19/08/2026
PROGRAM BUAL BICARA MADANI – MEDIA BAHARU DAN AI: CABARAN MASA KINI TERHADAP KESELAMATAN NEGARA DAN MASYARAKAT
🇲🇾 18 Ogos 2026 (Selasa)
🛜8.00 pagi hingga 1.00 petang
💻Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis
⚙️90 peserta dari kalangan penjawat awam & pelajar sekolah
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perlis telah menganjurkan program bual bicara secara santai dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai cabaran penggunaan media baharu dan perkembangan kecerdasan buatan (AI), khususnya dari perspektif keselamatan negara.
Sebanyak lima (5) buah sekolah telah mengikuti program ini iaitu Sekolah Menengah Kebamgsaan Derma, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Sekolah Menengah Kebamgsaan Perlis dan Sekolah Menegah Kebangsaan Dato' Ali Ahmad manakala sebahagiannya daripada kalangan penjawat awam. Penglibatan peserta daripada pelbagai latar belakang memberi ruang kepada perkongsian ilmu dan pendedahan berkaitan isu keselamatan digital yang semakin penting dalam kehidupan seharian.
Program ini dilaksanakan dengan beberapa bagi objektif iaitu:
1. Meningkatkan kesedaran mengenai media baharu dan AI serta kesannya terhadap masyarakat dan keselamatan negara.
2. Memberikan pendedahan mengenai ancaman dalam ruang digital seperti berita palsu, penipuan dalam talian, manip**asi maklumat, penyalahgunaan AI, *deepfake* serta kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
3. Meningkatkan tahap literasi dan keselamatan digital dalam kalangan peserta supaya lebih bijak menilai, menyemak dan mengesahkan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya.
4. Membentuk masyarakat yang bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi dengan menekankan aspek etika, integriti dan keselamatan ketika menggunakan media sosial serta aplikasi berasaskan AI.
Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Jalur Gemilang sebagai pengisian sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Program turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang oleh para peserta sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.
Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Encik Ahmad Wazir Asyraf bin Subri, Penolong Pengarah Awam, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jabatan Penerangan Negeri Perlis, PDRM Negeri Perlis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Perlis atas pengisian ceramah dalam memberi penekanan terhadap perkembangan media baharu dan AI, bentuk ancaman serta risiko keselamatan yang wujud dalam persekitaran digital, di samping meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah berperanan meningkatkan kesedaran bahawa kemajuan teknologi perlu diseimbangkan dengan aspek keselamatan, etika dan tanggungjawab. Masyarakat yang mempunyai literasi digital yang baik akan lebih berupaya menghadapi ancaman maklumat, penipuan serta penyalahgunaan teknologi yang semakin kompleks.