Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis Visi- Peneraju perkhidmatan bantuan guaman untuk memberi akses kepada keadilan.

Misi- memberi perkhidmatan bantuan guaman yang berkualiti secara professional kepada warganegara yang berkelayakan bagi menjamin akses kepada keadilan.

22/03/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bantuan Negeri Perlis (JBG Perlis) akan mengadakan KLINIK GUAMAN SIVIL, SYARIAH, JENAYAH di KOMPLEKS MAHKAMAH KANGAR, KANGAR, PERLIS.

Oleh itu, Tuan /Puan yang mempunyai masalah dan pertanyaan berkaitan dengan perundangan sivil, syariah dan jenayah, di alu- alukan untuk hadir berjumpa dengan pegawai JBG Perlis yang bertugas mengikut ketetapan di bawah:

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 25.03.2024 ( Isnin )
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : Ruang Legar, Kompleks Mahkamah Kangar, Kangar, Perlis.

Jumpa anda di sana ! Terima kasih

10/01/2024

HEBAHAN JAWATAN KOSONG MYSTEP PERLIS:

*SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN*
1. MYSTEP PEGAWAI UDANG UNDANG DI JABATAN PERDANA MENTERI
2. MYSTEP PEMBANTU TADBIR DI PEJABAT MOTAC
3. MYSTEP GURU GANTI SMK KUALA PERLIS
4. MYSTEP GURU GANTI SMK SYED ALWI
5. MYSTEP GURU GANTI SMK LAILATUL SHAHREEN

*Sesiapa yang berminat mohon daftar menggunakan pautan dibawah*
Pautan : https://bit.ly/mystep0124

📌 Join telegram kami untuk mengetahui kerja kosong dan temu duga di Negeri Perlis
https://t.me/joinchat/uYJxZe3QtA02YWM1
https://t.me/infojawatankosong2021





Pengambilan Personel MySTEP di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis Jawatan : Pegawai Undang-UndangTempoh : 1 Februari 2...
09/01/2024

Pengambilan Personel MySTEP di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis

Jawatan : Pegawai Undang-Undang
Tempoh : 1 Februari 2024 - 31 Disember 2024

Kepada yang berminat boleh membuat permohonan melalui Sistem MYFutureJobs

29/12/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom dengarkan perkongsian ilmu 'Siri Celik Syariah' oleh Tuan Muhammad Fateh bin Saleh, Pegawai Syariah di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis

Topik pada hari ini adalah berkaitan dengan Tuntutan Fasakh

🔶️ Apa yang dimaksudkan dengan Tuntutan Fasakh?
🔶️ Siapa yang boleh membuat Tuntutan Fasakh?
🔶️ Apa antara alasan yang membolehkan seseorang individu berhak membuat Tuntutan Fasakh?

28/12/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom ikuti perkongsian menarik program perkongsian ilmu bersama Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis, Tuan Mohd Alif Farhan bin Hassan berkenaan dengan topik:

Undang-Undang Berkaitan Dengan Kesalahan Jenayah Terhadap Seksual Kanak-Kanak.

Ayuh sama-sama kita ambil tahu hak-hak dan perlindungan yang ada bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan seksual. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Sekiranya ada berdepan dengan kes-kes jenayah seksual kanak-kanak ini, jangan takut dan sila hadir ke pejabat kami untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

Jangan lupa like dan share perkongsian ini.

28/12/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom ikuti perkongsian menarik program perkongsian ilmu bersama Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis, Tuan Mohd Alif Farhan bin Hassan berkenaan dengan topik:

Undang-Undang Berkaitan Dengan Kesalahan Jenayah Terhadap Seksual Kanak-Kanak.

Ayuh sama-sama kita ambil tahu hak-hak dan perlindungan yang ada bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan seksual. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Sekiranya ada berdepan dengan kes-kes jenayah seksual kanak-kanak ini, jangan takut dan sila hadir ke pejabat kami untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

Jangan lupa like dan share perkongsian ini. 😊

22/12/2023
22/12/2023

𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 & 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍/𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 oleh 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐉𝐁𝐆) merangkumi beberapa perkara iaitu:

⭕ Had Kelayakan Bantuan Guaman Penuh telah dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 melalui Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 128/2023], yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2023.

⭕ Pemohon yang mempunyai sumber kewangan tahunan antara RM50,001 hingga RM70,000 boleh mendapatkan bantuan guaman tertakluk kepada bayaran sumbangan; dan

⭕ Pemohon yang mempunyai sumber kewangan tahunan melebihi RM70,000 perlu mendapatkan kelulusan YB Menteri dan membayar sumbangan sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 129/2023].

Melalui peningkatan had kelayakan ini, lebih ramai masyarakat layak mendapat akses kepada keadilan dan dibantu dalam aspek perundangan.

Sumber: Jabatan Bantuan Guaman / Legal Aid Department




Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
PMO Malaysia

12.12.2023 | Selasa8.30 pagi hingga 12.30 t/hariPROGRAM KLINIK GUAMAN DI RUANG LEGAR MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERLISPegaw...
13/12/2023

12.12.2023 | Selasa
8.30 pagi hingga 12.30 t/hari

PROGRAM KLINIK GUAMAN DI RUANG LEGAR MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERLIS

Pegawai Bertugas:
Tuan Muhammad Fateh bin Saleh; dan
Tuan Mohd Qadir Jailani bin Sabri

Dibantu oleh:
Urusetia Unit Promosi;
Puan Rossila binti Ghani; dan
Encik Zairul bin Abidin

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis atas perhatian dan kerjasama yang diberikan kepada pihak JBG Perlis dalam menjayakan program ini

Assalamualaikum!!! Kami berada di ruang legar Mahkamah Syariah Negeri Perlis hari ini sehingga jam 12.30 t/hariJemput ke...
12/12/2023

Assalamualaikum!!! Kami berada di ruang legar Mahkamah Syariah Negeri Perlis hari ini sehingga jam 12.30 t/hari

Jemput ke booth kami!! Dapatkan
✅ risalah guaman kes sivil & syariah
✅ khidmat nasihat kekeluargaan syariah

28.11.2023 | Selasa9.00 pagi - 1.00 t/hariPROGRAM KLINIK GUAMAN & BOOTH PAMERAN BAGI JEMPUTAN PEMBUKAAN RERUAI (BOOTH) P...
06/12/2023

28.11.2023 | Selasa
9.00 pagi - 1.00 t/hari

PROGRAM KLINIK GUAMAN & BOOTH PAMERAN BAGI JEMPUTAN PEMBUKAAN RERUAI (BOOTH) PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL 2023 PERINGKAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs), PELANCARAN RAKAN INTEGRITI KUIPs DAN KELAB INTEGRITI KUIPs

Pegawai Bertugas
Tuan Mohd Qadir Jailani bin Sabri;
Puan Hanishah binti Mohammad;
Puan Mazlina binti Mansor;
Puan Rossila binti Ghani; dan
Encik Zairul bin Abidin

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) atas jemputan pembukaan reruai dan kerjasama kolaborasi yang diberikan

17.11.2023 | PENAMPILAN AUDITJabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis  telah dikunjungi oleh pasukan audit Bahagian Audit Da...
06/12/2023

17.11.2023 | PENAMPILAN AUDIT

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis telah dikunjungi oleh pasukan audit Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menjalankan Penampilan Audit Jabatan/ Agensi susulan daripada pelaksanaan penilaian kendiri melalui sistem ezSNAP

Pasukan audit diketuai oleh Encik Muhammad Asraf bin Ahmad dan hadir bersama beliau Puan Noor Azlin binti Jaafar dan Puan Nurdiyana binti Mansuri

Pihak JBG Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan audit kerana telah menjayakan penampilan audit di JBG Perlis

Address

No. 8, 10, 12 Taman Temak Jaya, Jalan Kangar-Alor Setar
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share