12/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐ - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berintegriti tinggi dalam perkhidmatan.
Pejabat CGSO Negeri Perlis turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
1. YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Perlis
atas kenaikan pangkat. Semoga dengan pelantikan ini, amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat diteruskan dengan lebih cemerlang demi memperkukuh keselamatan negara.
2. Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin
Penolong Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Perlis
atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan wajar menjadi contoh kepada seluruh warga CGSO.
YBhg. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua warga CGSO dan berharap agar penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
Syabas dan tahniah!