07/06/2026
๐๐๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐
๐
17 Mei 2026 | Ahad
๐ Kolej Komuniti Arau Cawangan Kangar
โก Hari kesembilan Kursus Asas Kemahiran Kemasyarakatan Anggota RELA (KAKAR) Negeri Perlis 2026 diteruskan dengan sesi pembelajaran yang memberi penekanan kepada aspek pendawaian litar akhir serta pemeriksaan dan pengujian pemasangan elektrik.
๐ Para peserta telah mengikuti Amali 4 โ Pendawaian Litar Akhir (Kuasa dan Kuasa Am) yang memberi pendedahan secara praktikal mengenai kaedah pemasangan, penyambungan dan pengendalian litar akhir mengikut prosedur serta piawaian keselamatan yang ditetapkan.
๐ ๏ธ Melalui sesi amali ini, peserta berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari sebelum ini bagi memastikan pemasangan pendawaian dilaksanakan dengan kemas, teratur dan selamat.
๐ Selain itu, peserta turut menjalani Pemeriksaan dan Pengujian Amali 4 yang melibatkan prosedur pemeriksaan visual serta ujian elektrik merangkumi keterusan, penebatan, kekutuban dan pembumian bagi memastikan sistem pendawaian berada dalam keadaan baik serta berfungsi dengan sempurna.
๐ก Sesi pembelajaran hari ini membantu meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan pemeriksaan dan pengujian sebagai langkah akhir sebelum sesuatu pemasangan elektrik boleh digunakan dengan selamat.
๐ช Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuhkan kompetensi anggota RELA serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.
โRELA Bersama Masyarakatโ