Pusat Khidmat Menteri Besar Dun Bintong

Pusat Khidmat Menteri Besar Dun Bintong Bersama masyarakat Bintong. Sedia bantu, sedia dengar, sentiasa prihatin.

13/05/2026
13 Mei 2026 | SelasaPetang kelmarin, Pusat Khidmat Menteri Besar DUN Bintong bersama YB Datin Marzita Mansor, EXCO Pemba...
13/05/2026

13 Mei 2026 | Selasa

Petang kelmarin, Pusat Khidmat Menteri Besar DUN Bintong bersama YB Datin Marzita Mansor, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Pendidikan, Perpaduan serta Kebajikan & Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis telah mengadakan ziarah kebajikan serta menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit yang memohon bantuan tersebut.

Sumbangan telah disampaikan kepada Puan Norhaida Ghazali di Kampung Abi Padang Macang dan Encik Mohamad Shukor Ahmad di Kampung Syed Omar.

Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu memudahkan urusan harian para pesakit serta memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga yang menjaga mereka.

Didoakan agar kedua-dua penerima dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan ziarah kebajikan ini.



14 April 2026 l SelasaPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong pagi ini berkesempatan hadir bagi menunaikan solat jenazah ...
14/04/2026

14 April 2026 l Selasa

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong pagi ini berkesempatan hadir bagi menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Embun binti Hussin di Surau Abi Alor Kabong.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba yang solehah.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini.

13 April 2026 l IsninPusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bintong turut sama mengambil bahagian dalam menjayakan progra...
13/04/2026

13 April 2026 l Isnin

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bintong turut sama mengambil bahagian dalam menjayakan program Kenduri Rakyat sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berlangsung pada 13 April 2026 (Isnin) di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

Dalam program penuh meriah ini, PKWR DUN Bintong telah diamanahkan untuk menyediakan sebanyak 3 kawah Kurma Daging Perlis, dengan setiap kawah menggunakan anggaran 40kg daging. Penyediaan ini dilaksanakan secara gotong-royong (rewang) bersama para sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat setempat.

Program ini turut diserikan dengan siaran luar Bekpes HotFM yang membawa liputan secara langsung dari lokasi, selain menampilkan keunikan penyediaan 100 kawah Kurma Daging dan 100 ekor kambing golek yang menjadi tarikan utama pengunjung.

Penglibatan PKWR DUN Bintong dalam program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan rakyat Negeri Perlis dalam memelihara warisan budaya tradisi. Usaha penyediaan kurma daging secara besar-besaran ini juga sedang diusahakan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records.

Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

6 April 2026 | IsninAlhamdulillah,  hari ketiga PKWR DUN Bintong, Ahli Majlis Perbandaran Kangar Dun Bintong bersama pih...
06/04/2026

6 April 2026 | Isnin

Alhamdulillah, hari ketiga PKWR DUN Bintong, Ahli Majlis Perbandaran Kangar Dun Bintong bersama pihak Majlis Perbandaran Kangar, E-Idaman serta Pengerusi MPKK meneruskan kerja-kerja pemetaan persempadanan kampung bagi tujuan pengedaran tong sampah individu.

Kawasan yang terlibat pada hari ini ialah:

✅ Kampung Behor Inai
✅ Kampung Asam Bungkas

Keseluruhan kampung di Dun Bintong telah selesai pemetaan persempadanan kampung yang belum menerima tong sampah individu sebanyak 9 buah Kampung dalam Dun Bintong ini dengan anggaran tong sebanyak 1,034 unit tong sampah individu.

1. Kampung Baru Sungai Batu Pahat
2. kampung Kubang Arang
3. Kampung Ujung Bukit
4. Kampung Asam Bungkas
5. Kampung Behor Janggus
6. Kampung Wang Belimbing
7. Kampung Tok Seme
8. Kampung Behor Inai
9. Kampung Kechor

Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan sistem pengurusan sisa pepejal lebih tersusun, teratur dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

InsyaAllah, Moga gerak kerja edaran tong sampah individu akan dilakukan dengan secepat mungkin.

Terima kasih, Majlis Perbandaran Kangar Perlis , SWCorp Cawangan Kangar ,Ahli Majlis MPK Dun Bintong dan MPKK Dun Bintong atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang.




2 April 2026 | KhamisHari ini merupakan hari kedua PKWR DUN Bintong, Ahli Majlis Perbandaran Kangar Dun Bintong bersama ...
02/04/2026

2 April 2026 | Khamis

Hari ini merupakan hari kedua PKWR DUN Bintong, Ahli Majlis Perbandaran Kangar Dun Bintong bersama pihak Majlis Perbandaran Kangar, E-Idaman serta Pengerusi MPKK meneruskan kerja-kerja pemetaan persempadanan kampung bagi tujuan pengedaran tong sampah individu.

Kawasan yang terlibat pada hari ini ialah:

✅ Kampung Kechor
✅ Kampung Kubang Arang
✅ Kampung Ujung Bukit
✅ Kampung Tok Seme

Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan sistem pengurusan sisa pepejal lebih tersusun, teratur dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

InsyaAllah, gerak kerja ini akan diteruskan ke kampung-kampung lain yang masih belum menerima tong sampah individu.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat.




1 April 2026 | SelasaPagi ini, PKWR DUN Bintong bersama pihak Majlis Perbandaran Kangar, E-Idaman serta Pengerusi MPKK t...
01/04/2026

1 April 2026 | Selasa

Pagi ini, PKWR DUN Bintong bersama pihak Majlis Perbandaran Kangar, E-Idaman serta Pengerusi MPKK telah melaksanakan kerja-kerja pemetaan persempadanan kampung bagi tujuan tindakan pengedaran tong sampah individu.

Kawasan yang terlibat ialah:

✅ Kampung Batu Pahat
✅ Kampung Wang Belimbing
✅ Kampung Behor Janggus

Usaha ini adalah bagi memastikan pengurusan sisa pepejal lebih teratur dan sistematik demi keselesaan penduduk setempat.

InsyaAllah, selepas ini pihak berkenaan akan meneruskan gerak kerja ke kampung-kampung lain yang masih belum menerima tong sampah individu.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat.






21 Januari 2026Pagi tadi, pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong bersama Senggara Utara dan MPKK telah turun padan...
21/01/2026

21 Januari 2026

Pagi tadi, pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong bersama Senggara Utara dan MPKK telah turun padang meninjau jalan yang terpilih di Kampung Jarak, Kampung Asam Bungkas dan Kampung Wang Belimbing.

Tinjauan ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembaikan dan seterusnya dibawa kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat. Insya-Allah.

Laporan Pencapaian Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong bagi Tahun 2025 mencerminkan komitmen berterusan dalam menyant...
20/01/2026

Laporan Pencapaian Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong bagi Tahun 2025 mencerminkan komitmen berterusan dalam menyantuni keperluan rakyat, dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM1,426,677.95.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MPKK serta semua pihak berkepentingan atas kerjasama erat dalam menjayakan pelbagai program kebajikan, pembangunan komuniti dan khidmat masyarakat di seluruh DUN Bintong.

Semoga usaha ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat, insya-Allah.

17 Januari 2026Pagi tadi, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong dengan kerjasama MPKK, MTD Bintong serta Dewan Pemuda P...
17/01/2026

17 Januari 2026

Pagi tadi, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong dengan kerjasama MPKK, MTD Bintong serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar telah melaksanakan program gotong-royong di kediaman seorang warga asnaf di Kampung Teluk Jambu.

Program ini bertujuan meringankan beban keluarga terbabit serta memastikan persekitaran rumah yang lebih bersih, selesa dan selamat untuk didiami.

Semoga semangat kebersamaan dan keprihatinan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

16 Januari 2026Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong hari ini telah menyampaikan sumbangan sebuah pam air untuk kegunaa...
16/01/2026

16 Januari 2026

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong hari ini telah menyampaikan sumbangan sebuah pam air untuk kegunaan Surau Al Hidayah, Teluk Kacang, sebagai usaha memastikan kemudahan asas jemaah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa.

Dalam lawatan yang sama, pihak pusat khidmat turut meninjau tandas baharu yang telah siap dibina di surau tersebut di bawah seliaan dan kuasa Bahagian Pentadbiran Daerah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong.

Kemudahan ini diharapkan dapat memberi keselesaan serta manfaat kepada seluruh jemaah dan penduduk setempat.

Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan memperkukuhkan hubungan antara pusat khidmat dengan masyarakat setempat.

Address

745, 5 Jalan Abi Batas Paip, Kampung Abi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60103194406

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Menteri Besar Dun Bintong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Menteri Besar Dun Bintong:

Share