JPN Perlis

JPN Perlis LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PERLIS

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis di Cawangan Kompleks Kemen...
30/08/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis di Cawangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Cawangan UTC Perlis akan ditutup sementara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-69 seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 31 Ogos 2026 (Isnin)

πŸ“Œ Pejabat yang ditutup:
🏒 Ibu Pejabat Negeri (KDN)
🏒 Cawangan UTC Perlis

Perkhidmatan akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh tersebut.

πŸ“ž Orang ramai boleh menghubungi talian 04-979 5200 atau mengemukakan pertanyaan melalui emel [email protected].

Kerjasama dan perhatian orang ramai berhubung perkara ini amat dihargai.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih.






SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! πŸ‡²πŸ‡ΎMERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›Semangat kemerdekaan bukan sekadar m...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi terus menyemai rasa cinta kepada tanah air, menghargai perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Ayuh kita semarakkan semangat Jiwa Merdeka dengan penuh rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

Salam Merdeka daripada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis. ❀️







πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis, Cawangan Kompleks Kemen...
27/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis, Cawangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengalami gangguan bekalan elektrik seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 28 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ•’ 3.00 petang – 5.00 petang

⚑ Gangguan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan berkala generator set (on-load) di premis JPN Negeri Perlis.

πŸ“Œ Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
☎️ 04-979 5200
πŸ“§ [email protected]

Kerjasama dan perhatian orang ramai berhubung perkara ini amat dihargai.

Terima kasih.






PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARUJabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKa...
26/08/2026

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.

Sehubungan itu, urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos 2026.

Orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan ini serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.





πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448HSemoga kita terus menyemai cinta kepada Rasulullah SAW, ...
25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Semoga kita terus menyemai cinta kepada Rasulullah SAW, meneladani akhlak mulia Baginda dan memperkukuh ukhuwah sesama insan.

✨ β€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati” ✨

Salam Maulidur Rasul daripada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis.


πŸ“’ NOTIS MAKLUMANDimaklumkan bahawa Ibu Pejabat JPN Negeri Perlis (KDN) dan Cawangan UTC Negeri Perlis akan menutup semen...
21/08/2026

πŸ“’ NOTIS MAKLUMAN

Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat JPN Negeri Perlis (KDN) dan Cawangan UTC Negeri Perlis akan menutup sementara operasi Bahagian Kad Pengenalan pada 21 Ogos 2026 (Jumaat), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf sistem.

Sehubungan itu, semua permohonan pengeluaran Kad Pengenalan dan MyKad akan tergendala sepanjang tempoh tersebut. Operasi bahagian lain berjalan seperti biasa.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-97795200 atau emel [email protected]

Mohon maaf atas segala kesulitan dan terima kasih atas perhatian serta kerjasama anda.






17/08/2026

Jabatan Pendaftaran Negara Perlis terus menyantuni rakyat melalui Program MEKAR IHSAN dengan memberi perkhidmatan kepada seorang pesakit Terlantar di Kampung Panggas Kecil Chuping Perlis.

Inisiatif ini membuktikan komitmen JPN dalam menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat tanpa mengira keadaan, agar tiada yang tercicir.






14/08/2026

πŸ’³ MUDAH, CEPAT & TANPA TUNAI!

Kini urusan anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis lebih mudah dengan kemudahan bayaran tanpa tunai di semua kaunter yang menyediakan perkhidmatan ini. πŸ“±βœ¨

Tak perlu risau bawa wang tunai bayar secara digital, urusan lebih lancar!

13/08/2026

🏐 MAJLIS PENYERAHAN BENDERA & JERSI PASUKAN BOLA TAMPAR JPN NEGERI PERLIS KE SUPMA 🏐

Satu lambang, satu semangat, satu perjuangan! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Majlis penyerahan bendera dan jersi menjadi simbol sokongan serta amanah buat Pasukan Bola Tampar JPN Negeri Perlis yang bakal membawa nama jabatan ke Sukan Perkhidmatan Awam Malaysia (SUPMA).

Semoga pasukan terus berjuang dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan keyakinan untuk mengharumkan nama JPN Negeri Perlis. πŸ”₯πŸ†

Selamat berjuang, bawa nama Perlis dengan bangga!
JPN Negeri Perlis β€” Satu Pasukan, Satu Semangat, Satu Kemenangan! πŸ’™β€οΈπŸ’›






Address

Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Wawasan
Kangar
01000

Telephone

+6049795200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPN Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPN Perlis:

Shortcuts

Share