Jabatan Siasatan Jenayah Perlis

Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Government Organization, Jalan Tuanku Syed Putra, Kangar.

12/04/2023
MAJLIS PENUTUP LDP TEMPUR JARAK DEKAT (CQB) TAHUN 2022 KONTINJEN PERLISArau, 19 Ogos 2022 - Majlis Penutupan Latihan Dal...
19/08/2022

MAJLIS PENUTUP LDP TEMPUR JARAK DEKAT (CQB) TAHUN 2022 KONTINJEN PERLIS

Arau, 19 Ogos 2022 - Majlis Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Tempur Jarak Dekat (CQB) Tahun 2022 Kontinjen Perlis telah dirasmikan dengan jayanya oleh YDH ACP Wari A/L Kiew, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis, bertempat di Lapang Sasar Mata Ayer Arau Perlis

Latihan Dalam Perkhidmatan CQB ini telah berjalan selama seminggu mulai 15 Ogos 2022 sehingga 19 Ogos 2022.

Jumlah peserta adalah seramai 18 orang yang terdiri dari Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perlis dan dikendalikan oleh jurulatih / urusetia dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.

Objektif utama LDP ini adalah untuk menambahkan dan memantapkan ilmu pertempuran jarak dekat kepada peserta yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan demonstrasi serbuan oleh peserta-peserta LDP diikuti dengan acara pertandingan menembak jatuh piring,serta ucapan perasmian penutupan.

Konst Meor Abdul Ash Arif Bin Abdul Malek dari IPD Padang Besar telah dinobatkan sebagai peserta terbaik LDP manakala pasukan YDH Ketua Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai oleh YDH ACP Wari a/l Kiew dinobatkan sebagai pemenang pertandingan tembak jatuh piring.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta/ jurulatih, penyampaian cenderahati dan pemyampaian hadiah kepada pemenang tembak jatuh piring.

26/07/2022

HEBAHAN: JEMPUTAN “WEBINAR YAYASAN TUANKU FAUZIAH SIRI 11: "LADIES BOSS IN THE POLICE FORCE” ANJURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN PERLIS DENGAN KERJASAMA YAYASAN TUANKU FAUZIAH (YTF)

Jom kita saksikan pada ⏬
🗓 28 Julai 2022 [Khamis]
⏰ 8.30 - 12.15 ptg
🖥 Secara Dalam Talian
🔴[LIVE] di Facebook POLIS PERLIS di pauTAN ⏬
🔗https://www.facebook.com/IPKPERLIS

🕹 Majlis Perasmian Pembukaan Disempurnakan oleh ⏬
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail RAJA MUDA PERLIS

🕹 Majlis Perasmian Penutupan Disempurnakan oleh ⏬
DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
RAJA PUAN MUDA PERLIS

📌 Dijemput menonton bersama-sama

🔐Lock the date‼️🤩

Latihan Menembak Jabatan Siasatan Jenayah PerlisKangar, 21 Jun 2022 - Latihan Menembak Senjatapi Pistol Jenis CZ dan Rev...
21/06/2022

Latihan Menembak Jabatan Siasatan Jenayah Perlis

Kangar, 21 Jun 2022 - Latihan Menembak Senjatapi Pistol Jenis CZ dan Revolver. 38 bagi Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Siri 2/2022 telah dilaksanakan di Lapang Sasar Tertutup Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis. Latihan diketuai oleh YDH DSP P**n Nam a/l E Keling Pegawai Turus D9 JSJ Perlis, dan dihadiri seramai 75 orang terdiri daripada pegawai dan anggota dari JSJ Kontinjen Perlis.

Latihan tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran menembak dan kecekapan mengendalikan senjata api pistol.

Turut diadakan acara menembak Khas bagi Pegawai Kanan Polis JSJ Perlis bersama ACP Wari a/l Kiew Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis dan YDH Supt Sarih bin Salleh Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI RENDAH POLIS JABATAN SIASATAN JENAYAH PERLIS.Kangar, 14 Jun 2022 - Majlis Pemakaian Pan...
14/06/2022

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI RENDAH POLIS JABATAN SIASATAN JENAYAH PERLIS.

Kangar, 14 Jun 2022 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis berpangkat Sub Inspektor (SI) , Sarjan Mejar (SM) dan Sarjan (Sjn) bagi Pegawai Rendah Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis telah disempurnakan oleh YDH ACP Wari a/l Kiew Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis di Bilik Mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

Seramai (6) Pegawai Rendah Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Perlis telah dinaikkan pangkat iaitu SI Megat Abdul Halim Bin Ahmad, SM Zakiza Bt Abdullah, Sjn Mohd Fadzli Bin Abdul Halim Jalani, Sjn Mohamad Shukri Bin Dollah, Sjn Md Helmi Ridzuan Bin Razali dan Sjn Mohamad Zamri Bin Mohd Ramli.

Tahniah kepada semua Pegawai Rendah Polis yang telah dinaikkan pangkat dan semoga maju jaya.

‘GENERAL ROLL CALL’ JABATAN SIASATAN JENAYAH PERLISKangar Perlis – Satu Majlis ‘General Roll Call’ Jabatan Siasatan Jena...
27/05/2022

‘GENERAL ROLL CALL’ JABATAN SIASATAN JENAYAH PERLIS

Kangar Perlis – Satu Majlis ‘General Roll Call’ Jabatan Siasatan Jenayah Perlis telah diadakan pada 27 Mei 2022 bertempat di Dewan Serbaguna IPK Perlis bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Majlis yang dihadiri oleh 18 orang Pegawai Kanan Polis, 45 orang Pegawai Rendah Polis, dan 3 orang Pegawai Awam ini dimulakan dengan ketibaan oleh YDH ACP Wari a/l Kiew Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, kata-kata aluan pengacara majlis, bacaan doa, penyampaian arahan-arahan pentadbiran oleh ASP Mohamed Kamil Pegawai Turus D1, Ucapan oleh YDH Supt Azhar bin Ahmad Timbalan Ketua Jabatan SIasatan Jenayah (Risikan / Operasi) Perlis, Ucapan oleh YDH Surirani Binti Ali Timbakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) Perlis dan Ucapan serta Amanat oleh YDH ACP Wari a/l Kiew Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis. Turut diadakan adalah penyampaian Surat-surat penghargaan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis dan Sijil Pernyertaan Latihan Dalam Perkhidmatan.

‘General Roll Call’ ini diadakan setiap bulan bertujuan menyampaikan segala arahan-arahan tertinggi pucuk pimpinan serta amanat-amanat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dalam memastikan kesiapsiagaan, kelancaran tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Polis serta Pegawai Awam Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.


Daulat Tuanku
17/05/2022

Daulat Tuanku

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022M / 1443HYDH ACP Wari a/l Kiew, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis d...
01/05/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022M / 1443H

YDH ACP Wari a/l Kiew, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis dan seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Perlis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

01/05/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2022

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terima kasih atas sokongan dan penghargaan anda kepada PDRM. Warga Sang Saka Biru akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi memastikan keharmonian negara dan masyarakat sentiasa terpelihara.

"Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara"






#01052022

‘GENERAL ROLL CALL’ JABATAN SIASATAN JENAYAH PERLISKangar Perlis – Satu Majlis ‘General Roll Call’ Jabatan Siasatan Jena...
29/04/2022

‘GENERAL ROLL CALL’ JABATAN SIASATAN JENAYAH PERLIS

Kangar Perlis – Satu Majlis ‘General Roll Call’ Jabatan Siasatan Jenayah Perlis telah diadakan pada 29 April 2022 bertempat di Dewan Serbaguna IPK Perlis bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Majlis yang dihadiri oleh 17 orang Pegawai Kanan Polis, 51 orang Pegawai Rendah Polis, dan 4 orang Pegawai Awam ini dimulakan dengan ketibaan oleh YDH ACP Wari a/l Kiew Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, kata-kata aluan pengacara majlis, bacaan doa, penyampaian arahan-arahan pentadbiran oleh ASP Mohamed Kamil Pegawai Turus D1, Ucapan oleh YDH Supt Azhar bin Ahmad Timbalan Ketua Jabatan SIasatan Jenayah (Risikan / Operasi) Perlis dan Ucapan serta Amanat oleh YDH ACP Wari a/l Kiew Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

‘General Roll Call’ ini bakal diadakan setiap bulan bertujuan menyampaikan segala arahan-arahan tertinggi pucuk pimpinan serta amanat-amanat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dalam memastikan kesiapsiagaan, kelancaran tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Polis serta Pegawai Awam Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.


28/04/2022

Address

Jalan Tuanku Syed Putra
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Siasatan Jenayah Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share