Perpustakaan Desa Taman Kemajuan Perlis

Perpustakaan Desa Taman Kemajuan Perlis Perpustakaan Desa Taman Kemajuan Perlis

12/06/2026
Kopi Nap Tengah HariRamai orang pernah rasa mengantuk teruk selepas makan tengah hari. Mata berat, badan rasa perlahan, ...
12/06/2026

Kopi Nap Tengah Hari

Ramai orang pernah rasa mengantuk teruk selepas makan tengah hari. Mata berat, badan rasa perlahan, kerja p**a masih panjang.

Ada satu kaedah ringkas yang dipanggil coffee nap.

Caranya, minum kopi dahulu, kemudian tidur sekejap sekitar 15 hingga 20 minit. Kafein biasanya mengambil masa untuk mula memberi kesan. Jadi apabila kita bangun, kesan rehat sekejap dan kafein boleh berlaku hampir serentak.

Sebab itu ada orang rasa lebih segar, lebih fokus dan kurang mengantuk selepas coffee nap.

Namun, jangan tidur terlalu lama. Jika melebihi 30 minit, badan boleh masuk fasa tidur lebih dalam dan kita mungkin bangun dengan rasa berat kepala atau lebih lesu.

Waktu paling sesuai ialah selepas makan tengah hari, sekitar jam 1 hingga 3 petang. Elakkan lewat petang kerana kafein boleh mengganggu tidur malam.

Coffee nap juga bukan untuk semua. Jika anda mudah berdebar, ada gastrik, anxiety, hamil, atau sensitif dengan kopi, pilih power nap biasa pun sudah memadai.

Kadang bukan perlu kopi banyak. Yang penting, rehat sekejap dengan cara yang betul.

Sumber : Public Health Malaysia

11/06/2026

๐Ÿ“š DAFTAR u-PUSTAKA HARI INI! ๐Ÿ“š

Tahukah anda? Dengan keahlian u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai koleksi digital seperti e-buku, e-majalah, bahan rujukan dan banyak lagi โ€” semuanya di hujung jari, bila-bila masa dan di mana sahaja.

โœ… Percuma untuk rakyat Malaysia
โœ… Akses bahan digital 24/7
โœ… Mudah didaftarkan secara dalam talian
โœ… Sesuai untuk pelajar, penjawat awam, usahawan dan seluruh keluarga

Ikuti langkah mudah dalam poster ini untuk mendaftar dan mula menikmati dunia ilmu tanpa sempadan.

๐ŸŒ Daftar sekarang di: www.u-library.gov.my

โ€œUtamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustakaโ€

11/06/2026

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jom bersama-sama menjadi sebahagian daripada detik bersejarah Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

๐Ÿ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•“ 4.00 Petang
๐Ÿ“ Pentas Utama, Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Sambutan ini menghimpunkan kepelbagaian budaya, warisan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam memperkukuh perpaduan demi masa depan negara yang lebih harmoni dan sejahtera.

โœจ Mari raikan keunikan kita, eratkan silaturahim dan buktikan bahawa perpaduan adalah kekuatan negara.

"Bersama Membina Negara Bangsa"

Anwar Ibrahim
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Sabah
JPNIN Sabah





Sesi Pertukaran buku KAIL Bulan Jun di SK Seri Perlis. Terima kasih kepada Cikgu Azura dan semua peserta yang memberi ke...
10/06/2026

Sesi Pertukaran buku KAIL Bulan Jun di SK Seri Perlis. Terima kasih kepada Cikgu Azura dan semua peserta yang memberi kerjasama pada sesi Pertukaran buku pada pagi ini. Semoga program ini memberi manfaat pada semua peserta.๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š

10/06/2026

MAKLUMAT TEPAT BERMULA DENGAN SOALAN YANG BETUL

Dalam era limpahan maklumat, kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan amat penting bagi memastikan setiap maklumat yang diperoleh adalah tepat, relevan dan boleh dipercayai.

Kaedah 5W1H membantu kita meneroka maklumat dengan lebih terarah melalui persoalan asas seperti What, Why, Who, Where, When dan How.

Dengan bertanya soalan yang betul, kita dapat:
โœ… mengenal pasti maklumat yang diperlukan
โœ… memahami tujuan pencarian maklumat
โœ… menilai kewibawaan sumber
โœ… memastikan maklumat masih relevan
โœ… menggunakan maklumat secara sistematik dan bertanggungjawab

Jadikan 5W1H sebagai panduan dalam pencarian maklumat harian. Nilai dengan bijak, gunakan dengan tepat.

๐Ÿ”ฅ Ingin menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat di organisasi, institusi atau komuniti anda?

Jemput Perpustakaan Negara Malaysia untuk berkongsi ilmu dan melaksanakan Bengkel Literasi Maklumat di tempat anda.

๐Ÿ‘‰ Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Bahagian Gerakan Literasi Maklumat
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur
Tel: 03-2687 4396 / 4336
E-mel: [email protected]

๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข : ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐“๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ๐ŸŒน๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ Atau Keletihan Fizikal, Mental, Dan Emosi Boleh Berl...
10/06/2026

๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข : ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐“๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ๐ŸŒน

๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ Atau Keletihan Fizikal, Mental, Dan Emosi Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Sahaja. Ia Terjadi Akibat Daripada Perasaan Tekanan Berpanjangan Yang Dialami Oleh Seseorang Individu. Sekiranya Tidak Diuruskan Dengan Efektif, Ia Akan Membunuh Kefungsian Kerjaya Serta Peranan Hidup Seseorang Individu.

Hari Ini Dikongsikan Info Berkaitan ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐“๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ Untuk Makluman Dan Perhatian Kita Bersama๐ŸŒน

Semoga Info Ini Memberi Manfaat & Inspirasi Kepada Kita๐ŸŒน

Sumber : Unit Psikologi Dan Kaunseling JKNPerlis

10/06/2026
09/06/2026

๐™†๐™„๐™๐˜ผ ๐˜ฟ๐™€๐™๐™„๐™† (๐˜พ๐™ค๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™™๐™ค๐™ฌ๐™ฃ)
2 ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™‡๐˜ผ๐™‚๐™„

Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Likas pada 11hb Jun hingga 14hb Jun 2026 ini.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua seperti Pameran Rumah KAMI, 5 Perkampungan Etnik, Pertandingan Sabah Idol, FoodUnites,Jualan MADANI, Pertandingan E-Sports, Larian Negara Bangsa, Persembahan Artis terkenal tanah Air Awie, Estranged, Jaclyn Victor di Konsert Malam Unity Sama-Sama dan ramai lagi.

Bah! Datanglah beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!!!

Masuk adalah percuma

Jumpa anda di sana!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
JPNIN Sabah
Sabah
ERA Sabah





Address

Perpustakaan Desa Taman Kemajuan
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Taman Kemajuan Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category