Bukan rencong tapi tiruih.
Bukan laju tapi deraih.
Bukan panjat tapi ragaih.
Bukan tersungkur tapi tetomoih

Bukan bersalin tapi beranak
Bukan bodoh tapi benak, Kalau terlalu bodoh, kita kata bodoh piang
Bukan dongak tapi langut
Bukan angkat, kita kata angkit
Bukan bangun tapi bangkit,
Bukan semut gigit tapi semut ketit.

Bukan pondok tapi dangau
Bukan cakar tapi renghau
Bukan reban ayam tapi lau ayam
Bukan merayau tapi melilau.
Bukan lihat tapi tengok,
Bukan gelojoh tapi prolok,
Bukan peluk tapi kapok.

Bukan baling tapi punggai
Bukan pucat tapi kemasai,
Bukan lalai tapi lengai
Kita tak kata garang, kita kata cengei.
Bukan pancing tapi mengai.
Bukan.cuba tapi terai.

Bukan selut tapi keleboq
Bukan gayong tapi cebok.
Bukan bontot tapi pungkoq
Bukan cemerkap tapi loklaq
Bukan pencuri tapi kawaq
Bukan sarapan pagi tapi menyorok.

Bukan malu tapi segan.
Kita tak kata s**a, kita kata bekenan
Bukan sekejap tapi sat.
Bukan gula gula.tapi cekelat
Bukan kenapa tapi awat

Kita tak kata bila,kita kata mengkala.
Bukan warna tapi kala.
Bukan pandai tapi tera
Bukan galak tapi merela
Bukan mereka tapi depa

๐Ÿ˜€๐Ÿ™„


Geng-geng masuk dapur selalu potong mcm mana? Ada beza ke kalau potong mcm tu?๐Ÿ˜…Kredit: Siti Khadijah Md Kassim
27/08/2020

Geng-geng masuk dapur selalu potong mcm mana? Ada beza ke kalau potong mcm tu?๐Ÿ˜…

Kredit: Siti Khadijah Md Kassim

Sekiranya anda ada kucing dengan luka di hidung sila dapatkan rawatan kerana jangkitan kulat tersebut boleh menjangkiti ...
27/08/2020

Sekiranya anda ada kucing dengan luka di hidung sila dapatkan rawatan kerana jangkitan kulat tersebut boleh menjangkiti manusia.

Sporotrichosis adalah penyakit kulat pada bahagian kulit yang berpunca daripada kulat sporotrix schenkii. Kulat ini merebak melalui โ€˜lymphatic vesselโ€™ (nodus limfa).

Jangkitan pada kucing biasa berlaku akibat pergaduhan dengan kucing liar yang lain. Jangkitan pada manusia berlaku apabila kucing yang telah dijangkiti mencakar, mengigit atau ada luka pada permukaan kulit.

Gejala jangkitan
โœ”๏ธ Bengkak merah kecil pada permukaan kulit yang tidak menyakitkan
โœ”๏ธBengkak tersebut semakin membesar dan merebak kelihatan seperti luka yang tidak sembuh
โœ”๏ธ ia merebak secara memanjang di sepanjang cecair limfa.

Dalam kes yang lebih serius jangkitan boleh merebak ke mata, paru paru dan diseluruh tubuh.
Selain dari kucing, anda juga boleh mendapat jangkitan dari persekitaran apabila kulat yang terdapat pada najis/ tanah terkena kulit yang luka semasa anda sedang berkebun

Rawatannya adalah dengan menggunakan pil anti kulat yang khusus dan perlu diambil utk tempoh yang tertententu

Kluster Tawar: Kluster aktif terbesar dan strain D614GSetakat 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling t...
27/08/2020

Kluster Tawar: Kluster aktif terbesar dan strain D614G

Setakat 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling tinggi dan diberi tumpuan oleh KKM. Sebanyak 73 kes positif COVID-19 telah direkodkan sejak kluster ini dikesan pada 12 Ogos lalu. Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara yang merupakan pembekal makanan ringan dan penjual besi buruk. Dia dikesan positif ketika menjalani saringan selepas bergejala di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Sehingga kini, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Daripada 73 kes, enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setakat ini, kluster tersebut tidak melaporkan kematian.
Kluster ini merebak di empat daerah di Kedah dengan Kuala Muda paling tinggi 26 kes, Baling (20), Kulim (15) dan S*k (1 kes). Kluster ini juga dikesan di Pulau Pinang melibatkan Timur Laut (6), Barat Daya (4) dan Seberang Prai Utara (1 kes).

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datoโ€™ Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mengesyaki kluster ini melibatkan strain mutasi D614G tetapi pengesahan hanya boleh dibuat selepas ujian makmal. Ujian ini memakan masa kerana virus itu perlu diasingkan dan dikultur (dibiak) sebelum ujian dilakukan.

Sebelum ini, KKM telah mengesan strain mutasi D614G dalam tiga kes dari Kluster PUI Sivagangga yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks serta satu kes dari Kluster Bukit Tiram yang merupakan warga Filipina. Kluster Bukit Tiram telah diisytiharkan tamat 26 Ogos.

Media antarabangsa, South China Morning Post (SCMP) pernah melaporkan hanya dua negara di Asia yang mengesan strain mutasi D614G iaitu Malaysia dan Filipina.

Strain mutasi ini dikatakan berasal dari Eropah dan merebak sehingga menjadi โ€˜super spreaderโ€™ di Pakistan dan India. Namun, kekuatan strain (virulence) dikatakan sama seperti strain biasa tetapi ia cepat merebak dan tinggi โ€˜viral loadโ€™.

Paradise is here ๐ŸŒž๐Ÿ
27/08/2020

Paradise is here ๐ŸŒž๐Ÿ

Sosej yang dijual perlu mengandungi lebih 65% daging dan kurang 30% kandungan lemak.Teliti label pada produk makanan unt...
27/08/2020

Sosej yang dijual perlu mengandungi lebih 65% daging dan kurang 30% kandungan lemak.

Teliti label pada produk makanan untuk mendapatkan maklumat pemakanan bagi memilih produk makanan yang mengandungi kurang garam dan lemak. -

Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

sempena dgn bulan kemerdekaan ni,jom kita  bertanya khabaq dan berkenalan...nak tau jgk friend kami semua dari negeri ma...
27/08/2020

sempena dgn bulan kemerdekaan ni,jom kita bertanya khabaq dan berkenalan...nak tau jgk friend kami semua dari negeri mana...
jom sama2 sporting,baru best kan...
๐Ÿ˜Šโค๏ธ๐Ÿ˜Š

jom 3D, sapa blh teka disebalik warna warni ni,anda sememangnya HEBAT...๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ˜Š
26/08/2020

jom 3D, sapa blh teka disebalik warna warni ni,anda sememangnya HEBAT...๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ˜Šโค๏ธ๐Ÿ˜Š
25/08/2020

๐Ÿ˜Šโค๏ธ๐Ÿ˜Š

sapa tau apa beza antara 2 daun ni...๐Ÿ˜Š
25/08/2020

sapa tau apa beza antara 2 daun ni...๐Ÿ˜Š

Address

Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Jambu, Bintong, 01000
Kangar
PERLIS

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:00
14:45 - 18:00

Telephone

+6049760734

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Teluk Jambu Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Teluk Jambu Perlis:

Share