Markas Briged Ke-30 Infantri

Markas Briged Ke-30 Infantri Info terkini berkenaan Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia.
-TEGUH PERISAI-

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐˜๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„-5 ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐ƒ๐€๐, ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐€๐˜๐” ๐‡๐ˆ๐“๐€๐ŒBUKIT KAYU HITAM, 3 September 202...
03/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐˜๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„-5 ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐ƒ๐€๐, ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐€๐˜๐” ๐‡๐ˆ๐“๐€๐Œ

BUKIT KAYU HITAM, 3 September 2026 โ€“ Menteri Pertahanan, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, telah mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5 RS), Bukit Kayu Hitam bagi meninjau perkembangan operasi keselamatan sempadan, pembangunan kem serta aspek kebajikan warga Tentera Darat Malaysia (TDM), khususnya anggota 5 RS.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan taklimat berkaitan peranan dan tanggungjawab 5 RS dalam melaksanakan operasi kawalan keselamatan sempadan, selain penerangan mengenai perkembangan pembangunan Kem 5 RS.

Selesai sesi taklimat, YB Menteri Pertahanan turut meninjau beberapa lokasi strategik di kawasan pasukan termasuk blok bangunan baharu serta laluan keselamatan bagi melihat sendiri keadaan infrastruktur, kemudahan sokongan dan keperluan operasi yang digunakan oleh warga pasukan dalam melaksanakan tugas harian.

Program diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama warga 5 RS di Dewan Makan Pasukan. Dalam usaha memperkukuhkan kebajikan warga TDM, YB Menteri Pertahanan turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada anggota, pasangan serta anak-anak anggota yang menghadapi masalah kesihatan kronik dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu, YB Menteri Pertahanan turut berkesempatan berinteraksi bersama warga 5 RS bagi mendengar pandangan, keperluan serta cabaran yang dihadapi anggota dalam melaksanakan tugasan di persempadanan negara.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kesiapsiagaan operasi pasukan sentiasa berada pada tahap tertinggi, di samping memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur, kemudahan sokongan serta kebajikan warga TDM, khususnya pasukan yang berada di barisan hadapan menjaga keselamatan sempadan negara.

Turut hadir bersama dalam lawatan kerja ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman.

03/09/2026
๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”KANGAR, 30 Ogos 2026 โ€“ Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 P...
31/08/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KANGAR, 30 Ogos 2026 โ€“ Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Majlis bersejarah ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis yang berkenan hadir menyempurnakan sambutan tersebut.

Turut berangkat bersama ialah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis serta Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Hadir sama memeriahkan acara ialah Yang Amat Berhormat Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta para tetamu kehormat.

Bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, sambutan pada tahun ini membawa mesej penting mengenai usaha memperkukuhkan perpaduan rakyat, meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta memastikan pembangunan negara dapat dinikmati secara menyeluruh. Tema tersebut turut menggambarkan aspirasi negara dalam membina Malaysia yang lebih maju, harmoni, inklusif dan berdaya tahan melalui tadbir urus yang baik serta kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat.

Pelbagai pengisian menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan, termasuk pertandingan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan, persembahan kebudayaan, pertunjukan bunga api, persembahan pantomim Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan khas seni bela diri, Rentak Anak Malaysia, persembahan Pancaragam Gabungan 30 Briged Infantri Malaysia serta persembahan Rockestra Gitar.

Antara persembahan yang paling mencuri perhatian ialah aksi daripada Pancaragam Gabungan 30 Briged Infantri Malaysia yang tampil dengan persembahan penuh bertenaga menerusi gabungan muzik, elemen pertunjukan khas, semburan api serta tarian yang berjaya memukau para hadirin sepanjang acara berlangsung.

Selain itu, suasana sambutan turut disemarakkan dengan persembahan hiburan daripada artis jemputan yang membawa lagu-lagu berunsurkan patriotik dan semangat cintakan negara, sekali gus mewujudkan suasana penuh keceriaan bersama para pengunjung.

Bagi acara perbarisan dan perarakan, sebanyak 70 kontinjen melibatkan seramai 5,017 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan serta organisasi negeri. Penyertaan turut melibatkan 1,800 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) daripada universiti awam seluruh negara, memperlihatkan semangat generasi muda dalam menghargai sejarah kemerdekaan serta mempertahankan kedaulatan negara.

Sambutan pada tahun ini mendapat sambutan amat menggalakkan apabila lebih 40,000 pengunjung hadir memenuhi kawasan acara. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang membuktikan semangat patriotisme, perpaduan dan rasa cinta yang tinggi terhadap Malaysia masih kukuh dalam kalangan rakyat.

Kemuncak sambutan berlangsung tepat jam 12.00 tengah malam dengan laungan keramat โ€œMerdeka!โ€ sebanyak tujuh kali, diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu kebangsaan Negaraku sebagai simbolik menyambut ulang tahun kemerdekaan negara dengan penuh semangat dan rasa bangga.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 bukan sahaja menjadi medan meraikan kemerdekaan, malah menjadi wadah untuk menyatukan rakyat, memperkukuhkan semangat kenegaraan serta menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membentuk Malaysia yang aman dan berdaulat.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69Panglima 30 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Haji Hashim dan seluruh warga 30 Briged ...
31/08/2026

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69

Panglima 30 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Haji Hashim dan seluruh warga 30 Briged mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’8๐‡โ€œ๐ท๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐พ๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘  ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ข (๐‘ค๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘– ๐‘€๐‘ขโ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘Ž๐‘‘) ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘–...
25/08/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’8๐‡

โ€œ๐ท๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐พ๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘  ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ข (๐‘ค๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘– ๐‘€๐‘ขโ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘Ž๐‘‘) ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š.โ€
Surah al-Anbiyaโ€™, ayat 107

Salam Maulidur Rasul 1448H diucapkan kepada seluruh umat Islam. Sesungguhnya kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya rahmat dan teladan agung buat kita semua.

Ikhlas Daripada : Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Haji Hashim, Panglima 30 Briged

LAND EX THAMAL SIRI 29/2026 PERKUKUH INTEROPERABILITI TENTERA DARAT MALAYSIA DAN ROYAL THAI ARMY
12/08/2026

LAND EX THAMAL SIRI 29/2026 PERKUKUH INTEROPERABILITI TENTERA DARAT MALAYSIA DAN ROYAL THAI ARMY

11/08/2026
06/08/2026
PERASMIAN PEMBUKAAN EKSESAIS LAND THAMAL SIRI 29/2026GERIK, PERAK, 5 Ogos 2026 โ€“ Perasmian Pembukaan Eksesais LAND THAMA...
06/08/2026

PERASMIAN PEMBUKAAN EKSESAIS LAND THAMAL SIRI 29/2026

GERIK, PERAK, 5 Ogos 2026 โ€“ Perasmian Pembukaan Eksesais LAND THAMAL Siri 29/2026 telah disempurnakan oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia (30 Bgd), Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Haji Hashim bersama 5th Infantry Brigade Commander, Snr Kol Taweeporn Kanatong di Airstrip Gerik, Perak.

Eksesais bilateral yang dianjurkan secara tahunan dengan konsep penggiliran tuan rumah antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Royal Thai Army (RTA) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan pertahanan kedua-dua negara.

Eksesais LAND THAMAL Siri 29/2026 dilaksanakan dalam tiga fasa utama, iaitu Cross Training Exercise (CTX), Combined Military Civil Action (CMCA) dan Field Training Exercise (FTX). Pelaksanaan CMCA turut memperlihatkan komitmen kedua-dua angkatan tentera dalam mendekati masyarakat menerusi program Jiwa Murni, sekaligus mengukuhkan hubungan antara tentera dan komuniti setempat.

Menurut 5th Infantry Brigade Commander, penganjuran Eksesais LAND THAMAL bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand, malah meningkatkan keupayaan kedua-dua negara dalam menghadapi pelbagai cabaran seperti bencana alam, ancaman keselamatan, konflik serta isu keselamatan serantau melalui kerjasama yang lebih erat dan persefahaman yang tinggi.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah (Keselamatan) MTBCO, Lt Kol Mohd Ezrin bin Daud, Chief of Staff 5th Infantry Brigade, Lt Col Kittikul Navayo, Pegawai Memerintah 4 RS, Lt Kol Muhammad Fairuz Hafiz bin Ramli, Commanding Officer 1st Infantry Battalion, Lt Kol Eakkaluck Chaithaworn serta pegawai-pegawai kanan daripada Tentera Darat Malaysia dan Royal Thai Army.

Sembah Mengadap Kepada DYMM Tuanku Raja PerlisKebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raj...
31/07/2026

Sembah Mengadap Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah perkenan menerima sembah mengadap Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat (PTD) di Istana Arau. Sembah mengadap ini merupakan julung kalinya selepas dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31.

Sembah mengadap tersebut menjadi manifestasi hubungan erat antara Institusi Diraja dan Tentera Darat Malaysia dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara di samping menjunjung kasih atas sokongan serta keprihatinan berterusan Kebawah DYMM Tuanku terhadap warga Tentera Darat.

Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman telah melaksanakan perjumpaan ringkas bersama warga Markas Ke-30 Briged Infantri selepas sembah mengadap kepada DYMM Tuanku Raja Perlis. Selaku pemerintah tertinggi TD, Kehadiran Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman ke Markas Ke-30 Briged Infantri Kem Bukit Cowder ini merupakan suatu kebanggaan kepada seluruh warga tentera di Kem Bukit Cowder.

Address

Kangar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Briged Ke-30 Infantri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share