Dewan Ulamak PAS Kawasan Kangar

Dewan Ulamak PAS Kawasan Kangar Page Rasmi Dewan Ulamak PAS Kawasan Kangar

KENYATAAN MEDIATERIMA KASIH NEGERI SEMBILANSaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Se...
01/08/2026

KENYATAAN MEDIA

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin, dan stabil.

PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, para calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya.

"KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Safar 1448 / 1 Ogos 2026

[𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒]  𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 ...
15/07/2026

[𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒]
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍

‎1. PAS Perlis sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam yang menekankan amanah, kejujuran dan kesetiaan dalam setiap bentuk kerjasama politik.

‎2. Firman Allah SWT dalam Surah Al Isra' ayat ke 34 ;
‎" Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya "

‎3. PAS Perlis berpandangan setiap perjanjian antara parti gabungan perlulah dipatuhi dan dijalankan sebaiknya kerana perlanggaran kepada sebarang perjanjian jelas menunjukkan pengkhianatan dan ketidakharmonian yang berlaku.

4. Sehubungan itu, PAS Perlis berpandangan bahawa setiap isu yang melibatkan pengkhianatan terhadap perjuangan hendaklah ditangani secara bertanggungjawab dan tidak boleh dipandang ringan.

‎5. PAS Perlis menegaskan bahawa kami tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan individu-individu yang berasal daripada Parti Bersatu yang terlibat dengan pengkhianatan kepada PAS kemudian keluar parti Bersatu dan kini menyertai Parti Wawasan, selagi isu pengkhianatan tersebut belum diselesaikan oleh pihak parti Bersatu.

‎6. Pendirian ini diambil sebagai tanda menghormati prinsip amanah serta bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap integriti perjuangan politik.

‎7. PAS Perlis berpandangan bahawa pihak parti Bersatu perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dikenal pasti sebagai dalang kepada pengkhianatan tersebut, sekiranya terdapat asas dan melalui proses yang sewajarnya.

8. Selagi tiada penyelesaian atau tindakan yang jelas terhadap perkara tersebut, PAS Perlis berpendirian bahawa kerjasama politik dengan kump**an berkenaan tidak wajar dipertimbangkan.

9. PAS Perlis kekal komited untuk memperkukuh kesatuan dalam kalangan rakan-rakan gabungan yang benar-benar ikhlas mempertahankan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

‎10. PAS Perlis akan terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam dan membuat setiap keputusan politik berdasarkan maslahah, keadilan serta kepentingan rakyat.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam"

AHMAD BIN ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
29 Muharram 1448H / 15 Julai 2026

SERUAN SOLAT HAJAT SELURUH MALAYSIA UNTUK PRN JOHOR.Marilah kita bersama-sama mengadakan Solat Hajat, bacaan Yasin dan d...
26/06/2026

SERUAN SOLAT HAJAT SELURUH MALAYSIA UNTUK PRN JOHOR.

Marilah kita bersama-sama mengadakan Solat Hajat, bacaan Yasin dan doa munajat memohon pertolongan Allah SWT agar dikurniakan kemenangan, perpaduan, keamanan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.

Doa adalah senjata orang beriman. Ayuh bermunajat demi agama, bangsa dan tanah air.

Dewan Ulamak PAS Kawasan Kangar

Minda Presiden PASPAS TIDAK PISAHKAN POLITIK DARIPADA ISLAM (AL-DIN)Undang-Undang Tubuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) me...
11/06/2026

Minda Presiden PAS

PAS TIDAK PISAHKAN POLITIK DARIPADA ISLAM (AL-DIN)

Undang-Undang Tubuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menetapkan bahawa Islam adalah yang tertinggi, bermakna segala keputusannya mestilah berpandukan al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW dan ijtihad para ulama’. Hal ini membezakannya dengan parti sekular yang memisahkan politik daripada agama yang terpengaruh dengan kitab Injil (Bible) yang telah diselewengkan daripada Kitab Allah, yang diwahyukan kepada Nabi ‘Isa AS di samping berpegang kepada kitab Taurat sebelumnya.

Firman Allah SWT menceritakan perihal umat Bani Isra’il pada zaman dahulu:

وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفۡصِلُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ٢٥

“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar (berjuang). Dan mereka meyakini ayat-ayat Kami. (24) Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang memberikan keputusan antara mereka pada Hari Kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya (masalah politik dibicarakan juga pada Hari Akhirat). (25)” [Surah al-Sajdah: 24-25]

Ayat ini ditafsirkan melalui perjuangan para anbiya’ yang disebut dalam al-Quran bagi menghadapi para pemimpin yang zalim sepanjang sejarah manusia. Sabda Rasulullah SAW:

‌كَانَتْ ‌بَنُو ‌إِسْرَائِيلَ ‌تَسُوسُهُمُ ‌الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu para anbiya’ (dilantik oleh Allah) menjadi pemimpin siasah (politik) mentadbir mereka. Apabila seseorang nabi itu wafat, maka digantikan p**a oleh nabi yang berikutnya. Tiada lagi nabi selepasku (Muhammad SAW), namun akan ada para pemimpin dan jumlah mereka itu ramai.”

قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.

Para sahabat bertanya, “Apakah perintahmu (pesananmu) kepada kami?” Baginda menjawab, “Berikanlah baiah (kesetiaan) kepada yang awal dan paling ke hadapan. Tunaikanlah kewajipan dalam mentaatinya. (Ingatlah) bahawa sesungguhnya Allah akan menyoal mereka (pada Hari Kiamat) berkenaan tugas yang wajib ditunaikan oleh mereka.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no. 3455, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1842, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]

Hal ini menunjukkan bahawa politik tidak berpisah daripada dakwah kepada agama Allah. Adapun kitab Injil telah dipesongkan daripada wahyu yang sebenar apabila mereka memindanya dengan ayat yang memisahkan politik daripada agama:

“Therefore, render to Caesar the things that are Caesar's, and to God the things that are God's.”

“Berikan milik Qaisar itu kepada Qaisar; dan milik Tuhan itu kepada Tuhan.” [Matthew 22:21; Mark 12:17; Luke 20:25]

Penjajah telah menanamkan ajaran yang salah dan sesat ini ke dalam masyarakat Islam yang buta al-Quran atau jahil terhadap agamanya sendiri.

PAS ialah jemaah Islam yang ditubuhkan oleh kump**an Islam daripada para ulama’ dan ilmuwan Islam. Tujuannya bagi menentang kemungkaran yang besar terhadap Islam, apabila ada pihak yang menafikan perkara yang diwajibkan oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤

“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” [Surah Ali ‘Imran: 104]

Rasulullah SAW memulakan langkah menyatukan bangsa Arab bagi menegakkan negara yang melaksanakan politik Islam berpandukan firman Allah SWT:

وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ٢١٤

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” [Surah al-Syu‘ara’: 214]

Firman Allah SWT lagi:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِ‍َٔايَٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرۡهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٖ ٥

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (4) Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap-gelita kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.’ Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (5)” [Surah Ibrahim: 4-5]

Apabila Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia, maka Allah menjadikan bangsa yang menganut Islam bergilir-gilir mengikut kelayakan di tempat masing-masing dan pada zaman yang berbeza bagi menegakkan kuasa politik memerintah negara. Perintah ini diwajibkan kepada umat Islam dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah kepada generasi awal daripada kalangan bangsa Arab:
.. وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨

“...Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” [Surah Muhammad: 38]

Keadaan ini menunjukkan berlakunya perubahan peranan politik dalam kalangan bangsa yang menganut Islam.

Maka, bagi umat Islam di Malaysia, Melayu bumiputera yang beragama Islam wajib memimpin negara yang berkonsepkan masyarakat majmuk tanpa paksaan dalam beragama dan bersikap adil kepada semua. Hal ini sepertimana teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bermula dengan perpaduan umat Islam daripada kalangan bangsa Arab dan lain-lain, seterusnya perpaduan manusia dalam masyarakat majmuk.

Islam wajib berkuasa kerana kesempurnaannya dalam segala aspek yang berpandukan Islam sebagai al-din (agama Allah) bagi menegakkan keadilan kepada semua dalam konteks masyarakat majmuk. Ajarannya p**a bersifat rohani, bukan sahaja yang lahir (tersurat), bahkan yang zahir.

Malah, ajarannya tidak hanya berwawasan dunia sahaja, bahkan wawasannya merangkumi dunia hingga akhirat yang akan dibicarakan di hadapan Allah. Hal ini menjadikannya dapat mengawal akal manusia dan ilmunya daripada melampaui sempadan, sehingga boleh berlaku zalim yang merosakkan.

Kewajipan memimpin negara adalah amanah Allah kepada umat Islam bagi menegakkan keadilan kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Umat Islam hendaklah mengambil teladan daripada sirah nabawiyyah dengan mengajak kepada perpaduan umat, bertonggakkan umat Islam daripada kalangan Melayu dan bumiputera yang berkuasa, diikuti penyertaan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam masyarakat majmuk.

PAS mengadakan kerjasama dengan pelbagai nama dan pendekatan dalam Islam seperti tahaluf, isti‘anah, muwalah, ta‘awun dan lain-lain.

Adapun kerjasama PAS yang terakhir adalah melalui ta‘awun siyasi, yang merupakan bentuk kerjasama yang paling longgar bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan lain-lain bagi mengambil alih kerajaan menggunakan akuan berkanun (SD). Langkah ini melalui proses yang betul, bukan yang dinamakan Langkah Sheraton yang pendek, yang kemudiannya diambil peluang oleh kalangan tertentu bagi menonjolkan diri seseorang.

Apabila parti BERSATU mengambil peluang mendapatkan kuasa melalui perkiraan kerusi, bukan tujuan asalnya demi perpaduan umat tetapi ingin menguasai majoriti umat Islam bersama parti bukan Islam tanpa mengira kedudukan Islam berkuasa dan mengira Melayu bumiputera yang menguasai.

Tiba-tiba, BERSATU cuba melemahkan peranan PAS yang meneroka perubahan politik dan membodohkan PAS dengan menghalang penyertaan parti yang lebih banyak, khususnya parti Melayu Islam seperti parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), serta Kongres India Malaysia (MIC) yang merupakan parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

Di samping itu, BERSATU turut melakukan pembahagian kerusi sewaktu pilihan raya umum dengan rakus tanpa mengira kelayakan calon, kemampuan jentera dan jumlah ahlinya dengan memberi maklumat yang salah berkenaan jumlah ahli dan jenteranya. Ternyata apabila turun ke lapangan, mereka tidak kelihatan, sehingga menjadikan ahli PAS yang melakukan kerja secara sukarela seperti buruh paksa bagi pihak calon-calon yang tidak ada kelayakan dan tidak ada jenteranya sendiri.

Malah, berlaku krisis dalaman yang parah dalam parti BERSATU sendiri kerana perebutan kuasa sehingga berlaku pemecatan yang tidak mengikut proses disiplin yang bermoral. Sehinggakan, sebahagian besar Ahli Parlimen yang berperanan dan aktif bersama PAS yang dikenali oleh PAS telah disingkirkan, digantung dan dipecat. Ada juga yang melompat keluar daripada parti. Apabila dicampurkan kesemuanya, jumlahnya sangat besar iaitu dua pertiga daripada ahli parti yang boleh menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN) dan menjatuhkan maruahnya.

Hal ini termasuklah langkah yang tidak setia kawan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh PAS di Perlis sehingga menjatuhkan Menteri Besarnya.

Demikian juga langkah merosakkan operasi politik yang dirancang kerana mahukan jawatan Perdana Menteri dan operasi mengambil alih Kerajaan Negeri Sembilan yang dipengaruhi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan menarik SD sokongan sehingga menggagalkan jumlah yang sudah mencukupi.

Langkah oportunis pemimpinnya menganggu perjuangan asal penyatuan ummah. Maka, PAS wajib melakukan sesuatu yang tegas demi perjuangannya yang berprinsip.

PAS menyelami keadaan yang salah dan cuba membuat pembetulan terhadap Perlembagaan PN yang bersifat sangat lemah dan menegur perangai yang salah dalam mesyuarat melalui pertemuan khusus dan pertemuan peribadi. Namun begitu, tiada tindakan daripada BERSATU yang sibuk dengan masalah dalamannya. Akhirnya, PAS terpaksa menelan pahitnya dalam pilihan raya umum, pilihan raya kecil, dan pilihan raya negeri.

Dalam kerjasama ta‘awun siyasi yang bersifat fleksibel, sebenarnya PAS tidak terikat dengan perlembagaan yang dicipta dan tidak perlu menghabiskan masa dengan masalah dalaman pihak lain yang boleh menjejaskan urusan yang patut diutamakan.

Akhirnya, Majlis Syura Ulamak, para ilmuwan dan pengamat politik ditugaskan supaya melakukan muhasabah, tabayyun dan kajian terperinci khususnya dari segi dasar hukum syariat dan maslahat politik.

Ilmu maqasid al-syari‘ah dan siasah syar‘iyyah membahagikan tiga pendekatan maslahah:

1. Maslahah Mu‘tabarah

Maslahah yang diwajibkan oleh hukum Islam dalam aspek perpaduan umat, sama ada umat Islam yang menjadi tonggak kuasa ataupun perpaduan masyarakat majmuk pelbagai agama yang diwajibkan berlaku adil.

Firman Allah SWT:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠٣

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” [Surah Ali ‘Imran: 103]

Perpaduan manusia dilakukan melalui konsep adil kepada semua.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil! Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]

2. Maslahah Mulghah

Perkara yang diharamkan apabila berlaku tindakan yang zalim kerana tujuan harta dan kedudukan. Firman Allah SWT:

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوّٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادٗاۚ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ ٨٣

“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah al-Qasas: 83]

Sabda Rasulullah SAW kepada sahabatnya:

‌لَا ‌تَسْأَلِ ‌الإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا.

“Jangan sekali-kali kamu meminta jawatan sebagai pemimpin. Jika diberi jawatan tanpa memintanya, kamu akan ditolong (oleh Allah). Jika jawatan itu kamu memintanya, nescaya dibebankan kepada kamu (tidak mendapat pertolongan Allah).” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman wa al-Nuzur, no. 6622, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no. 1652, daripada ‘Abd al-Rahman bin Samurah. Lafaz bagi al-Bukhari]

3. Maslahah Mursalah

Maslahah yang bebas diberi pilihan supaya memilih yang terbaik atau yang kurang mudaratnya apabila dipaksa.

Keputusan kajian mendapati ada berlaku kecuaian dalam perkara yang wajib, khususnya urusan menyatukan umat Islam yang menjadi teladan, dan melakukan perkara yang haram bagi mengejar jawatan, serta bertindak zalim terhadap ahli sendiri.

Maka, Perlembagaan PAS menugaskan Majlis Syura Ulamak untuk bermuzakarah dalam keputusan yang berkait dengan dasar Islam yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam PAS, disertakan dengan pandangan pakar dalam masalah semasa.

Mereka membuat keputusan dalam isu ta‘awun siyasi antara PAS dengan BERSATU berasaskan firman Allah SWT:
.. وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ ...

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan jangan atas perkara dosa dan permusuhan..." [Surah al-Ma’idah: 2]

Hal ini demikian kerana:

a. Berlaku perkara yang bercanggah dengan dasar Islam yang mewajibkan usaha perpaduan umat Islam dan penyertaan masyarakat majmuk bukan Islam yang tidak ekstrem.
b. Penentangannya terhadap menguatkan perpaduan Islam adalah satu kemungkaran yang besar.
c. Keadaan yang mewajibkan perpaduan Islam ketika negara menghadapi kump**an bukan Islam yang ekstrem dan liberal yang membahayakan negara dan rakyat dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.
d. Menolak maslahah duniawi yang salah melalui kerjasama yang diadakan sehingga merugikan masa.

Setelah mengadakan perbincangan dengan pihak BERSATU dan mengadakan tabayyun perkara yang tersurat dan tersirat secara berdepan, maka Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat menerima pandangan Majlis Syura Ulamak dengan membuat keputusan memberhentikan ta‘awun dengan BERSATU demi beristiqamah atas prinsip dan matlamat perjuangan PAS serta tidak menghabiskan masa dalam krisis yang tiada kaitan dengan PAS.

PAS juga terus bersikap terbuka kepada semua kump**an dengan berpegang teguh kepada prinsip dan meneruskan perjalanan dengan beristiqamah, khususnya bagi menjayakan agenda perpaduan umat Islam dan rakyat masyarakat majmuk yang lebih besar.

PAS tidak pernah rugi dalam semua kerjasama termasuk dengan parti BERSATU walaupun mengorbankan tenaga ahlinya kerana meraikan pihak yang lain. Sehinggakan, PAS terpaksa mengorbankan kerusinya dan memberi lebih banyak kerusi kepada BERSATU yang rakus akan kerusi.

Namun begitu, ia memberikan kemenangan besar kepada PAS sehingga berjaya menawan empat negeri dan menambah jumlah kerusi yang dimenangi di beberapa negeri termasuk menembusi Sabah dan mendapat kerusi terbanyak di Parlimen. PAS juga menambah kawan baharu yang dipecat daripada parti Bersatu yang bertaraf pemimpin yang menjadi kekuatan baharu kepada PAS.

Inilah berkat beristiqamah dengan pertolongan Allah kerana keikhlasan para pejuangnya, walaupun terpaksa menanggung bebanan masalah daripada pihak yang lain.

Firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1447 / 11 Jun 2026

[Bil: 38 / 2026]

Kenyataan MediaDewan Ulamak PAS PusatSOKONG PENDIRIAN PAS PUSAT, PRINSIP TA'AWUN SIYASI MESTI MENDUKUNG GAGASAN PENYATUA...
09/06/2026

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat

SOKONG PENDIRIAN PAS PUSAT, PRINSIP TA'AWUN SIYASI MESTI MENDUKUNG GAGASAN PENYATUAN UMMAH

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mendukung penuh pendirian PAS Pusat untuk menamatkan kerjasama politik dengan parti Bersatu. Pendirian itu susulan daripada kenyataan Tuan Guru Tan Sri Presiden PAS yang sebelumnya menyatakan hasrat mengkaji semula hubungan politik dengan parti tersebut.

DUPP ingin menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Bersatu adalah berasaskan kepada ta'awun siyasi yang bertitik tolak daripada prinsip tolong-menolong atas dasar kebaikan. Seharusnya prinsip ini menjadi dukungan utama terhadap agenda teras yang diperjuangkan PAS secara konsisten sejak sekian lama iaitu gagasan penyatuan ummah.

Agenda untuk memperjuangkan gagasan penyatuan ummah ini adalah teras utama politik dan formula yang lebih ampuh bagi meruntuhkan wacana politik PH-DAP. Ia wajar digerakkan secara konsisten apatah lagi kesiapsiagaan jentera bagi menghadapi pilihan raya yang lebih strategik.

Namun, apabila kerjasama politik ini tidak menatijahkan kepada penyatuan ummah yang lebih besar, tambahan lagi terdapat halangan-halangan tertentu, maka pendirian yang dinyatakan oleh PAS Pusat ini hadir tepat pada masanya.

DUPP ingin menyeru seluruh anggota abnaul harakah agar menerima keputusan PAS Pusat dengan jiwa besar. InsyAllah apa jua yang diputuskan hari ini adalah selari dengan prinsip perjuangan Islam. PAS tidak akan berundur, bahkan akan terus melangkah lebih gagah insyAllah.

Sekian.

YB USTAZ DATO’ HJ AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

9 Jun 2026 Miladi bersamaan 23 Zulhijjah 1447 Hijri

KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

https://www.facebook.com/share/p/1DobHDAydk/?mibextid=wwXIfr

KERAJAAN PERLIS DISARAN TUMPU TINGKAT PRODUKTIVITI.KANGAR: Prestasi pertumbuhan ekonomi Perlis menunjukkan peningkatan y...
07/06/2026

KERAJAAN PERLIS DISARAN TUMPU TINGKAT PRODUKTIVITI.

KANGAR: Prestasi pertumbuhan ekonomi Perlis menunjukkan peningkatan yang positif dan kukuh, demikian kata Ustaz Muhammad Azmir Azizan (PN-Santan).

Kata beliau lagi, kestabilan harga, pasaran buruh yang baik serta sumbangan tinggi sektor perkhidmatan mencerminkan ketahanan struktur ekonomi negeri.

“Prestasi positif pertumbuhan ekonomi negeri ini boleh dirujuk kepada pembentangan Bajet Perlis 2026 oleh mantan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, pada 9 Disember tahun lalu.

“Justeru untuk tempoh dua tahun akan datang, Kerajaan Negeri perlu memberikan tumpuan kepada peningkatan produktiviti sektor utama, pengukuhan infrastruktur.

“Serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong aspirasi pembangunan mampan yang digariskan dalam Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040,” kata beliau.

Tegasnya lagi, semua pihak sedia maklum, krisis Asia Barat yang melibatkan Iran dan Amerika Syarikat dan sekutunya telah memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan negeri.

Krisis tersebut katanya, telah mengakibatkan peningkatan kos bahan api, logistik serta insurans dan pastinya akan mempengaruhi rantaian bekalan dan harga pasaran.

Oleh itu tegas beliau, Kerajaan Negeri perlu mengadakan perancangan yang strategik bagi memberi penumpuan kepada tiga aspek tersebut khususnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Justeru beliau mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri agar melaksana Pelan Tindakan Rangsangan Ekonomi Negeri Perlis bagi membantu mereka yang terkesan.

Cadangan itu katanya, adalah langkah proaktif bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi, menyokong kelangsungan sektor mikro kecil dan sederhana serta membantu aktiviti pengeluaran padi.

“Kerajaan Negeri juga perlu memberi fokus kepada pengukuhan ekonomi strategik untuk memastikan Perlis terus berada di landasan pertumbuhan yang stabil dan mampan.

“Usaha ini penting bagi memastikan rakyat menikmati banyak peluang
pekerjaan, peningkatan pendapatan serta akses kepada peluang ekonomi baharu yang lebih luas,” tambahnya lagi.

Perkara tersebut disentuh beliau, ketika mengambil bahagian pada ucapan perbahasan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini semalam.

Seperkara lagi, kata Azmir, pengoperasian Pelabuhan Darat Perlis (PIP) mampu menjadi titik perubahan besar dalam landskap ekonomi negeri terutama bagi pengendalian kontena, perkhidmatan pergudangan dan sistem pelepasan barangan secara ‘Inland Clearance’.

Perkara itu jelasnya, boleh menjadi faktor penarik kepada pelabur ke negeri ini khususnya Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di mana mampu menjana sehingga RM2.3 billion kepada KDNK menjelang 2030.

Dalam masa yang sama katanya, ia mampu mewujudkan 3,920 peluang pekerjaan dengan pertumbuhan pelaburan swasta RM1.2 billion dalam tempoh empat tahun lagi.

“Namun persoalannya, adakah Kerajaan Negeri meletakkan kuota tertentu, contohnya 80 peratus peluang pekerjaan kepada anak-anak Perlis?

“Sejauh mana perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan pekerja mahir di kalangan anak–anak Perlis untuk mengisi keperluan industri tersebut?

“Saya juga mahu mencadangkan agar perbincangan diadakan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berkenaan manfaat, kebaikan dan nilai tambah daripada pengoperasian PIP.

“Termasuk juga cukai tanah yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, contohnya ‘Wang Ihsan’ sebanyak RM100 juta untuk pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri bagi melengkapkan ekosistem TVET negara dan sebagai jambatan penghubung dengan industri
melahirkan pekerja berkemahiran. – HARAKAHDAILY 5/6/2026

KANGAR: Prestasi pertumbuhan ekonomi Perlis menunjukkan peningkatan yang positif dan kukuh, demikian kata Ustaz Muhammad Azmir Azizan (PN-Santan). Kata beliau lagi, kestabilan harga, pasaran buruh yang baik serta sumbangan tinggi sektor perkhidmatan mencerminkan ketahanan struktur ekonomi negeri. "P...

HAZIQ TEGAS PENTING NILAI ‘ESPRIT DE CORP’ DALAM PENTADBIRANKANGAR: Pentadbiran kerajaan yang mempunyai hala tuju merupa...
07/06/2026

HAZIQ TEGAS PENTING NILAI ‘ESPRIT DE CORP’ DALAM PENTADBIRAN

KANGAR: Pentadbiran kerajaan yang mempunyai hala tuju merupakan asas kepada keyakinan rakyat untuk melihat ketelusan, jujur, berintegriti, cekap dan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan.

Haziq Asyraf Dun (PN-Beseri) berkata, nilai ‘esprit de corps’ atau semangat setia kawan dalam pasukan sangatlah penting dan perlu diterapkan dalam pentadbiran.

Tegasnya, semangat kekitaan berpasukan atau setia kawan dalam kalangan ahli sesuatu kump**an ini mendorong ahli-ahlinya untuk bekerjasama demi mencapai matlamat serta menjaga maruah kump**an tersebut.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas komitmen berterusan dalam memperkukuhkan tatakelola pentadbiran negeri.

“Kaedah pentadbiran ‘whole of government’ ini diterjemahkan sebagai pendekatan menyeluruh kerajaan dalam konteks pentadbiran awam, termasuk kerjasama bersepadu merentas pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan bagi memecahkan sistem kerja berasingan (silo).

“Di mana matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, memudahkan urusan rakyat dan perniagaan,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri itu menegaskan lagi, tadbir urus atau ‘good governance’ yang baik perlu dihayati oleh semua pihak termasuk pemimpin Kerajaan Negeri.

Tadbir urus baik itu jelasnya, dibina berdasarkan beberapa prinsip teras seperti akauntabiliti iaitu tanggungjawab di mana pemimpin dan institusi bertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak berkepentingan serta rakyat atas keputusan dan tindakan yang diambil.

Seterusnya maklum beliau iaitu ketelusan atau ‘transparensi’ dan segala maklumat, keputusan dan proses pentadbiran dilaksanakan secara terbuka dan mudah diakses oleh umum.

“Selain itu, kedaulatan undang-undang agar pentadbiran dijalankan mengikut lunas perundangan yang saksama dan berkuat kuasa tanpa sebarang pilih kasih.

“Keterangkuman dan kesaksamaan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang yang sama rata tanpa mengira latar belakang.

“Begitu juga dengan keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sumber negeri atau organisasi dilakukan secara optimum dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa.

“Selanjutnya responsif iaitu institusi pentadbiran mampu bertindak balas terhadap kehendak dan keperluan rakyat dalam tempoh yang munasabah,” kata beliau

Sementara ujar beliau, berkaitan tatakelola ekonomi dan kewangan, terutama menghadapi krisis ekonomi yang mencabar, pengurusan kewangan mestilah diurus dengan cermat.

Di mana jelasnya, keutamaan mesti diberikan kepada program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, anak muda, wanita dan warga emas.

Dalam masa yang sama katanya lagi, perlu memastikan setiap ringgit wang rakyat dalam bentuk cukai dibelanjakan secara berhemah dan memberi p**angan maksimum kepada rakyat.

“Pengurusan kos berhemah dan optimalisasi perbelanjaan mesti diamalkan bagi mengurangkan kos operasi dan perkhidmatan tanpa menjejaskan kualiti penyampaian kepada rakyat.

“Pendekatan ini biasanya melibatkan beberapa kaedah utama seperti Penyusunan Semula Keutamaan (Reprioritization) yang memberi fokus kepada projek dan perkhidmatan kritikal sahaja, sementara perbelanjaan tidak kritikal ditangguhkan atau dikurangkan,” tambahnya lagi.

Haziq juga menyuarakan pandangan bahawa Kecekapan Perolehan atau ‘Procurement Efficiency’ juga merupakan sistem perolehan kerajaan yang telus untuk mendapatkan harga terbaik melalui tender terbuka atau rundingan kompetitif.

Pada ucapan perbahasan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis itu, beliau mencadangkan garis panduan mengurangkan kos elektrik, perjalanan, dan acara rasmi boleh dikuatkuasakan melalui Penjimatan Utiliti dan Operasi.

Beliau turut menyentuh berkenaan aset pelancongan yang boleh diketengahkan seperti Tasik Timah Tasoh, Kampung Wang Kelian, Gua Kelam, Bukit Chabang dan lain-lain lokasi berpotensi besar sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di seluruh Perlis.

Walau bagaimanapun tegasnya, pembangunan pelancongan itu tidak boleh mengorbankan kelestarian alam, merosakkan serta mengancam khazanah alam semula jadi kurniaan Allah SWT.

“Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan agenda pembangunan lestari yang mengimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.

“Bencana banjir, tanah runtuh dan cuaca ekstrem yang berlaku pada tahun lepas perlu dijadikan pengajaran bahawa aspek kelestarian tidak boleh dipandang ringan,” kata beliau lagi.

Haziq Asyraf juga menyambut baik sekiranya Kerajaan Negeri berhasrat mahu jadikan Jalan Baharu Bukit Chabang menjadi destinasi pelancongan, namun kaedahnya perlulah dibuat dengan baik agar memberi impak terhadap ekonomi tempatan.

Dalam pada itu katanya lagi, setiap projek pembangunan perlu mengambil kira impak jangka panjang terhadap alam sekitar demi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

Justeru semua pihak ujarnya, perlu bersedia dengan mempergiatkan program penanaman pokok, pemuliharaan kawasan tadahan air, pemeliharaan habitat haiwan liar dan pengurusan sisa pepejal.

Termasuk penguatkuasaan undang-undang yang lebih efektif serta pendidikan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat.

“Selain kesedaran terhadap kelestarian alam, kesihatan juga merupakan aset paling bernilai. Saya mengalu-alukan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui program sukan, rekreasi dan kesedaran kesihatan.

“Bersukan perlu dijadikan satu budaya masyarakat.Kita mahu melihat lebih ramai anak muda terlibat dalam sukan, bukan sahaja untuk melahirkan atlet tetapi juga untuk membentuk generasi yang sihat, berdisiplin dan bebas daripada gejala sosial,” tegasnya.

Berikutan itu menurutnya, kemudahan sukan di kawasan luar bandar perlu terus dipertingkatkan supaya rakyat mendapat akses yang sama terhadap aktiviti riadah dan rekreasi.

Selain itu beliau mengharapkan program berasaskan kesihatan diperbanyakkan seperti Fun Walk dan Hari Tanpa Gula yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Di samping itu, usaha memperkukuhkan saringan kesihatan awal, pendidikan kesihatan dan penjagaan kesihatan mental perlu terus diberi perhatian bagi memastikan rakyat Perlis hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 6/6/2026

KANGAR: Pentadbiran kerajaan yang mempunyai hala tuju merupakan asas kepada keyakinan rakyat untuk melihat ketelusan, jujur, berintegriti, cekap dan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan. Haziq Asyraf Dun (PN-Beseri) berkata, nilai 'esprit de corps' atau semangat setia kawan dalam pasukan sangatl...

Address

Batu 2, Jalan Raja Syed Safi
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Kawasan Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share