06/09/2026
TAHNIAH DAN SYABAS HERO DIGITAL PERLIS
6 SEPTEMBER 2026 | KANGAR, PERLIS
KEMAS Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas atas kejayaan adik Muhammad Rusyaidi bin Rezal dan adik Hadya Safwa binti Mohd Hanuar Fitri yang mewakili KEMAS Negeri Perlis dalam menyertai Program Digital Hero Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Adik Hadya Safwa mendapat tempat kedua dalam kategori perempuan manakala adik Muhammad Rusyaidi mendapat saguhati kategori lelaki.
Tahniah juga diucapkan kepada semua penyokong dan guru pengiring iaitu Cikgu Nur Maisarah binti Md Yazi dan Cikgu Ku Shuzailashaima binti Ku Husin yang berjaya mencungkil bakat anak-anak sehingga memperoleh kejayaan di peringkat kebangsaan.
Program yang berlangsung selama 3 hari, bermula dari 3 hingga 5 September 2026, ini bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK KL). Program ini merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Ibu Pejabat dengan kerjasama Yayasan KRU, serta melibatkan penyertaan wakil KEMAS dari seluruh negara.
Semoga kejayaan adik Muhammad Rusyaidi dan Hadya Safwa dapat memberikan pengalaman serta inspirasi yang bermakna kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS dalam bidang digital, di samping membawa nama dan mengharumkan KEMAS Negeri Perlis di persada kebangsaan.
Tahniah dan Syabas semua kerana membawa pulang kejayaan buat Perlis! ๐ช๐โจ