Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Government Organization, 173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Fungsi utama PKENPs adalah untuk merancakkan sektor ekonomi melalui pembangunan hartanah, meneroka peluang-peluang pelaburan baharu, menyediakan premis sewaan dan jualan kepada para usahawan/pelabur yang berminat. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis [PKENPs] tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

5 September 2026 โ€” Sesi MAIA AeroconnectSatu sesi pertemuan bersempena MAIA Aeroconnect Session telah dihadiri oleh YBhg...
05/09/2026

5 September 2026 โ€” Sesi MAIA Aeroconnect

Satu sesi pertemuan bersempena MAIA Aeroconnect Session telah dihadiri oleh YBhg. Datoโ€™ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs pada 3 September 2026 (Khamis) bersama Tan Sri Mac Ngan Boon, Pengarah Urusan Muhibbah Engineering dan Encik David Jones, Pengarah Urusan Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA).

Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dan potensi pelaburan baharu dalam industri aeroangkasa serta kejuruteraan di Negeri Perlis.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MAIA atas penganjuran sesi yang bermanfaat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

๐Ÿ“ฃ IKLAN SEBUT HARGA & PELUANG KERJASAMA DI PERLIS ๐Ÿ“ฃDibuka tawaran sebut harga kepada Kontraktor/Pembekal Bumiputera yang...
05/09/2026

๐Ÿ“ฃ IKLAN SEBUT HARGA & PELUANG KERJASAMA DI PERLIS ๐Ÿ“ฃ
Dibuka tawaran sebut harga kepada Kontraktor/Pembekal Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan.

1๏ธโƒฃMENAIK TARAF JALAN PERHUBUNGAN PELANCONGAN KE K3 GEOPARK RECREATIONAL PORT UNTUK TETUAN : PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS

โœจ Sila ambil perhatian: Pendaftaran sebagai
pembekal/perkhidmatan PKENPs adalah WAJIB dilakukan terlebih dahulu sebelum menyertai sebut harga ini.
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian! ๐Ÿš€
Imbas QR Code atau klik pautan berikut untuk mendaftar:
๐Ÿ”— https://forms.gle/fUFvQpcqAGJn8vuu6
๐Ÿ“ž Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut:
Tel: +60 4 9761088 | 9761037 | 9761616
Fax: +60 4 9762181
๐Ÿข Alamat:
Bahagian Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis,
No.173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Awi, 01000 Kangar, Perlis.
๐Ÿ”จ Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam projek kerajaan di Perlis. Daftar sebagai pembekal secara atas talian & sertai sebut harga! ๐Ÿ”จ

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Anak Syarikat & Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis mengucapkan Sel...
30/08/2026

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Anak Syarikat & Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026." ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

โ€‹"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" ๐Ÿคโค๏ธ

โ€‹"Semoga kemerdekaan ini terus memperkasakan perpaduan, memajukan ekonomi ๐Ÿ“ˆ, dan membawa kesejahteraan yang hakiki kepada seluruh rakyat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!โœŠ๐ŸŽ‰

โœจ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M โœจโ€‹Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, serta Warga Kerja Perbadanan Kemajuan ...
24/08/2026

โœจ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M โœจ

โ€‹Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, serta Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam, khususnya di Negeri Perlis ๐Ÿ•Œโœจ.

โ€‹Hari yang penuh keberkatan ini merupakan saat terbaik untuk kita memperingati perjuangan serta meneladani keperibadian mulia Baginda Rasulullah SAW ๐Ÿค. Semoga akhlak, kepimpinan, dan sunnah Baginda sentiasa menjadi inspirasi serta panduan buat kita semua dalam melaksanakan amanah dan tugas seharian ๐Ÿคฒ๐Ÿป.

โ€‹Mari kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ๐Ÿ’š:

โ€‹ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

โ€‹

22 Ogos 2026 โ€” Kunjungan Hormat Ketua Pengarah MARA ke PKENPsSatu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Datoโ€™ Zulfikri bin Os...
22/08/2026

22 Ogos 2026 โ€” Kunjungan Hormat Ketua Pengarah MARA ke PKENPs

Satu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Datoโ€™ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada YBhg. Datoโ€™ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs telah diadakan pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) di Pejabat PKENPs.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi membincangkan pelbagai peluang kerjasama strategik yang boleh diteroka bersama antara PKENPs dan MARA pada masa akan datang.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak dapat bertukar fikiran serta pandangan secara lebih dekat, terutamanya dalam merangka usaha sama bagi memacu pembangunan ekonomi, keusahawanan, serta pemerkasaan modal insan di Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Ketua Pengarah MARA serta delegasi atas sudi membuat kunjungan dan bertukar pandangan yang amat bernilai ini. Semoga jalinan kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan demi kemajuan bersama.

18 Ogos 2026 โ€” Kunjungan Hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)Satu sesi kunjunga...
18/08/2026

18 Ogos 2026 โ€” Kunjungan Hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Satu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Datoโ€™ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diadakan pada 17 Ogos 2026 (Isnin).

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara anak syarikat kumpulan PKENPs, khususnya Perlis Comm Sdn. Bhd., dalam meneroka pelbagai peluang kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada masa akan datang.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak dapat bertukar fikiran serta pandangan secara lebih dekat, merangkumi aspek pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan digital bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Pengerusi serta seluruh kepimpinan MCMC atas sudi menerima kunjungan dan perkongsian pandangan yang sangat bernilai ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat direalisasikan demi kemajuan bersama.

18 Ogos 2026 โ€” Lawatan Kerja ke Aurelius Healthcare Nilai Negeri SembilanSatu sesi lawatan kerja oleh YBhg. Datoโ€™ Md. Si...
18/08/2026

18 Ogos 2026 โ€” Lawatan Kerja ke Aurelius Healthcare Nilai Negeri Sembilan

Satu sesi lawatan kerja oleh YBhg. Datoโ€™ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs ke Aurelius Healthcare Nilai, Negeri Sembilan pada 7 Ogos 2026 (Jumaat) bagi mendapatkan pendedahan secara lebih dekat mengenai pengurusan operasi, amalan kerja serta penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di fasiliti tersebut.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk melihat dan memahami dengan lebih dekat pendekatan serta amalan terbaik yang dilaksanakan, termasuk aspek pengurusan fasiliti, operasi perkhidmatan dan pengalaman pesakit.

Perkongsian ilmu dan pengalaman sebegini amat bermakna dalam memperluas perspektif serta memberikan input yang berguna, khususnya bagi membantu perancangan pembangunan fasiliti kesihatan seperti hospital atau pusat kesihatan (health center) di Negeri Perlis pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak Aurelius Healthcare Nilai atas sambutan dan perkongsian yang diberikan. Semoga hubungan serta jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.

12 Ogos 2026 โ€” Taklimat Pendidikan Keselamatan PerlindunganTaklimat Pendidikan Keselamatan Perlindungan anjuran Bahagian...
12/08/2026

12 Ogos 2026 โ€” Taklimat Pendidikan Keselamatan Perlindungan

Taklimat Pendidikan Keselamatan Perlindungan anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PKENPs dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Perlis telah berlangsung pada 12 Ogos 2026 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perlis.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Solahudeen bin Omar, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perlis, dengan perkongsian berkaitan kepentingan pengurusan keselamatan perlindungan serta pematuhan terhadap peraturan keselamatan yang berkuat kuasa.

Program ini turut memberi pendedahan kepada warga kerja mengenai aspek keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan peribadi dan keselamatan ICT, di samping memperkukuh kesedaran serta budaya keselamatan dalam organisasi.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat diterapkan dalam melaksanakan tugas seharian demi memastikan keselamatan serta kepentingan organisasi sentiasa terpelihara.

๐Ÿ“ข JOM SERTAI KAJI SELIDIK PKENPsPKENPs amat menghargai pandangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan...
21/07/2026

๐Ÿ“ข JOM SERTAI KAJI SELIDIK PKENPs

PKENPs amat menghargai pandangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan penambahbaikan perancangan dan pembangunan hartanah di Negeri Perlis.

Maklum balas anda amat penting bagi membantu PKENPs memahami keperluan pihak berkepentingan serta merancang pembangunan hartanah yang lebih mampan, berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat serta pelabur.

๐Ÿ“ Luangkan hanya beberapa minit untuk menjawab kaji selidik ini.

๐Ÿ”— Pautan Kaji Selidik:
https://forms.gle/p5MwBgfQWVvWvsQv7

๐Ÿ“ฑ Atau imbas Kod QR yang disediakan pada poster.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

20 Julai 2026 โ€” Kunjungan Hormat ke Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah AlamSatu kunjungan hormat telah diadakan p...
20/07/2026

20 Julai 2026 โ€” Kunjungan Hormat ke Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam

Satu kunjungan hormat telah diadakan pada 17 Julai 2026 (Jumaat) oleh Dato' Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs kepada Profesor Madya Ts. Dr. Azhar Abd. Jamil, Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan, industri kreatif dan kemajuan Negeri Perlis.

Address

173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049761088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis:

Share